Semua orang
nak kekal cantik dan sihat. Awet muda bukan tujuan menidakkan fitrah kejadian
manusia, peredaran masa yang sememangnya manusia semakin tua, yang telah Allah
tentukan buat hambaNya.
Kita tidak mengubah, tetapi memelihara atau menjaga serta mensyukuri nikmat Allah Yang Maha Pencipta. Jika sayangkan sesuatu, sudah tentu kita akan menjaganya. Jadi kerana itu kita perlu menjaga kecantikan dan kesihatan tubuh badan kita dengan sebaik mungkin.

Lihat di
bawah, baca dan praktikkan petua awet muda ini. Yakin pada Allah dan pasang
niat yang baik maka baiklah jadinya.
Petua Awet
Muda
Petua 1:
Sejurus bangun pagi, sebelum mandi dan gosok gigi, amalkan petua ini. Urutkan
wajah kalian itu dengan air dari bawah dagu hingga ke atas dahi diiringi
selawat nabi 3 kali. Amalkan setiap hari urutan ini.
Petua 2: Sejurus bangun pagi, sebelum mandi dan gosok gigi, minum air dan biarkan ia di dalam mulut selama 10 saat dan sambil itu selawat 3 kali. Kemudian, baru diteguk. Air Liur ada enzim yang boleh jadi ubat.

Petua 3:
Amalkan memotong kuku atau rambut pada hari-hari yang baik iaitu Isnin, Khamis
dan Jumaat. Selain itu, amalkan menanam kuku/rambut yang dipotong atau gugur.
Petua 4:
Semasa berdandan di waktu pagi baca selawat Nabi di kedua tapak tangan dan
raupkan ke muka berserta niat dalam hati supaya di indahkan wajah seperti Nabi
Yusuf. Amalkan setiap pagi.
Petua 5:
Untuk melihat wajah kita agak muda daripada umur kita, amalkanlah petua ini
dengan jujur dan ikhlas. Senang sahaja, pertama, setiap kali selepas solat
subuh bacalah surah yusuff, kemudian minum air suam sebanyak tiga teguk sahaja.
Wajah kalian akan kelihatan muda daripada umur sebenar kalian.
Petua 6:
Hafalkan ayat 35 ~38 surah Al-Waqiah. Bacalah dalam hati setiap kali mandi
untuk curahan pertama, mulakan dari kepala.
Petua 7:
Amalkan bangun pagi dan mandi embun. Usap embun dari hujung daun pada wajah,
rambut dan kulit badan. Khasiat air embun amat banyak. Wajah kalian akan
berseri dan tubuh badan menjadi sihat serta awet muda.
Petua 8:
Amalkan mandi air telaga sulung iaitu air telaga yang diambil pada waktu pagi
sebelum ada orang lain mengambilnya terlebih dahulu daripada kita. Mandilah
sebelum air telaga itu ditimba orang. Dengan izinNya, wajah akan berseri dan
badan sentiasa ramping. *ni kalau kalian ada air telaga la yer.
Petua 9:
Muka kita biasanya akan berminyak selepas bangun dari tidur. Inilah masanya
untuk mengamalkan urutan wajah. Gunakan jari telunjuk kedua-dua belah tangan
dan di letakkan di bawah mulut (dagu).
Pusingkan
jari kalian ke pipi, pipi ke hidung dan seterusnya ke bahagian dahi. Lakukan
setiap pagi di susuli dengan meminum air suam sebelum mengambil sarapan pagi.
Perlu diingat, jangan sesekali mengurut wajah kalian dari atas ke bawah kerana ia akan mempercepatkan proses kedutan.
Perlu diingat, jangan sesekali mengurut wajah kalian dari atas ke bawah kerana ia akan mempercepatkan proses kedutan.
Petua awet
muda ini sekadar perkongsian yang boleh diamalkan. Dengan izinNya ia berkesan
untuk memberikan wajah berseri dan awet muda.