
Untuk yang ke KLIA2, mata akan terpaku ke arah gadis-gadis berseragam merah, juga dengan skirt pendek atas lutut. Penerbangan nasional pula berbaju kebaya yang ketat dan tidak kurang belahnya di bahagian kain.
Makanan ringan yang dihidangkan secara percuma juga amat menarik apabila setiap penumpang diberikan satu kotak yang berisi air epal macam pek ribena serta satu pek kacang dan satu cupcake.
Ikuti luahan daripada mereka yang bekerja sebagai pramugari di awan biru. Luahan tentang apa yang mereka harapkan daripada penumpang/pelanggan, yang sememangnya kita tak pernah tahu.
Mereka
dilatih masuk hutan dan berenang di laut semata-mata untuk membantu anda jika
berlaku keadaan terburuk.
Mereka
membahagikan makanan untuk anda, setelah itu barulah makanan untuk diri mereka.

Ketika
pesawat panas kerana sistem penghawa dingin akibat tidak berfungsi, mereka juga
turut kepanasan termasuk juruterbang juga turut kepanasan. Jadi berhentilah
merungut pada mereka yang sentiasa tersenyum itu.
Mereka
sekurang-kurangnya telah mengalami 6 kali penerbangan yang tertunda dengan
penumpang yang sentiasa merungut dan mereka tetap tersenyum. Senyuman yang
manis adalah senjata mereka.
Pelbagai
jenis penumpang yang menaiki pesawat, dari ahli politik sehingglah tukang sapu,
dari yang pendiam, bengis, dan garang malah yang banyak cakap atau banyak
kerenah, mereka wajib menegur anda dengan penuh senyuman dan sopan-santun.
Beberapa
kali mereka digoda penumpang setiap hari, dari yang muda hinggalah penumpang
yang berumur, dan yang pasti mereka tetap ramah, menolak dengan nada yang mesra
walaupun di dalam hati, mahu sahaja di tempeleng dengan kasut tumit tinggi
mereka.
Setiap kali
penerbangan, mereka juga turut berdoa supaya penerbangan tersebut lancar dan
mereka juga dapat pulang dengan selamat sama seperti anda.
Mereka
dilatih mengubati dan mengatasi penyakit jantung, asma dan lain-lain, turut
membantu ibu mengandung, mereka diajar menggunakan peralatan kecemasan, dilatih
bagaimana mengatasi atau berhadapan dengan pengganas, dilatih serba-sedikit
untuk mematikan fius jika terdapat bom di dalam pesawat oleh kerana di dalam
pesawat hanya mereka yang dapat anda harapkan.
Kadangkadang
anda melihat mereka asyik tersenyum sejak dari ‘takeoff’ sampailah ‘landing’,
jauh di sudut hati mereka, mereka menangis merindukan keluarga.
Kadang-kadang
anda melihat mereka dengan barang berjenama, padahal mereka berbelanja kerana
berusaha melupakan rasa rindu untuk pulang ke rumah kerana terhalang dengan
tugas di awan biru.
Kadang-kadang
anda melihat mereka duduk di ‘jump seat’ ketika selesai servis penumpang,
tetapi mereka tidak pernah memejamkan mata. Anda tidak tahu, mereka sebenarnya
sangat mengantuk, sehinggakan mereka boleh tertidur tanpa perlu memejamkan
mata. haha!
Kadang-kadang
anda memprotes kerana menu tidak sedap, tapi apakan daya mereka juga tidak
mampu berbuat apa-apa. Kerana tidak semua apa yang anda inginkan ada di dalam
pesawat, ini pesawat bukannya hotel atau kedai mamak yang boleh order ikut suka
hati anda. Mereka adalah ‘frontliner’ yang sering kali menerima leteran dari
penumpang/pelanggan.
Mereka
sangat berharap sangat-sangat jika anda berada di posisi mereka, bayangkan
perasaan apabila berjauhan dari keluarga tersayang, amat-amat menyedihkan.
Ditambah
pula jika terpaksa bertugas di hari lebaran atau salah seorang ahli keluarga
telah meninggal dunia tetapi mereka tidak boleh pulang kerana terpaksa
menghabiskan sisa tugasan.
Hampir 70% waktu mereka dihabiskan hanya di dalam 'burung besi' walaupun ramai yang menganggap kerjaya sebagai pramugari/pramugara adalah menyeronokkan kerana dapat mengembara ke seluruh dunia. Ia adalah suatu pengorbanan besar buat keselesaan penumpang.
Hampir 70% waktu mereka dihabiskan hanya di dalam 'burung besi' walaupun ramai yang menganggap kerjaya sebagai pramugari/pramugara adalah menyeronokkan kerana dapat mengembara ke seluruh dunia. Ia adalah suatu pengorbanan besar buat keselesaan penumpang.