
Sungguh
mengecewakan, di Pahang kawasan kampung, tapi posmen boleh hantar sampai depan
rumah. Tapi sebaliknya berlaku di Semporna. Demi keselesaan pelanggan
berurusniaga, kenapa perlu ada perbezaan. Diharap ada kemajuan, alamat kedai
dah tulis, tapi tidak boleh hantar padahal kedai di pekan Semporna bukannya
jauh.
Kenapa poslaju di Semporna tiada danakah mahu
naik taraf? Mohon pihak berwajib hadam.

Ribuan
penduduk di Semporna memohon untuk penambahbaikan servis pos;
“Dengarlah
rayuan kami. Nak hantar dan ambil barang susah. Bukannya semua barang poslaju
hantar ke rumah. Walhal di Semenanjung, kampung yang jauh di pedalaman pun
poslaju boleh masuk. Inikan Semporna. Jalan di Semporna elok-elok semuanya.
Motor dan van poslaju tak boleh hantar kah? Ya, faham juga ada yang tiada
alamat. Tapi sekurang-kurangnya, bantulah kami dengan menambah kaunter hantar
dan ambil barang”.
Pernah jadi
satu keluarga hantar barang guna poslaju tapi seminggu baru sampai. Nak ambil
pun masalah, terpaksa berbaris panjang di bawah matahari, sampai anak
merengek-rengek kepanasan.
Mohon
disediakan kaunter tambahan dan tempat selesa untuk pelanggan pos untuk hantar
dan ambil barang. Mohon prihatin dan empati, kata-kata kami amat sopan sekali
dan mohon keprihatinan.
Kedudukan
pejabat pos terletak di laluan utama, sentiasa sibuk. Kereta lalu-lalang,
ditambah pula dengan kereta sapu yang memonopoli dan menyukarkan urusan di
kawasan ini. Mohon majlis daerah Semporna atau yang berkenaan selesaikan isu
kereta sapu di kawasan ini. Sediakan satu tempat khas atau stesen kereta sapu
untuk semua destinasi.
Pejabat pos
sekarang haruslah berpindah ke kawasan yang kurang sibuk, banyak lagi bangunan
baru. Kalau kurang staf mohon iklankan, ramai anak buah nak mohon kerja,
diharap pos tambah bajet tambah pekerja.
Kata Sabah
sedang membangun, tapi hakikatnya di Semporna sendiri pun yang terkenal dengan
tempat pelancongan masih daif. Kota Belud pun sama, sedangkan bukan
calang-calang pak menterinya, tapi tempat sendiri penuh dengan masalah, inilah
kebenarannya.