Kadang-kadang
dalam kita memperkatakan mengenai ego kita, adakalanya kita kena juga bersifat
terbuka.
Kalau selama ini hanya lelaki dipersalahkan, apa salahnya kaum wanita juga merenung kelemahan diri sendiri. Apakata cuba luangkan masa sejenak untuk renungkan perkara ini, hujah yang diperkatakan mungkin betul, mungkin juga tidak.

Pengarah
Kajian Sosiologi Indonesia, Khairudin Harahap
Sifat
penyabar terhadap suami yang pulang lewat serta layanan mesra di meja makan
adalah antara kualiti dimiliki wanita Sumatera yang menyebabkan lelaki Malaysia
mudah tertawan dengan mereka.

Pengarah
Kajian Sosiologi Indonesia, Khairudin Harahap berkata, kebanyakan lelaki
Malaysia tertarik dengan layanan yang lebih baik yang mampu diberikan oleh
wanita Sumatera itu berbanding wanita Malaysia.
“Contohnya,
kawan saya sendiri berkahwin dengan wanita Sumatera, isterinya tidak kisah
suaminya pulang lewat malah akan diberi layanan yang sangat baik tanpa perasaan
marah dan ragu-ragu walaupun ditinggalkan sehingga lewat malam.
Selain itu, wanita Indonesia tidak akan meninggalkan suami yang makan di meja makan seorang diri, perkara itu akan berterusan walaupun mereka telah lama berkahwin. Ini merupakan adat budaya wanita Indonesia dari dahulu lagi,” katanya

Ditanya,
apakah kelebihan wanita dari Sumatera sedangkan ada antara mereka tidak
berpelajaran tinggi, menurut Khairuddin, mereka terkenal dengan rupa paras yang
cantik.
“Saya dapati
kerana kecantikan mereka itu, lelaki negara ini tidak putus-putus pergi ke
Medan, Indonesia terutama hari Jumaat dan pulang pada hari minggu. Berdasarkan
maklumat, kebanyakan mereka yang pergi ke sana untuk bermain golf tetapi
kemudiannya secara tidak langsung tertawan dengan kecantikan wanita di sana,”
ujar beliau.
Pengarah
Pusat Kokurikulum, Universiti Putra Malaysia (UPM), Prof. Madya Dr. Mohammad
Shatar Sabran
Layanan
mesra, lemah lembut, mengikut kata dan berani merealisasikan fantasi impian
lelaki dikatakan menjadi punca yang menyebabkan ramai lelaki tempatan ‘cair’
terhadap wanita Indonesia.
Sedangkan
wanita di negara ini semakin sofistikated serta terlalu sibuk memikirkan
kerjaya dan masa depan sehingga terlupa memberikan tumpuan yang sepatutnya
kepada suami.
Shatar
berkata, perkara itu menyebabkan kaum lelaki di negara ini memilih wanita
seberang kerana persepsi mereka yang masih bersifat tradisional dan konservatif
dalam rumahtangga termasuk inginkan perhatian dan layanan.
“Kehendak yang tidak berpadanan ini telah menyebabkan lelaki Malaysia beralih kepada wanita seberang kerana lelaki kita masih mengharapkan dilayan dan dijaga seperti 25 tahun yang lampau. Sedangkan visi wanita kita lebih kepada kerjaya dan masa depan. Jadi untuk memenuhi kehendak itu maka mereka beralih kepada wanita seberang kerana mereka masih mempunyai pemikiran seperti wanita kita 25 tahun yang lalu yang menatang suami bagai minyak yang penuh,” katanya.

Justeru,
Shatar yang juga pensyarah Sains Kemasyarakatan menasihatkan wanita Malaysia
agar tidak terlalu mengejar kerjaya sehingga meminggirkan kepentingan suami.