Serai
Sebagai
rempah, serai segar dipilih kerana rasa keharumannya. Bahagian berpejal ini
dihiris atau ditumbuk dan digunakan dalam masakan.
Serai digolongkan sebagai sejenis rumput berumpun besar dan berakar besar.
Keistimewaan serai adalah
kerana semua bahagian seperti daun, batang, akar dan bunganya berpotensi untuk
dijadikan sebagai ubatan. Serai, umumnya dikenali sebagai tumbuhan yang akar
dan batangnya sering digunakan sebagai rempah penyedap masakan.
Serai digolongkan sebagai sejenis rumput berumpun besar dan berakar besar.

Kunyit
Kurkumin,
iaitu sejenis bahan aktif utama yang terdapat di dalam kunyit dikatakan mampu
menguatkan sistem pertahanan badan daripada serangan penyakit. Bukan setakat
itu sahaja, ekstrak kurkumin pula mengandungi polifenol iaitu sejenis komponen
bio-aktif yang sedia diserap oleh tubuh bagi mencegah tanda-tanda awal kanser.

Antara
manfaat kunyit untuk kesihatan manusia ialah:
- Melawan kanser
- Menghalang bengkak
- Anti-oksidan semulajadi
- Membantu meningkatkan fungsi otak
Bawang putih
mengandungi nutrisi dan zat yang boleh menyembuhkan berbagai macam penyakit
mulai dari demam hingga menurunkan tekanan darah.

Bawang putih
harus dikunyah secara mentah untuk mendapatkan manfaat maksimal di dalamnya.
Meski bawang putih juga enak setelah dimasak, namun proses memasak akan
menghancurkan enzim yang ada dalam bawang putih. Padahal enzim tersebut yang
bekerja mencegah pertumbuhan sel kanser.
Antara
kebaikan mahupun khasiat bawang putih:
- Kurangkan risiko angin Ahmar
- Elak kanser
- Agen Anti-bakteria dan Anti-virus
- Tingkatkan sistem imunisasi
- Rendahkan tahap Kolesterol
- Kurangkan angin dalam badan
Bawang putih
mempunyai sejenis bahan anti-inflamasi yang sangat membantu untuk mengurangkan
masalah asma, inflamasi pada atritis di bahagian sendi seperti reumatik atau
osteo-artritis. Pada masa yang sama, ia juga berfungsi untuk merembeskan asid
gastrik di bahagian lapisan perut dan membantu mempercepatkan proses pencernaan
di saluran makanan.
Daun Kari

Bunganya
kecil berwarna putih kekuningan dan mempunyai aroma yang sangat harum. Buahnya
kecil, sebesar terung pipit, berwarna hijau ketika muda dan bertukar ke ungu
berkilau setelah matang.
Buahnya boleh dimakan, tetapi biji benihnya dikatakan beracun. Agaknya, sebab itulah buahnya yang ranum ini tidak diganggu serangga atau burung.
Buahnya boleh dimakan, tetapi biji benihnya dikatakan beracun. Agaknya, sebab itulah buahnya yang ranum ini tidak diganggu serangga atau burung.
Daun Kari
tidak perlu direbus dikhuatiri akan menghilangkan kandungan enzim dan menjadi
tidak berkhasiat.
Buahnya yang
dimasak dengan minyak kelapa hingga kehitaman boleh dihancurkan dan digunakan
untuk mengubati gigitan serangga.
Cengkih
Cengkih
Apabila disebut bunga cengkih pasti suri rumah kita mengenalinya sebagai bahan masakan yang tidak boleh dipisahkan dalam ramuan membuat kuih atau masakan.

Antara Info Lain Dan Manfaat Bunga Cengkih
- Menghilangkan Sakit Gigi - Giling halus beberapa kuntum bunga cengkih, bunga lawang, asam gelugur, halia dan lada. Sumbatkan pepesan tersebut ke dalam gigi yang lubang. Keredaan sakit gigi akan beransur pulih. Boleh di kunyah bersama halia.
- Menguatkan jantung - Bunga cengkeh yang kering, dikunyah dan dihisap airnya, lakukan setiap hari. Minyak cengkih dapat memperkuat lendir usus dan perut serta menambah jumlah darah putih.
- Mengubati Campak - 10 Biji bunga cengkeh direndam dalam air masak semalaman. Kemudian ditambah dengan gula batu dan dikacau sampai rata. Lalu diminum sedikit demi sedikit secara teratur.
- Menghilangkan Bau Mulut - Ambil sekuntum bunga cengkih hidup atau yang telah kering dan kunyah, nafas anda akan berbau harum atau tumbuk lumat sepuluh kuntum bunga cengkeh dan tiga ulas bawang putih kemudian gosokkan kepada gigi dan berkumur hingga bersih lakukannya tiga hari sekali.
- Menghilangkan Bau Peti Sejuk - Bagi menghilangkan bau yang kurang enak, masukkan segelas kecil bunga cengkih ke dalamnya selain daripada seketul arang kayu.
- Mengelakkan Semut - Masukkan beberapa kuntum bunga cengkih ke dalam bekas berisi gula bagi mengelakkan semut. Semut akan hilang dan gula berbau harum.
Selalunya buah keras digunakan sebagai rempah atau perasa (untuk mendapatkan rasa lemak) dalam masakan, terutamanya masakan Melayu dan Indonesia. Ia juga sering digunakan sebagai pemekat untuk kuah.
Selain daripada kira-kira digunakan dalam masakan, buah keras juga sering digunakan sebagai bahan dalam kosmetik. Sebagai contoh, buah keras yang telah dihancurkan boleh digunakan sebagai sabun, syampu dan serbuk scrub. Benih keras dikatakan mampu untuk berkhidmat sebagai sumber minyak lampu.

Buah keras mempunyai kandungan minyak yang tinggi dan membolehkan ia
dibuat lilin. Rasa buah keras dan tekstur adalah lebih kurang sama dengan
kacang macadamia (rasanya lebih “kasar”).