Sakit gigi secara tidak
langsung berkait dengan emosi si pesakit. Bila sakit gigi datang menyerang,
masa tu lah mood terus hilang.
Semua benda rasa nak mengamuk. Salah sikit terus meletup. Itu belum cerita tentang kerja lagi semuanya akan terbantut.
Apakah yang menyebabkan gejala sakit gigi ni? Sakit gigi berlaku apabila timbul rasa ngilu pada gigi diakibatkan oleh karies gigi, rahang, gingivitis, dan pelbagai lagi faktor lain. Tak dinafikan, Ohmedia sendiri memang liat betul nak pergi berjumpa doktor gigi dan sentiasa memilih pelbagai cara tradisional untuk mengubatinya.
Semua benda rasa nak mengamuk. Salah sikit terus meletup. Itu belum cerita tentang kerja lagi semuanya akan terbantut.
Apakah yang menyebabkan gejala sakit gigi ni? Sakit gigi berlaku apabila timbul rasa ngilu pada gigi diakibatkan oleh karies gigi, rahang, gingivitis, dan pelbagai lagi faktor lain. Tak dinafikan, Ohmedia sendiri memang liat betul nak pergi berjumpa doktor gigi dan sentiasa memilih pelbagai cara tradisional untuk mengubatinya.

Berikut adalah antara
petua yang mungkin membantu korang.
1. Gigit Bunga Cengkih
Ini antara yang biasa
Ohmedia lakukan kalau diserang sakit gigi. Ambil 3 kuntum bunga cengkih yang
dah kering tu, kemudian letakkan di bahagian gigi yang sakit. Kalau gigi
berlubang, tumbuk dulu bunga cengih tu dan letakkan di dalam lubang tersebut.
Setakat ini, cara ni memang tak pernah gagal lagi menghilangkan rasa sakit
gigi. Ini juga cara yang biasa digunakan orang-orang lama sejak bertahun dulu
lagi.
2. Minyak gamat
Minyak Gamat sememangnya
terkenal mampu mengubati pelbagai jenis penyakit luaran. Ini termasuklah sakit
gigi. Hanya letakkan Minyak Gamat pada putik kapas dan sapukan pada bahagian
gigi yang sakit. Setel!
3. Kumur air garam
Ini biasa buat masa zaman
sekolah dulu. Kalau gigi sakit, kumur dengan air garam pasti akan hilang.
Caranya cukup mudah. Bancuh satu sudu kecil garam dalam secawan air panas.
Kacau hingga larut kemudian tunggu sekejap hingga air menjadi suam. Lepas tu
berkumur seperti biasa. Hati-hati jangan sampai terminum pula! Hehe!
4. Hilangkan Plak
Ini sebenarnya cara untuk
mencegah sebelum menderita sakit gigi. Plak antara punca-punca sakit gigi
berlaku. Biasanya orang zaman sekarang akan gunakan Listerine untuk
berkumur-kumur supaya plak pada gigi hilang dalam masa yang sama mulut juga
menjadi wangi. Buat sekurang-kurangnya 3 kali selepas memberus gigi.
Ambil sedikit Kapur Sirih
dan sapukan pada gigi yang sakit tu. Kunyah Sirih yang bercampur sedikit kapur.
InsyaAllah sakit gigi tu akan berkurang dan lama kelamaan akan hilang.
6. Kumur air rebusan
Sirih
Ambil 10 helai Daun Airih
dan rebus dengan air sebanyak 4 hingga 6 gelas sampai mendidih. Biarkan sejuk
kemudian tapis. Berkumurlah dengan air rebusan tu tadi.
Orang bandar panggil daun
Aloe Vera. Biasanya orang ambil buat sapu dekat muka untuk dapatkan kulit yang
licin. Tapi kegunaan lainnya boleh juga isi di dalamnya diletakkan pada gigi
yang sakit. InsyaAllah sakit gigi akan berkurangan.
8. Tomato muda
Kalau ada buah Tomato
muda, ambil dan belah dua. Kemudian masukkan tomato ke bahagian yang sakit
tadi. Andaikata gigi sakit kerana dimakan ulat, ulat itu akan keluar dengan
sendirinya.
9. Daun Serai
Ambil Daun Serai dan
tumbuk hingga hancur. Masukkan ke dalam air suam dan tambah sedikit garam.
Hasil air tersebut boleh digunakan sebagai bahan kumur.
10. Gambir
Rendamkan sedikit gambir
dalam secawan air suam. Tumbuk hingga separuh hancur kemudian masukkan gambir
ke dalam gigi yang sakit. Gambir akan membuatkan gigi terasa kebas tetapi
jangan gunakan terlalu banyak, takut dengan bibir-bibir sekali rasa kebas
nanti. Heh!
11. Habbatus Sauda.
Ambil serbuk Jintan Hitam
atau Minyak Jintan Hitam (Habbatus Sauda) kemudian letakkan ke dalam gigi yang
berlubang.
12. Bawang Putih
Hiris bawang putih dan
tempelkan pada gigi yang sakit. Biarkan sekurang-kurangnya satu jam dan
insyaAllah, sakit gigi akan berkurangan.
13. Asam Jawa
Asam jawa perlu digoreng
dahulu beberapa minit kemudian bakar sedikit garam kasar di dalam daun pisang.
Tumbuk semua bahan ini hingga halus dan letakkan pada gigi yang sakit.
Rebuskan air bersama-sama
garam dan limau nipis dibelah empat hingga mendidih. Kemudian biarkan suam dan
berkumurlah sekerap yang boleh. Lakukan setiap hari sampai sakit berkurangan
dan lambat laun akan hilang.
Kalau semua cara yang
dikongsikan tidak berjaya, beranikanlah diri untuk berjumpa doktor. Buang rasa
takut untuk sekali sahaja tapi kepuasan dia bertahun-tahun lamanya bila tidak
lagi diserang sakit gigi. Cara paling mudah, kawal pemakanan bermula hari ini
dan pastikan rajin-rajinlah memberus gigi ya selepas makan dan sebelum tidur.