Apakah kita
hidup untuk makan atau makan untuk hidup. Namun ia terpulang kepada manusia itu
sendiri untuk membuat penilaian apa sebenarnya yang menjadi pegangan. Tapi bila
mahukan makanan terbaik pastinya kita terbayangkan makanan yang disediakan oleh
chef-chef terhebat.
Anis Nabilah
Anis atau
nama sebenarnya, Anis Nabilah Umaruddin, tidak pernah lekang senyuman pada
wajahnya. Beliau amat gemar memasak dan mempunyai pendidikan dalam bidang
kulinari.
Bercerita
lanjut mengenai perjalanan kariernya, Anis berkata, dia memulakan langkah
sebagai chef selebriti selepas menamatkan pengajiannya di Food Institute of
Malaysia, Selangor.
Bercerita
lanjut liku-liku hidup, beliau dan kerjayanya, Anis berkata, skop tugas seorang
chef selebriti tidak tertakluk pada kebolehan memasak sahaja, tetapi meliputi
aspek penyampaian dan keberkesanan komunikasi.
Farah Quinn
Farah Quinn
atau nama sebenarnya, Farah Fauzan Quinn berasal dari Bandung. Beliau mula
mempelajari dunia kulinari dari Pittsburgh Culinary Institut. Setelah
menamatkan pendidikannya, Farah pindah ke Phoenix, Arizona, dan bekerja di
sebuah restoran di Arizona Biltmore Resort.
Populariti
Farah Quinn juga semakin meningkat saat memenangi ‘World Pastry Championship’. Kenangan manis
yang paling terbaik adalah pada tahun 2005. Beliau telah berjaya mencipta suatu
menu dessert spesial khusus untuk tamu-tamu dan delegasi dunia ketika acara
pertemuan G8 di Sea Island Georgia.
Giada de Laurentiis
Memulakan
bidang masakan ketika belajar di akademi memasak ‘Le Cordon Bleu’ di Paris.
Giada de Laurentiis sememangnya meminati bidang masakan dari kecil lagi.
Sekarang ini, beliau sedang giat terlibat dalam pelbagai acara masakan di
stesen televisyen di Amerika Syarikat.