Pengunaan
merkury dalam kosmetik telah diharamkan di Eropah sejak tahun 1976 dan kemudian
FDA mengharamkan penggunaannya dalam kosmetik pada tahun 1990.
Pigmentasi ataupun kecerahan warna kulit disebabkan oleh penghasilan melanin. Tompok hitam ataupun kulit gelap boleh disebabkan oleh penghasilan melanin berlebihan oleh sel melanocytes, sel yang berfungsi untuk menghasilkan pigmentasi warna kulit.
Pigmentasi ataupun kecerahan warna kulit disebabkan oleh penghasilan melanin. Tompok hitam ataupun kulit gelap boleh disebabkan oleh penghasilan melanin berlebihan oleh sel melanocytes, sel yang berfungsi untuk menghasilkan pigmentasi warna kulit.

Pigmentasi
warna kulit ini boleh disebabkan oleh terdedah kepada cahaya matahari
berlebihan, proses penuaan (peningkatan umur) dan juga gangguan hormon semasa
bersalin ataupun disebabkan oleh pengambilan ubat.
BAGAIMANA MERCURY PUTIHKAN KULIT?
BAGAIMANA MERCURY PUTIHKAN KULIT?
Mercury
ataupun dalam Bahasa Melayu dipanggil Raksa biasa digunakan dalam produk
kosmetik krim pencerah atau pemutih untuk berikan kesan yang segara. Raksa ini
bertindak memutihkan kulit dengan menghalang atau melambatkan proses
penghasilan melanin yang memberikan warna gelap pada kulit.
Melanin
adalah pigmen atau warna coklat yang dihasilkan oleh sel melanocytes di kulit.
Melanin ini adalah pelindung semulajadi yang dihasilkan oleh badan untuk
melindungi kulit dari sinaran UV Matahari, walaubagaimanapun, penghasilan
melanin yang berlebihan menyebab warna kulit menjadi gelap ataupun tidak
sekata.
Selain
Raksa, ada beberapa bahan lain lagi yang berbahaya ataupun beracun biasa
digunakan dalam produk kosmetik untuk tujuan memutihkan kulit seperti hidrokuinon
dan tretinon. Bahan-bahan pemutih beracun ini biasanya dicampurkan dalam produk
kosmetik krim pemutih terutamanya krim malam (Night Cream).
Raksa dalam
krim pemutih yang digunakan berulang kalli boleh terkumpul kulit dan
kemudiannya menyerap ke dalam badan dan masuk ke salur darah. Raksa mudah
diserap oleh badan tetapi sukar untuk disingkirkan atau dikeluarkan.
KESAN BURUK
MERCURY
Apabila
raksa ini digunakan dalam krim pemutih, kesan sampingan awal yang boleh terjadi
termasuk gatal-gatal, ruam pada kulit, hilang warna kulit (skin discoloration)
dan juga parut. Terdedah kepada raksa untuk jangka yang lama membawa kesan yang
lebih buruk kepada kesihatan.
WHO memberi
amaran penggunaan raksa untuk jangka masa yang lama boleh menyebabkan Kerosakan
Buah Pinggang dan gangguan Sistem Saraf. Raksa yang tinggi dalam badan juga
menyebabkan gangguan emosi, tekanan, psikosis dan mengganggu perkembangan otak
janin dan juga otak kanak-kanak.
TANDA-TANDA
KERACUNAN MERCURY
Tanda-tanda
keracunan raksa termasuklah ganguan emosi, letih, hilang ingatan, mudah lupa
dan sakit kepala. Keracunan raksa ini juga boleh menyebabkan perubahan tingkah
laku seperti cepat terasa, kurang keyakinan diri dan kurang selesa semasa
bergaul. Raksa yang berlebihan dalam badan menyebabkan gangguan buah pinggang
(membranous nephropathy), badan menggigil dan kekejangan otot.
KENAPA ADA
MERCURY DALAM PRODUK QU PUTEH?
Dua produk
Vida Beauty iaitu 'Qu Puteh Whitening Pro 9' dan 'Qu Puteh Whitening UV Block'
disahkan mengandungi Mercury oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) . Selain
daripada 2 produk kosmetik ini, Vida Beauty juga mempunyai lebih 33 produk
kosmetik lain yang bernotifikasi dengan KKM. Produk Qu Puteh Whitening UV Block
masih lagi terdapat dalam sistem notifikasi BPFK dengan nombor NOT151106645K.
Ujian
saringan bahan beracun ke atas produk kosmetik adalah ujian rutin yang
dijalankan oleh Pusat Kawalan Kualiti, Biro Pengawalan Farmaseutikal
Kebangsaan, KKM. Ujian bahan beracun ini termasuklah ujian hidrokuinon,
tertinoin, dan juga had logam berat termasuklah mercury.
Ujian
saringan ini dijalankan berdasaran persampelan produk kosmetik di pasaran dan
juga berdasarkan aduan yang diterima daripada pengguna. Produk-produk kosmetik
seperti krim pemutih dan krim pelansing adalah produk yang berisiko tinggi
dicampurkan dengan bahan beracun ini. Oleh itu sampel-sampel produk kategori
ini diberikan lebih perhatian untuk diuji.
Dari kajian
yang pernah saya jalankan ke atas produk kosmetik semasa bertugas di Pusat
Kawalan Kualiti, BPFK, KKM pada tahun 2007 - 2011. Hampir 8 - 10% daripada 300
produk kosmetik di pasaran Malaysia yang diuji sepanjang tahun didapati positif
mengandungi bahan beracun. [Screening of Hydroquinone in Cosmetics Products by
QCC in 2006 and 2007 by Rahman Baco et. al.]
Sampel
kosmetik yang didapati positif mengandungi bahan beracun pada ujian saringan
pertama akan diuji semula oleh penganalisa berbeza untuk mengesahkan
keputusannya benar-benar tepat. Apabila keputusan telah disahkan, maklumat
produk kosmetik beracun ini akan dikongsikan dengan pihak berkuasa kesihatan
negara jiran iaitu Brunei, Singapura, Indonesia dan Thailand untuk tindakan
selanjutnya sebelum kenyataan akhbar dikeluarkan.
Sebab
itulah, posting-posting di media sosial banyak menggunakkan laporan akhbar
daripada negara Brunei yang dikeluarkan lebih awal berbanding Malaysia.
Produk
kosmetik mengandungi bahan beracun seperti mercury yang dikesan dalam 2 produk
jenama Qu Puteh ini boleh berlaku kepada mana-mana jenama kosmetik yang lain
dan juga pernah terjadi ke atas jenama kosmetik popular yang lain.
Vida Beauty
selaku pemegang pendaftaran produk ini telah mendaftarkan produk kosmetik ini
mengikut Peraturan-peraturan Kawalan Dadah dan Kosmetik 1984. Produk kosmetik
yang telah didaftarkan akan diberikan nombor Notifikasi yang bermula dengan
NOT. Sistem Notifikasi produk kosmetik ini memudahkan proses recall
(panggil-balik) produk dari pasaran apabila berlaku kejadian seperti ini.
Pihak Vida
Beauty diberi masa 72 jam untuk menarik balik 2 produk kosmetik ini daripada
pasaran dan mengambil langkah pembendungan yang perlu.
Tidak adil
untuk kita menghukum semua produk keluaran Vida Beauty atau jenama Qu Puteh
beracun kerana Vida Beauty mempunyai lebih 30 produk kosmetik atas jenama Qu
Puteh dan 2 produk tradisional atas jenama PAMOGA yang berdaftar dengan
Kementerian Kesihatan Malaysia.
"Jadilah
Pengguna Yang Bijak Memilih"
RAHMAN BACO,
Pharmacist
Herbal
Choice
Your Halal
Trusted Pharmacist
Berikut
senarai produk-produk kosmetik yang disahkan mengandungi bahan-bahan beracun
yang diharamkan:
1. Khazanah
White Pembersih Wajah
2. Gloskin
Krim Malam & Siang
3. Reena's
Astringen Lanjutan
4. Skin Desires
Deep Whitening Cleansing Milk
5. EETYE
Whitening Cream
6. O'Lynn
Skin Lightening Cream
7. Hans
Beauty Flawless Day Cream
8. Hans
Beauty Flawless Night Cream
9. Hans
Beauty Treatment Toner
10. AS
Beauty Night Cream
11. AS
Beauty Day Cream
12. Golden
Horse Herbal Milk Lotion
13. Golden
Horse Bio C omplex Cream
14.
Dermaceutic Spot Cream
15.
Dermaceutic Spot Peel Cream
16. Yellow
Cream (Krim Ku-Neng)
17. Dnars
Magic Gold Foundation
18. SF
PROTECT & PERFECT DAY CREAM
19. Sensual
Meiji Skin Renewar Cream
20. Acrena
Pure Herbal Papaya Soap
21. White
Complex
22. SS Pearl
Cream
23. SS Vita
C Night Repair
24. Cellnex
Anti-Sensitive Essence Treatment
25. Natural
99 Night Cream
26. Natural
99 Day Cream
27. SF
Beauty Night Cream (Facial)
28. SF
Beauty Day Cream (Facial)
29. Aveana
Night Revival Cream
30.
Blemished Skin Ampoules
31. Golden
Horse B&W Cream
32. Felisa
Gentle Peeling Solution
33. Krim
Malam Rahsia Rimba
34. Eriesya
Spa Beauty Cream
35. Natasya
Krim Herba
36.
Temulawak Whitening Pearl Cream Papaya
37. Ratna
Sari Whitening Night Cream
38. ATIKA
BEAUTY Renewal Night Cream
39.
Chantique - Whitening Night Cream
40. NV Toner
Treatment No 1
41. Zara
Rejuvenation Cream
42. Natasya
Gold Krim Herba
43. De Putih
Night Cream
44. BML HB
LOTION
45. Yoko
Whitening Cream
46. Sensual
Whitening Cream
47. Derma-Rx
Arbutin-R Cream
48. EZEE
SUNBLOCK CREAM
49. MONTAGNE
JEUNESSE CHOCOLATE MASQUE
50. Daily
Protecting Cream - Joie et Beaute
Senarai
penuh produk kosmetik yang diharamkan KKM rujuk di www.bpfk.gov.my