Musim haji tiba lagi. Seronok rasanya bila lihat jemaah haji
bertolak ke tanah suci. Untungnya mereka yang menjadi tetamu Allah.
Kalau dahulu setiap kali orang pergi haji aku akan berpesan untuk
turut mendoakan agar dapat pergi haji juga. Doakan moga aku terpilih untuk
menjejakkan kaki ke Tanah Suci. Walaupun mengerjakan haji itu jihad, tetapi itu
semua semakin menguatkan keinginan untuk ke sana.
Marhaban bi kum !!! Musim Haji tiba lagi.
Marhaban bi kum !!! Musim Haji tiba lagi.

Bangunan
Abraj Al-Janadriyah (Janadriyah for short). Di sinilah Ibu Pejabat (HQ) Tabung
Haji.
Dalam
bangunan ini terdapat beberapa kemudahan seperti Pusat Perkhidmatan Maktab,
Klinik, Hospital Kecemasan, Farmasi, Kaunter Pengeluaran/Dam & Qurban,
Kafeteria, Gerai-gerai jual gula-gula / biskut, minyak wangi, kitab-kitab /
Quran, mobile phone & 'top-up' (sangat popular), kedai dhobi dan Surau.
Juga terdapat kemudahan nak hantar barang balik Malaysia (juga sangat popular).
Persediaan
untuk berwukuf di Arafah juga bukan sekadar batin, fizikal dan mental, yang
paling penting juga adalah pemakanan. Di dalam hotel Abraj juga disediakan cafe
menjual makanan. Baik untuk sarapan atau benda-benda lain kerana mungkin selera
berubah selain makanan yang disediakan oleh TH.
Tempat makan
tidak banyak, kebanyakan bakal-bakal haji bersarapan di kawasan duduk di depan
farmasi, di bilik atau di luar bilik dengan membentang hamparan yang disediakan
oleh TH. Ada pasangan yang sangat romantik akan makan di luar bilik bersama.
Ketika musim haji, sarapan pagi berada di mana-mana. Di sekitar hotel Abraj Janadriyah juga banyak dijual. Suasana pagi juga sangat sibuk dengan jualan sarapan. Bakal-bakal haji tidak digalakkan untuk makan makanan yang dijual ditepi-tepi jalan disebabkan kebersihan yang tidak terjamin.
Ehhh . . . macam-macam ada lah!
Ketika musim haji, sarapan pagi berada di mana-mana. Di sekitar hotel Abraj Janadriyah juga banyak dijual. Suasana pagi juga sangat sibuk dengan jualan sarapan. Bakal-bakal haji tidak digalakkan untuk makan makanan yang dijual ditepi-tepi jalan disebabkan kebersihan yang tidak terjamin.
Ehhh . . . macam-macam ada lah!

Catatan kali ini berkenaan kisah petugas bagasi haji Pos Malaysia.
Penulis dapat info ini bukan suka-suka tulis, tetapi dari petugas bagasi
sendiri. Inilah serba sedikit kisah hidup dan suasana di tanah suci ketika
musim haji.
Tahukah anda, Pos Malaysia telah menawarkan perkhidmatan
penghantaran bagasi jemaah haji Malaysia sejak 1998. Setiap kiriman yang
dihantar ke Malaysia melalui Pos Malaysia akan diserahkan kepada penerima dalam
tempoh tujuh hingga 14 hari daripada tarikh pengeposan.
Ia bukanlah satu perniagaan, tetapi lebih kepada perkhidmatan kepada
jemaah haji.


Untuk penghantaran bagasi atau bungkusan, kadar yang dikenakan hanya
Saudi Riyal (SR) 14 bagi setiap kilogram untuk Semenanjung Malaysia dan SR19
sekilogram untuk Sabah dan Sarawak. Jemaah haji boleh memilih untuk membayar
secara tunai di Arab Saudi, membuat potongan menerusi akaun Tabung Haji atau bayaran
dibuat semasa penerimaan bagasi itu di tanah air.
Kotak-kotak Poslaju yang diterima dari pelanggan siap sedia untuk
diproses bagi dihantar terus ke Malaysia. Sesampai di Malaysia kotak ini akan
diiseh mengikut tempatuju dan van-van Poslaju akan menghantar kiriman ini
sampai ke muka pintu.



Pasar Subuh
Meriahnya
pasar subuh di atas / tepi jalan raya berhadapan Maktab kami. Rancak para
peniaga Arab berjualan jubah, cincin, tasbih, baju serta buah-buahan. Sementara
para peniaga yang terdiri dari kalangan wanita Melayu Pattani pula berjaja
makanan untuk sarapan pagi seperti nasi lemak, nasi goreng, nasi dagang, mee
goreng dan bihun goreng. Laris bisnes mereka sebab para pembelinya terdiri dari
kalangan orang yang sedang lapar.
Ehhh . . .
macam-macam ada lah!



