Mudah Dan Pantas

Setakat ini saya tiada masalah dengan Poslaju. Hantar dari Kelantan ke, Perlis, Sabah, Sarawak semua Alhamdulillah sampai on-time. Pada hemat saya, 'you get what you paid for'.

Dalam bisnes kami, untuk pelanggan kami, kami gunakan Poslaju. Tak pernah la mengecewakan setakat hari ini. Servis laju. Sesuai dengan namanya. Kurier lain pun bagus cuma sesetengah liputan tak menyeluruh. Kita nak mudahkan pelanggan bukan susahkan mereka.
Untuk bungkusan, saya lagi suka Poslaju sebab 'free basic coverage' untuk 'insured value' dia lebih tinggi. Dari segi keselamatan pula, setakat yang saya guna Poslaju, tak pernah ada yang sangkut. Manakala Gdex pula saya pernah hilang peket sekali.

Cuma yang saya lebih suka tentang Poslaju, memang betul dia akan sampai pada hari esok. Dan yang lebih cantik, ceruk mana pun dia akan hantar. Kalau kompeni-kompeni lain, setakat ni dia akan suruh 'meet up at certain point', atau suruh 'pick-up kat centre'.

Jadi sebab itulah saya katakan 'you get what you paid for'. Untuk 'effort' tambahan yang mereka punyai berbanding penghantaran berkos rendah lain, rasa berbaloi jugak la untuk sedikit penambahan kos. So, aku anggap Poslaju ni sedikit premium la.

Poslaju Ezibox
Pernah tak korang beli barang online. Hantar ke rumah. Tapi tiada sesiapa di rumah. Posmen pun tinggalkan surat cinta yang lebih kurang berbunyi begini,

"Kami datang tetapi anda tiada di rumah. Sila pungut bungkusan anda di Pejabat Pos Laju cawangan berikut sebelum tarikh sekian sekian. Jika tidak, bungkusan anda akan dipulangkan kepada pengirim."

Tapi kan, ada berita baik buat shopaholic online tegar. Eh, saya ke tu? Harini saya baru dapat tahu yang Pos Laju ada perkhidmatan baru - EziBox.

Baru ke? Atau saya yang ketinggalan?

Message EziBox baru je masuk. Mata dan kepala dah berat sebab makan ubat batuk dan selsema. Esok je lah kita tengok apa EziBox ni. Validity 48jam.

Apa itu COD?
COD bermaksud "Cash On Delivery". Maknanya PENJUAL akan berjumpa dengan PEMBELI dan barang akan diberikan secara by hand.

PENJUAL yang akan tentukan lokasi dan masa untuk jumpa. Bukan PEMBELI.

Kalau PEMBELI yang tentukan tempat contohnya mintak PENJUAL datang ke rumah. PENJUAL ada hak untuk mintak charge kos transport pada PEMBELI.

Sebab apa? Sebab korang nak pergi beli ikan kat pasar pun, korang pergi pasar. Bukan pasar pergi kat korang.

Selalu dah dengar cerita customer mintak hantar barang sampai ke rumah, tapi bila dah hantarkan diskaun lagi. Minyak kereta tu bukan murah. Tenaga lagi. Kesian dengan PENJUAL.