Kos sara hidup di bandar secara puratanya lebih tinggi jika
dibandingkan di luar bandar. Walau bagaimanapun gaji ataupun rezeki di bandar
lebih banyak berbanding di luar bandar dalam banyak keadaan.
Di mana kebanyakan individu habis duit bukan kerana kos sara hidup,
tetapi duitnya habis lebih cepat kerana kos gaya hidup. Apabila disebut kos
gaya hidup, adalah kos-kos yang bukan keperluan manusia.
Kos sara hidup adalah kos yang menjadi keperluan manusia.
Mengikut kajian yang kami buat kebanyakan individu di kawasan bandar
menghabiskan duit atas sebab-sebab tertentu,
- Mesti makan di restoran ‘fast food’ sekurang-kurangnya 1 kali sebulan
- Hujung minggu mesti membawa ahli keluarga bersiar di dalam ‘shopping mall’
- Mesti sambut hari jadi, sama ada di restoran ataupun membeli kek yang berharga RM 40 ke atas. Menyambut hari jadi anak-anak di ‘fast food’ ataupun di pusat tadika anak-anak.
- Membeli kuih raya bagi meraikan tetamu datang, walaupun duit sebenarnya tidak cukup. Ini amalan yang tidak wajib di dalam Islam.
- Bagi duit raya, tetapi diri sendiri belum mampu, kerana di keliling dengan hutang.
- Tukar kereta sebelum hutang kereta lama habis.
- Membeli perabot yang setaraf dengan orang bandar.
- Banyak lagi perbelanjaan, yang bertaraf gaya hidup orang bandar.
Hidup di bandar sememangnya tidak dapat menyimpan, apabila
berbelanja mengikut gaya hidup. Kata orang tua “Hendak seribu ikhtiar, tidak
hendak seribu alasan”.
Realiti orang yang hidup di ibukota. Gaji setinggi RM6 ribu ke bawah
masih tidak mampu membeli rumah yang diidami. Terutamanya rumah yang terletak
di kawasan Lembah Klang. Memang mencacak harganya. Kadang-kadang rasa tidak
logik bila dibandingkan dengan saiz rumah dan harga. Tapi bila dilihat pada
nilai tanah itu sendiri, memang patutlah tanah di bandar pesatnya bukan main
apatah lagi dengan pelbagai kemudahan seperti MRT yang terkini, tentulah harga
tanah sama naik.

Pada masa yang sama terpikir lah pulak pada risiko yang berkemungkinan
sepanjang berhutang. Mana tahu tiba2 syarikat suami ekonominya tidak stabil,
takpun salah seorang jatuh sakit tidak mampu bekerja dan perkara-perkara
lainlah yang berkemungkinan. Adatlah, bila nak membeli sesuatu yang mahal dan
pembayarannya mengambil masa yang panjang, pelbagai perkara perlu difikirkan.
Tapi bila kami duduk diam2 sambil berbincang, sebenarnya-benarnya kami mampu
untuk membeli. Dan hakikatnya sekiranya ada masalah tiba-tiba yang datang, kita
boleh anggap sebagai dugaan dan cabaran. Dalam hidup ini memang kena berani
menerima dugaan. Dan tiada satu dugaan pun tidak boleh diselesaikan. Setiap apa
yang dilakukan memang semuanya berisiko.

Anda lebih suka hidup di bandar atau di kampung?
Pada pendapat saya, saya lebih suka hidup di kampong, tanpa tekanan,
hidup sungguh nyaman dan tenang. Jiran tetangga saling peduli satu sama lain,
tiada menunjuk/, sikit hasat dengki, tanpa membayar bayar banyak bil.
Sayur-mayur boleh didapat di kebun belakang rumah, ataupun ladang, dan sawah.
Nak ikan tak payah beli, pegi je sungai belakang rumah. takde gas
tak pening, pegi je kebun cari ranting kering masak nasi
guna kayu bakar, udara sejuk, pemandangan indah menghijau, bau harum
tumbuh tumbuhan menenangkan jiwa.
Sedang hidup di bandar ni, semua nak duit, nak duit dan duit, jiran
tak saling kenal dan menyapa, senyum pun jarang, takde gas pening, takde air
atau current kelam-kabut macam hilang emas 1 tan, udara panas, manusia berebut
oksigen, takde masa nak rileks.
Macam manalah manusia zaman sekarang berebut nak cari penghidupan di
bandar, sedang di kampung bukan tak boleh hidup. Betul tak.? pendapat anda
pula...?