Ramai
wanita-wanita mengorbankan kesihatan mereka demi mengejar kekayaan, kemudian
membelanjakan kekayaan mereka untuk mengembalikan kesihatan. Aneh ya, tetapi
itulah kita… manusia.
Sekiranya
kita mempunyai seekor itik yang bertelur emas, sudah tentu itik itu akan kita
jaga dengan baik bagai menatang minyak yang penuh. Begitu juga dengan mekanik
atau pengurus kilang, mereka akan menjaga peralatan dan jentera agar berfungsi
dengan baik bagi memastikan pengeluaran yang optimum.

Tapi
bagaimana dengan jentera yang paling hebat di dunia, sumber utama kepada
pengeluaran kita iaitu badan kita? Adakah kita menjaganya dengan baik agar ia
dapat berfungsi dengan baik dan memberi hasil yang optimum?
Tiada yang
lebih bernilai dari kesihatan. Kita semua tahu, tapi kita agak berkeberatan
untuk mengekalkan kesihatan kita pada tahap optimum. Kesihatan optimum
bermaksud hidup bertenaga serta bebas dari gejala yang menyukarkan dan juga
penyakit kronik.
Kita seorang
yang gagal bila kita mengabaikan kesihatan kita. Demi untuk mengejar kejayaan,
kita sering tidak makan atau makan makanan yang tidak seimbang.
Kita juga
tidak mengambil pemakanan tambahan untuk menampung kekurangan akibat pemakanan
yang tidak seimbang. Kita tidak tidur dengan secukupnya, tidak bersenam…
semuanya demi mengejar kejayaan.
Mari kita
renung bersama pepatah Peranchis yang berbunyi, “Seorang yang sihat adalah
seorang yang berjaya”.
Kita semua
sedia maklum bahawa kita akan menghargai seseorang atau sesuatu apabila kita
kehilangannya. Kita akan mulai menghargai kesihatan kita bila kita sudah mula
kehilangannya. Sekiranya umur kita sudah melampaui 40 tahun, eloklah memberi
perhatian kepada kesihatan diri. Sudah banyak sistem badan yang rosak akibat
gaya hidup yang tidak sihat.