Dahulu kita
sibuk dengan Friendster, kemudian Facebook muncul. Semua berada di sini dan
membunuh Friendster perlahan-lahan.
Tetapi pada
zaman Friendster, blog sudah di situ.
Blog
seumpama kedai mamak. Ketika gawat tahun 1998 dan 2008, banyak restoran
tempatan tutup, tetapi restoran mamak masih berjalan seperti biasa. Mengapa blog
masih di situ? Kerana ia menjadi tumpuan pembaca yang lapar.
Orang yang
jujur dan berkeupayaan adakalanya menerima nasib yang malang dalam sesebuah
organisasi. Keberanian berkata benar kerap dilabel sebagai penderhakaan.
Sebaliknya
yang berpura-pura 'banyak kerja' dan berlagak pandai kerap dianggap paling
berjasa dan setia kerana kepandaiannya mengampu.
Ramai pemimpin yang awalnya baik dan kompeten telah bertukar menjadi sebaliknya...angkara orang sekeliling yang menipunya dengan input-input palsu dan tidak berpijak di bumi nyata!
Ramai pemimpin yang awalnya baik dan kompeten telah bertukar menjadi sebaliknya...angkara orang sekeliling yang menipunya dengan input-input palsu dan tidak berpijak di bumi nyata!
Untung Orang
Baru Timbul, Untung Orang Lama Tenggelam
Kepada semua
sahabatku. Sekarang memang dah nampak dengan jelas. Sejak diambil alih oleh ********,
UNION yang kita ada dahulu macam sudah tidak berfungsi. Cuma berjuang untuk
kepentingan peribadi sahaja.

Kasihan kepada
yang teraniaya kerana langsung tiada pembelaan ke atas mereka. Saya cadangkan
kita cuma taat pada ********. Apa-apa keputusan kita redha, daripada
mengharapkan perjuangan yang entah ke mana. Marilah kita RESIGN UNION
beramai-ramai selepas ini, hendak harapkan UNION memang sudah tidak boleh lagi.
Alahaiii, orang
atasan tidak boleh beza gaji pokok dengan elaun? Gaji pokok jangan disamakan dengan
elaun.
Cuma
sekarang ini yang sibuk bising-bising, kakitangan yang sudah berkhidmat
berpuluh-puluh tahun pun tidak jauh beza gaji dengan yang baru masuk.
Kalau elaun
rumah dah dimasukkan ke dalam gaji pokok, macam mana kakitangan yang duduk kuarters
itu nak bayar sewa? Selama ini sewa ditolak dari elaun rumah.
Tiada beza syarikat
kepunyaan kaum lain dengan syarikat BUMIPUTERA. Apa beza gaji pokok RM1000
dengan gaji pokok RM900 sebelum ini. Kami fikir syarikat cina je macam ni,
sangkaan ku meleset, cara ini juga dilakukan di syarikat BUMIPUTERA.
Kita kena berfikir
di luar kotak, jangan pakai angguk-angguk geleng-geleng dongak-dongak sahaja.
Nanti yang jadi mangsa kakitangan bawahan. Asal bagi kata dua, terus terima.
Fikirlah di luar kotak untuk kebaikan semua.
Sama-sama
menang yang bagaimana kita mahu? Cuba tengok slip gaji, itulah yang diperjuangkan
selama puluhan tahun. Tetapi sekarang ini, buka slip gaji sudah ada 2 perkara yng
ditarik balik dan dimasukkan ke dalam gaji pokok. Sebab elaun bila-bila masa
boleh ditarik balik?
Ermmmmm,
sadislah orang-orang lama kekal jadi mangsa. Kenaikan pangkat jauh sekali, gaji
pun tiada beza dengan yang baru. Pendekatan betullah salah seorang kakitangan
baru yang lapor diri, maknanya bila masuk pos, semua pengalaman tolak ke tepi.
Walau sudah
30 tahun perkhidmatan, apa bezanya? Maknanya walau budak itu budak baru, dia
dah sedar apa akan jadi pada dia suatu hari nanti. Fikir-fikirlah. Penjelasan
dan penerangan tiada, tapi dalam diam sudah ada keputusan. Itu pasal hari itu
penuh kekecohan.
Aduhai pedih,
terdapat kakitangan bermula dari AJK cawangan, perwakilan exco dan pernah juga pegang
pegawai kanan sekejap. Sukar nak sangkal apa-apa sebab itu pandangan ahli, bila
kena batang hidung sendiri, baru kita tahu.
Masalahnya UNION
kita sekarang ini orang dalaman Pos Malaysia juga. Itu yang payah nak bela nasib
posmen. Kalau bela posmen nanti pihak syarikat sibuk pantau, sebab itu pihak
syarikat buat apa pun UNION tidak bangkang.
Pada saya sendiri
keluar dari menjadi ahli UNION itu ada sedikit bahaya di saat kita ketika ini.
Kalau nak menukar kepimpinan itu hak ahli yang menentukan. Biar kita bercakap sebagai
satu suara, sekurang-kurangnya kita mampu bersuara dalam satu suara yang besar.
Kalau ramai-ramai keluar ahli, siapa lagi yang akan mewakili kita untuk bersuara.
Umpama
menarik rambut dalam tepung. Kita kena selalu berhati-hati. Tetapi dalam saat
kritikal macam ini berhadapan dengan bermacam-macam cabaran. Diharap sangat
kita semua rasional, tapi dalam marah cubalah kita bergerak secara berpasukan.
Cuba
bayangkan syarikat-syarikat yang tidak punya UNION. Apabila perlaksanaan gaji
minimum berkuatkuasa, maka ramailah yang seperti anak sendiri dibiar mati tidak
makan. Kemasukan bangla 1.5 juta, maka ramailah yang jadi pengganggur. Kita
harus kaji setiap keputusan yang nak dibuat untuk kedua-dua belah pihak. Jangan
sampai marahkan nyamuk habis kelambu dibakar.
Ini bukan
menjilat atau menghirup. Kalau ikutkan amarah keluar dari jadi ahli ianya akan
buat kita jadi lemah dan lebih senang diperkotak-katikkan. Memanglah orang yang
tidak jadi ahli pun dapat sama apa yang diperjuangkan. Itu dah lali dengan
kecaman-kecaman, tetapi percayalah saat ini memang bahaya untuk bertindak
secara individu. Kita pasukan yang besar sebenarnya kalau UNION dalam pos ini
digabungkan memang besar.
Masing-masing
ada kehendak sendiri-sendiri. Kadang-kadang pun agak sukar untuk diketengahkan
oleh pegawai kanan kesatuan. Kita pun faham, tapi tolonglah fikir lebih
rasional. Semoga kesabaran kita Allah kurniakan rezeki lebih besar nanti, berlapang
dadalah.
Untung Orang
Baru Timbul, Untung Orang Lama Tenggelam
![]() |
| Sama-sama makan gaji, anda hanya tahu merancang dan memberi idea serta rancangan, TAPI anda GAGALmencari penyelesaian |
Pepatah Melayu
ada kata, harimau mati meninggalkan belang, UNION mati meninggalkan kesan kepada
ahli. Selama ini ahli mengharapkan UNION memperjuangkan kepentingan ahli. Elaun
rumah bertahun-tahun di takat lama.
Orang yang
jujur dan berkeupayaan adakalanya menerima nasib yang malang dalam sesebuah
organisasi. Keberanian berkata benar kerap dilabel sebagai penderhakaan.
Sebaliknya
yang berpura-pura 'banyak kerja' dan berlagak pandai kerap dianggap paling
berjasa dan setia kerana kepandaiannya mengampu.
Ramai
pemimpin yang awalnya baik dan kompeten telah bertukar menjadi
sebaliknya, angkara orang sekeliling yang menipunya dengan input-input palsu
dan tidak berpijak di bumi nyata!
Akhirnya,
pekerja tidak perlu lagi merasa elaun rumah, kerana UNION telah berjuang untuk menghapuskan
elaun rumah. Tahniah UNION, tarik semua elaun untuk gaji pokok. Kenapa elaun kedatangan
tidak ditarik sekali masuk ke dalam gaji pokok? Kalau betul UNION nak tolong
ahli, tidak perlulah berharap pada kesatuan, makanlah suapan RM10 yang ahli
bagi itu. Sekian, dari ahli yang kecewa.
Dipendekkan cerita, korang fikirlah sendiri.
Dipendekkan cerita, korang fikirlah sendiri.
