Cara Mudah Untuk Hilangkan Bengkak Tonsil

Sakit anak tekak ataupun bengkak tonsil boleh terjadi pada sesiapa saja. Tidak kira umur samada kanak-kanak ataupun yang dewasa.

Kebiasaanya kita dengar orang tua-tua cakap “mesti badan hang nie kurang air, tue jadi bengkak tue”. Nak menunjukkan yang dalaman badan kita “panas” hingga tonsil boleh membengkak. Tonsil sebenarnya adalah sebahagian sistem pertahanan badan kita. Tonsil bertindak untuk menghalang bakteria yang cuba masuk melalui saluran penafasan kita.

Tonsil hanya bertindak pada peringkat tahun pertama kita lahir sahaja. Selepas itu, limfa akan ambil peranan untuk “menapis” semua bakteria yang cuba masuk.
Tompokan putih menunjukkan jangkitan kuman

Apabila tonsil dijangkiti kuman ataupun bakteria (sejenis bakteria streptococcus), dipanggil tonsillitis. Pada peringkat tersebut ia akan membengkak dan menyebabkan kita sakit dan susah untuk menelan makanan. Ia boleh membawa kepada demam-demam, batuk, pening dan muntah-muntah.

Lebih teruk, bengkak tonsil ini akan menyempitkan saluran penafasan kita dan akan menyebabkan nafas berbau.

Bengkak tonsil akan surut secara semulajadi tetapi dengan pengambilan anti-biotik akan mempercepat proses penyembuhan. Tonsil akan bengkak berulang kali jika sistem pertahanan badan lemah kerana jangkitan kuman.

Dan sebenarnya ada kes yang kritikal apabila tonsil membengkak hingga teruk dan jangkitan kuman merebak ke organ dalaman penting iaitu ke bahagian jantung dan buah pinggang.

Jom saya kongsikan di sini cara yang mudah, senang dan murah untuk hilangkan bengkak tonsil.

Aiskrim vanilla
Aiskrim vanilla
Cara ini paling mudah dan senang. Tambahan mudah untuk pujuk anak-anak yang memang susah nak makan ubat.
  • Beli aiskrim perisa vanilla (kalau boleh yang dalam bekas, bukan yang stick). Elak ambil aiskrim yang perisa chocolate ataupun strawberi.
  • Bengkak tonsil boleh dirawat dengan aiskrim vanila
  • Memang boleh surut bengkak tonsil. Ini pengalaman diri sendiri.
Air garam

Ini bertujuan untuk matikan kuman-kuman yang ada di sekitar tonsil. Rawatan terbaik yang paling biasa bagi pesakit tonsil adalah untuk berkumur dengan air garam yang suam. Air suam ini mempunyai kesan melegakan.

Manakala garam pula akan membunuh virus dan bakteria. Selain itu garam juga boleh mengurangkan keradangan, seterusnya memberi keselesaan kepada anda.

Cara:
  1. Campurkan satu sudu teh garam dalam secawan air suam.
  2. Kumur-kumur dengan larutan ni. Jangan telan tau!
  3. Ulang sekerap mungkin untuk pemulihan yang cepat.                                                               
Lemon

Sifat anti-viral, anti-bakteria dan anti-radang yang ada pada lemon ini akan merawat keradangan dan jangkitan. Selain itu kandungan Vitamin C yang tinggi akan meningkatkan ketahanan badan terhadap jangkitan.

Cara:
  1. Dalam segelas air suam, tambahkan jus dari sebiji lemon, secubit garam dan satu sudu teh madu. Minum perlahan-lahan, dua kali sehari selama beberapa hari.
  2. Alternatif, anda boleh taburkan sedikit garam dan lada pada sepotong lemon, kemudian hisap lemon tu. Ia akan membantu memaksa kahak keluar dari tekak anda. Ulang 2 atau 3 kali sehari untuk beberapa hari.
Daun Selasih
Daun selasih
Daun selasih / basil merupakan rawatan di rumah yang berkesan kerana sifat anti-virus dan anti-radang. Tambahan pula sifatnya yang menyembuhkan dan melegakan kesakitan akan meredakan bengkak dan sakit selain dapat mempercepatkan proses penyembuhan.

Cara:
  1. Tambahkan 10-12 daun selasih ke dalam satu setengah cawan air. Jerang selama 10 minit.
  2. Perahkan jus lemon (1biji) kepada larutan tadi. Kalau nak manis sikit boleh tambahkan satu sudu teh madu.
  3. Minum 3 kali sehari selama 2 atau 3 hari.
Kunyit

Sifat anti-radang dan anti-septik yang kuat yang ada pada kunyit ini menjadikan ia sesuai untuk melawan tonsil ni.

Cara:
  1. Tambahkan satu sudu teh serbuk kunyit (semulajadi) ke dalam segelas air panas atau air garam.
  2. Berkumur dengan campuran ini beberapa kali sehari terutamanya sebelum tidur. Ia akan membantu menghilangkan keradangan dan kesakitan.
  3. Sebagai alternatif, anda boleh tambahkan satu sudu teh serbuk kunyit dan secubit lada hitam ke dalam segelas susu panas.
  4. Minum pada waktu malam untuk 2-3 hari untuk mempercepatkan tempoh penyembuhan.
Kayu manis

Boleh digunakan untuk merawat keradangan. Kaya dengan ciri-ciri anti mikro-organisma, kayu manis menghalang pertumbuhan bakteria dan mikro-organisma dalam tonsil dan membantu mengurangkan bengkak, sakit dan keradangan.

Cara:
  1. Tambah satu sudu teh serbuk kayu manis ke dalam segelas air panas.
  2. Campurkan dua sudu teh madu.
  3. Hirup perlahan-lahan semasa ia masih panas.
  4. Minum 2 ke 3 kali sehari selama seminggu.
Daun Pudina

Dipercayai mempunyai kuasa anti-mikrob yang berkesan membunuh bakteria dan virus yang menyebabkan radang tonsil. Menthol dalam daun pudina juga melegakan membran mukus dan memberi kelegaan kepada anda.

Cara:
  1. Rebus segelas air dengan segenggam daun pudina. Biarkan mendidih sehingga air menjadi separuh dari asal.
  2. Tambahkan satu sudu teh madu dan minum semasa ia masih panas.
  3. Minum 2-3 kali sehari untuk beberapa hari.
  4. Boleh juga berkumur dengan pencuci mulut berperisa pudina beberapa kali sehari selama anda mempunyai tonsilitis.
Halba
Halba
Mempunyai ciri-ciri anti-bakteria yang menjadikan ia penawar yang sangat baik untuk tonsil. Halba juga mempunyai sifat anti-radang yang akan memberikan bantuan segera daripada kesakitan dan keradangan

Cara:
  1. Tambahkan 2 sudu besar halba kepada 2-3 cawan air.
  2. Renehkan selama 30 minit.
  3. Biarkan sejuk.
  4. Berkumur dengan air ini sekurang-kurangnya selama 30 saat. Ulang 2 kali sehari sehingga tonsilitis dan sembuh.
Biji Carom
Biji Carom
Membantu dalam membanteras gejala tonsilitis kerana benihnya kaya dengan sifat anti-oksidan serta vitamin dan mineral yang membantu meningkatkan sistem imun untuk melawan jangkitan.

Cara:
  1. Panaskan satu perempat sudu teh biji karom ni dalam kuali sehingga keperangan.
  2. Tambahkan secubit serbuk kunyit dan kacau sehingga sebati. Kemudian tambahkan secawan susu panas dan gaul rata.
  3. Angkat dari api.
  4. Minum semasa masih panas. Minum sehari 2 kali selama 2 ke 3 hari.
Semoga bermanfaat!