Pusat Akuatik Perlis Terbiar Dan Terabai

Sayangnya melihat keadaan ini, Pusat Akuatik di Kompleks Sukan Tuanku Syed Putra, Perlis, terbiar sebegini selepas SUKMA 2014, kalau baiki dan dibuka kepada rakyat Perlis kan bagus.

Mungkin ramai yang tidak tahu, setiap kali SUKMA, kerajaan negeri akan habiskan DUIT RAKYAT berjuta-juta bina Kompleks Sukan dan Stadium Baru.
Habis je SUKMA...semua tu dibiarkan kosong....mungkin nak bagi Jin menginap pulak.....pastu bila tiba masa nak pakai semula...sekali lagi habiskan berjuta-juta DUIT RAKYAT nak baiki semula......

(Apa salahnya kalau jaga maintenance, dan buka untuk rakyat....kena kan tiket pun takpa) Masalahnya, Rakyat dapat apa?? Sukan pun ke laut.......

Tidak sampai setahun digunakan Pusat Akuatik Kompleks Sukan Negeri Perlis, Kangar sudah dilihat seperti ‘kolam ikan’.

Puluhan juta ringgit dilaburkan pihak kerajaan demi pembangunan sukan untuk negeri itu hanyalah sia-sia apabila pusat akuatik yang didakwa hanya sempat digunakan bagi Sukan Malaysia (Sukma) edisi ke-17 (2014) itu kini terbiar begitu sahaja.

Kompleks Kolam Renang Sukan Negeri Perlis ini yang serba lengkap seharusnya dapat membantu negeri Perlis untuk mencungkil bakat baru sukan akuatik. Keadaan kolam renang itu amatlah menyedihkan dengan air kolam berkeladak dan berlumut serta keadaan persekitaran yang kotor.

Siapa yang dapat menyangka di kalangan anak-anak muda kelahiran Perlis memiliki bakat untuk menjadi atlet renang yang berjaya di masa akan datang.

Selain itu, Persatuan Renang Amatur Malaysia (ASUM) juga mempunyai jadual kalendar untuk mengadakan kejohanan-kejohanan akuatik tahunan seperti Terbuka Malaysia dan Majlis Sukan Sekolah Malaysia (MSSM), kompleks kolam renang ini sepatutnya menjadi venue terbaru buat atlet renang beraksi di peringkat kebangsaan mahupun antarabangsa.

Kenapa lah jadi mcm ni...betapa rugi nya rakyat Perlis...prasarana dah ada...tapi tidak diguna untuk memajukan sukan...boleh pulak terbiar dan terabai...

SUMBER