Apa jadi
pun, jangan la tidur dalam kereta masa kereta tgh idle/tak bergerak sebab ianya
boleh membunuh. Dah banyak kes sebelum orang mati sebab tidur dalam kereta,
tapi masih ramai yang buat jugak.
Macam baru-baru ni area rumah aku black out. Aku tengok ramai orang keluar rumah, start enjin, duduk dalam kereta sebab konon-kononnya panas takde kipas dalam rumah. Alahai, panas ape la sangat. Lain kali standby satu kipas jepun. Paling senang amik suratkhabar buat kipas.
Sama juga
kat RnR highway especially waktu malam. Aku tengok ramai yang tido dalam kereta
sambil engine dan aircond on.
Macam baru-baru ni area rumah aku black out. Aku tengok ramai orang keluar rumah, start enjin, duduk dalam kereta sebab konon-kononnya panas takde kipas dalam rumah. Alahai, panas ape la sangat. Lain kali standby satu kipas jepun. Paling senang amik suratkhabar buat kipas.

Tidur dalam
kereta bahaya kalau:
- Engine on, aircond on, tingkap fully tutup.
- Engine off, aircond off, tingkap fully tutup.
Risiko lelap
dalam kenderaan, sedut maut karbon monoksida boleh ragut nyawa
Banyak kes
kematian dilaporkan akibat terhidu gas monoksida. Di Malaysia misalnya,
‘amalan’ pemandu singgah di pusat Rehat dan Rawat (R&R) selepas kepenatan
atau mengantuk selepas memandu jauh, lalu berehat di dalam kereta dengan enjin
terpasang, kemudian tertidur, sudah kerap kedengaran.
Ada kes
individu menunggu seseorang di dalam kereta kemudian tertidur. Tidak kurang ada
yang tinggalkan anak di dalam kereta dengan enjin dan penghawa dingin dipasang
untuk melakukan sesuatu urusan. Tindakan itu tidak bijak dan mengundang bahaya.
Paling mengecewakan, ramai yang tidak tahu wujud risiko bakal menunggu jika
terlalu lama di dalam kenderaan.
Bagaimanakah
kenderaan yang dianggap sebagai pelindung, sebaliknya mampu menjadi perangkap
maut?
Seseorang tidak tahu bila akan ‘merasa mengantuk dan
mula tertidur’ di dalam kereta dan dalam keadaan itu karbon monoksida mungkin
sudah memenuhi paru-paru menyebabkan lemas.
Perlu diketahui, gas karbon
monoksida terhasil akibat pembakaran bahan api seperti petrol yang tidak
sempurna seterusnya dilepaskan melalui ekzos kenderaan dan masuk ke dalam
bahagian kenderaan melalui kebocoran di bahagian tertentu seperti tingkap,
bonet dan sebagainya.
Enjin kereta
yang baru diselenggara, biasanya mempunyai tahap kesempurnaan pembakaran tinggi
berbanding dengan enjin kereta jarang diselenggara.
Ia bukanlah
disebabkan oleh sistem pendingin hawa. Sistem itu hanya bertindak sebagai
pengalir haba dan menyejukkan ruang dalam kereta dan bukannya membekalkan
karbon monoksida.
Gas karbon
monoksida berbahaya kerana ia boleh kekal dalam sistem darah tubuh. Semakin
banyak gas ini disedut maka semakin banyaklah kuantitinya dalam darah manusia.
Ketumpatan gas monoksida dalam sistem darah manusia menyebabkan kekurangan
kandungan oksigen dalam darah. Kekurangan oksigen inilah yang akan membawa
kepada kesan anggota badan khususnya sistem saraf dan otak yang mana pada tahap
tertentu boleh membawa menyebabkan koma dan seterusnya maut.
Persoalannya,
bagaimana gas monoksida ini boleh disedut tanpa disedari?
Ada beberapa
faktor menyebabkan kejadian itu berlaku. Sebab utama paling nyata ialah berlaku
kebocoran aliran udara luar ke bahagian dalam kenderaan.
Misalnya, kebocoran itu mungkin disebabkan ada lubang bawah kereta, pintu yang tidak
rapat terutama bonet belakang, lubang brek tangan dan beberapa faktor lain.
Insiden ini
biasa berlaku ketika enjin kereta dibiarkan hidup berterusan ketika berhenti
rehat menyebabkan gas karbon monoksida yang terhasil ketika pembakaran, meresap
masuk ke dalam kereta.
Bagaimanapun
jika keracunan itu berlaku ketika sistem pendingin hawa dihidupkan, kemungkinan
besar ada campuran gas karbon monoksida dalam aliran udara luar yang masuk
melalui sistem pengudaraan kereta. Saluran aliran udara luar sepatutnya
tertutup, sekiranya pengguna memilih menggunakan kitaran udara dalaman tanpa
membabitkan udara luar.
Risiko
tersedut karbon monoksida adalah rendah bagi kenderaan kedap dari udara luar.
Bagaimanapun, siapa yang dapat pastikan kenderaan mereka betul-betul kedap.
Kenderaan baru juga kadangkala ada ‘kebocoran’ tetapi dikhuatiri kita tidak
perasan mengenainya.
Tempat Parkir Boleh Ancam Nyawa
Kenderaan yang mempunyai masalah kebocoran pada mana-mana komponennya boleh mengakibatkan
individu yang berada di dalamnya ketika enjin dibiarkan hidup dalam jangka masa
tertentu berhadapan dengan risiko terdedah kepada keracunan gas.
Pada masa
sama, individu yang sedang berehat di dalam kereta tidak terlepas daripada
terhidu gas beracun meskipun sistem penghawa dingin dimatikan.
Justeru,
orang ramai sepatutnya mengelakkan risiko terperangkap daripada pembebasan gas
beracun karbon monoksida hasil kebocoran kenderaan.
Risiko
keracunan rendah ketika kenderaan bergerak atau berhenti berehat di kawasan
yang berangin berbanding kawasan tertutup, walaupun enjin kereta dihidupkan
secara berterusan.
Ketika
tidur, deria dan pancaindera termasuk rasa dan bau, boleh mengejutkan kita dari
tidur, tetapi dalam keadaan ini, karbon monoksida akan masuk ke dalam paru-paru
dan akibatnya tubuh badan akan kekurangan oksigen hingga membawa maut.
Contohnya,
dalam kes kebakaran. Mangsa yang tertidur akan terjaga, bukan disebabkan
kehadiran asap, sebaliknya rasa panas akibat api yang semakin marak. Mangsa
akan terbangun sebab deria merasai panas. Ia berlaku bila 1/3 daripada cecair
tubuh badan menjadi sejat, menyebabkan tubuh berada dalam keadaan tidak selesa.
Tetapi dalam keadaan keracunan karbon monoksida, asap itu akan memenuhi
paru-paru. Apabila ia masuk semakin banyak, mangsa boleh sesak nafas. Dalam
keadaan itu otak mangsa panik, keliru dan tidak mampu berfungsi lagi dan ia
berlaku dalam keadaan mangsa itu tidur.
Jangan
terkejut sekiranya dalam beberapa kes di kawasan perumahan bandar
seperti pangsapuri, ada orang yang mengambil jalan mudah tidur dalam kenderaan
dengan pendingin hawa dihidupkan bila bekalan elektrik terputus atau rosak.
Lokasi
turut mempengaruhi. Keadaan garaj bertutup atau tempat parkir di bahagian bawah
tanah, boleh meningkatkan risiko keracunan karbon monoksida berbanding berada
di kawasan tempat kereta lapang.
Dalam pada masa yang sama elakkan meletak kenderaan dengan muncung ekzos menghala ke pintu masuk kediaman. Ini kerana
bagi orang yang suka panaskan enjin dalam tempoh lama, asap itu boleh masuk ke
dalam rumah melalui celahan pintu atau tingkap dan mungkin meracuni ahli
keluarga.
Perlu Tahu
- Usah meremehkan tempoh selenggara kenderaan. Disiplinkan diri hantar di bengkel profesional sama. Tujuannya mengelakkan penggunaan gas penyaman udara berbeza setiap bengkel.
- Jangan biasakan tidur dalam kenderaan kerana tidak tahu ‘bila kita akan tertidur’.
- Sekiranya terdesak berada dalam kereta, pastikan persekitaran luas dan terbuka. Walaupun enjin kereta tidak dihidupkan, asap ekzos daripada kenderaan lain mungkin menyelusup masuk ke dalam kenderaan anda.
- Risiko keracunan adalah amat kecil ketika kenderaan bergerak atau berhenti rehat di kawasan berangin, walaupun enjin dihidupkan secara berterusan.
- Elakkan risiko keracunan gas, pastikan kenderaan mempunyai tahap kebocoran aliran udara dari luar yang paling minimum.
- Keracunan karbon monoksida berlaku selepas menghirup karbon monoksida sejenis gas sangat bertoksik. Gas itu tidak mudah dikesan kerana ia tidak berwarna, berbau, berasa, dan merengsakan.
- Karbon monoksida ialah hasil daripada pembakaran bahan organik tanpa bekalan oksigen yang mencukupi dan seringnya dihasilkan di dalam persekitaran rumah dan perindustrian kenderaan bermotor atau alat kuasa gasolin, pemanas, dan kelengkapan masak. Pendedahan terhadap karbon monoksida pada 100 bahagian per juta (ppm) atau lebih, boleh membahayakan kesihatan manusia.
- Keracunan karbon monoksida antara kaedah paling biasa digunakan membunuh diri, iaitu dengan sengaja menghirup asap ekzos dihasilkan enjin kereta yang hidup. Ia juga dikatakan menyebabkan apa yang digelar rumah berhantu. Gejala seperti ‘delirium’ dan ‘halusinasi’ diakibatkan keracunan karbon monoksida menyebabkan individu berfikir mereka nampak hantu atau mempercayai rumah berhantu.
- Sistem penghawa dingin kereta serupa dengan sistem penghawa dingin ‘split unit’ dipasang di rumah dan pejabat. Apa yang membezakan ialah sumber tenaga menjanakan sistem berkenaan.
- Komponen utama sistem penghawa dingin ialah ‘compressor’ dan ‘refrigerant’ atau gas lengai ada dalam kitaran mampatan sistem penyejukan penghawa dingin. Gas inilah boleh diisi semula apabila kesan penyejukan penghawa dingin berkurangan.
- Kadar kehilangan gas ini adalah terlalu kecil dan kadangkala memakan masa sehingga bertahun-tahun diisi semula membuktikan keracunan karbon monoksida bukanlah disebabkan sistem penghawa dingin.
FAKTA
Antara kes
tragis:
- Seorang kontraktor ubahsuai bangunan yang tidak pulang ke rumah selepas melakukan kerja pengubahsuaian di sebuah kilang pemasangan kereta, ditemui mati dalam keretanya di Jalan Segambut. Beliau ditemui dalam keadaan terbaring dengan kesan darah pada hidung di kawasan parkir di hadapan kilang oleh kakitangan Nissan Tan Chong Motor. Anak mangsa, memberitahu polis, seorang pekerja yang menemui mayat bapanya menghubunginya memaklumkan kejadian itu.
- Seorang wanita berusia 50-an ditemui mati di dalam keretanya di tempat letak kereta sebuah pusat kesihatan di Gunung Rapat, Ipoh. Mayat wanita itu ditemui di dalam kenderaan jenis Perodua Kembara kira-kira jam 1.30 petang oleh orang awam yang melalui kawasan itu.
- Ketika ditemui, mangsa tidak sedarkan diri dengan enjin kenderaan sudah dimatikan. Polis yang tiba di lokasi kejadian mendapati mayat Ainon dalam keadaan tersandar di tempat duduk kerusi pemandu dengan kesan kebiru-biruan di beberapa bahagian badan tanpa menemui sebarang senjata.
- Empat sekeluarga yang ditemui mati dalam kereta di sebuah ladang kelapa sawit kira-kira empat kilometer dari Kota Tinggi.
- Seorang pemuda ditemui mati di dalam kereta dipercayai akibat asap yang disalurkan ke dalam kereta berkenaan di Ulu Temiang, Seremban. Mangsa ditemui mati oleh penduduk kampung berhampiran yang melalui jalan itu. Menurut kenyataan polis, setiba di tempat kejadian mendapati enjin kereta masih hidup dan mangsa dipercayai menyalurkan asap dari ekzos keretanya ke dalam melalui getah paip.
- Sepasang kekasih ditemui mati dalam keadaan bogel dipercayai lemas kerana terhidu gas karbon monoksida dalam sebuah kereta di garaj sebuah pusat mencuci kenderaan di Seksyen 17, Shah Alam. Mayat pasangan itu ditemui seorang rakan mereka yang menetap di kontena berdekatan pusat mencuci kenderaan, dalam keadaan enjin dan penghawa dingin kereta terpasang, kira-kira jam 9 pagi dan diklasifikasikan secara mati mengejut.
- Seorang budak lelaki berusia empat tahun dijumpai mati dalam kereta selepas dia ditinggalkan oleh bapanya, yang tidak menyedari anak bongsunya tertidur dalam kenderaan berkenaan. Bapanya, dikatakan tidak menyedari anaknya tidur dalam kereta itu. Selepas lebih dua jam, lelaki berusia 37 tahun itu kembali ke keretanya dan terkejut menjumpai anaknya tidak sedarkan diri.
Mohon share
kepada orang tersayang...