Tips perlepasan ‘Parcel’ Di PMIH

Biasa kalau barang kena tahan, pihak pos akan hantar surat notis mengenai penahanan barang tu. Walaupun korang duduk Kedah ke, Kelantan ke (luar KL) perlepasan perlu dibuat dekat kastam LCCT. Jangan pergi kastam negeri korang, itu kerja sia-sia. Apa yang perlu korang buat dengan notis tersebut? (Bagi yang memilih untuk ambil sendirik kat KLIA).

Mudah saja;

1. Sila bawa semua dokumen berkaitan pembelian (brosur, invois dan lain-lain berkaitan) dan jangan lupa surat Poslaju.

2. Sediakan wang secukupnya jika kemungkinan barang yang dibeli dikenakan TAX dan lain-lain caj.

3. Pandu dengan berhati-hati ke KLIA menuju ke Pusat Mel dan Kurier KLIA (arah ke LCCT lama, dekat dengan Tune Hotel). Parking terus di Bangunan Pusat Mel dan Kurier tu (jumpa pak guard dulu minta pas masuk), tak payah parking jauh-jauh kat luar (panas dan kena bayar pulak).

4. Terus ke tempat yang diarahkan dan ikut dengan sabar pergi ke setiap kaunter, sehingga selesai (semua kaunter level sama).

5. Semasa di kaunter pihak Kastam, sila buka bungkusan dan serahkan semua dokumen yang diberikan dari kaunter lain bersama juga dokumen parcel yang korang bawa dan tunggu hingga selesai dekat tempat duduk yang disediakan, sampai kena panggil.
Barangan yang dibawa masuk ke negara ini adalah tertakluk kepada cukai oleh Jabatan Kastam dan Eksais Diraja Malaysia. Mereka akan memeriksa dari segenap sudut dan cukai mestilah dijelaskan sebelum barangan tersebut boleh dikeluarkan.

Setiap barangan pos yang dibawa masuk juga perlu melalui pemeriksaan di KLIA Sepang, Pejabat Pos Besar Kota Kinabalu, Pejabat Pos Besar Kuching, Pejabat Pos Besar Johor Bahru, Pejabat Pos Besar Ipoh dan Pejabat Pos Besar Butterworth.

Sebelum barangan boleh dikeluarkan daripada pejabat pos berkaitan, pegawai Kastam perlu menilainya dan korang perlu membayar caj cukai yang dikenakan.

Jika korang tidak boleh menuntut barangan di pejabat pos berkaitan, korang boleh melantik Pos Malaysia Berhad selaku ejen. Pos Malaysia Berhad akan membayar cukai berkaitan dan menuntut barangan bagi pihak korang dan pihak Pos akan mendapatkan semula daripada korang semasa barang tersebut diserahkan kepada korang.

Nak balik tu ada polis jaga kat pintu dia check lagi barang korang. Last sekali polis kat guard pulak check kereta korang masa nak keluar.

Kesimpulannya aku rasa macam penjenayah masa ambil barang dekat Kastam ni. Hahahahahah. Pengalaman yang sangat menarik.