Musim hujan
biasanya musim buah juga. Buah yang biasanya ada pada musim hujan di antaranya
adalah durian.
Buah yang mempunyai duri yang tajam ini baunya sangat harum meskipun sudah dibungkus berlapis-lapis. Buah durian sangat enak dimakan kerana rasanya yang lazat, manis dan lembut.
Buah yang mempunyai duri yang tajam ini baunya sangat harum meskipun sudah dibungkus berlapis-lapis. Buah durian sangat enak dimakan kerana rasanya yang lazat, manis dan lembut.
Namun tidak
setiap orang menyukai durian. Beberapa orang yang tidak suka durian kerana
baunya yang wangi menyengat. Kebanyakan orang Barat tidak suka durian oleh kerana
baunya. Banyak juga orang Asia yang tidak suka durian. Mereka tidak menyukai
durian kerana beberapa alasan, misalnya, buah durian dianggap buah yang panas,
membuat tekanan darah naik, dan lain-lain. Benarkah demikian? Apakah ini hanya
mitos atau memang sudah teruji kebenarannya? Mari kita ulas di blog ini.

Durian
dengan nama ilmiah Durio zibethinus adalah buah asli Asia Tenggara. Tanaman
durian telah dibudayakan di kebun, pekarangan rumah atau tumbuh liar di
hutan-hutan Indonesia, Malaysia, Thailand dan Filipina. Durian adalah salah
satu buah terbesar. Berat buah durian dapat mencapai 1 hingga 4 kg dengan
diameter 15 sampai 30 cm.
Isi buahnya
berwarna kuning emas, dengan biji yang ukurannya bervariasi, bergantung pada jenisnya.
Pohon durian berbuah setelah berusia 4 sampai 5 tahun. Tanaman ini dapat tumbuh
hingga ketinggian 50 meter. Durian adalah buah bermusim terutama sekali pada
musim hujan, bersamaan dengan musim buah yang lain seperti manggis dan
rambutan.
Setiap 100
gram durian memiliki kalori sekitar 120 sampai 180 kalori. Sebiji buah durian
dengan isi seberat 500 gram mengandungi 600 hingga 900 kalori. Jangan makan
durian berlebihan sampai 4 buah sekaligus kerana energi yang masuk ke dalam
tubuh 2.400 sampai 3.600 kalori. Kalori ini jauh melebihi keperluan harian tubuh
manusia. Kandungan kalori yang tinggi dalam durian menyebabkan bila dimakan
secara berlebihan akan menghasilkan pembakaran yang berlebihan dalam tubuh
sehingga menimbulkan rasa panas dalam tubuh.
Durian
mengandung alkohol. Kesan negatif daripada alkohol di antaranya dapat
meningkatkan tekanan darah. Jadi bagi pengidap hipertensi dan penyakit seumpamanya
seperti jantung koroner, stroke, atau gangguan ginjal, mengamalkan durian secara
berlebihan menimbulkan kesan buruk terhadap penyakit yang dideritainya.
Kandungan lemak dan glukosa dalam durian juga cukup tinggi. Lemak dalam buah
sebetulnya merupakan lemak tak jenuh dan non-kolesterol, namun pada kondisi
buah yang sangat matang, glukosa akan berubah menjadi alkohol.
Alkohol dan
glukosa tinggi inilah yang dapat meningkatkan kadar trigliserida dalam darah.
Jadi bagi pengidap obesiti, menderita tekanan darah tinggi, penyakit jantung
dan diabetes, sebaiknya berhati-hati. Wanita hamil juga sebaiknya tidak makan
durian.
Ditambah
dengan adanya senyawa yang mengandung alkohol dalam durian, akan menyebabkan
pembuluh darah tubuh mengalami penyempitan. Hal inilah yang membuat tekanan
darah akan semakin tinggi, bahkan dapat berakibat terjadinya stroke dan
serangan jantung.
Jika anda
penggemar durian disarankan tidak memakan durian bersamaan dengan kopi, kerana mengakibatkan kesan tidak baik terhadap tekanan darah anda.
Menurut cerita
yang berkembang di kalangan masyarakat, durian dianggap sebagai makanan yang
panas, dan sehabis makan durian biasanya tubuh akan berpeluh. Cara yang umum
digunakan untuk mengatasinya adalah dengan menuangkan air tawar pada bahagian
kulit buah yang telah kosong, lalu diminum.
Selain itu,
musim durian biasanya terjadi bersamaan dengan musim manggis, iaitu buah yang
dianggap mendinginkan tubuh setelah makan durian. Diibaratkan durian adalah
raja buah dan manggis adalah ratu buah. Dengan demikian, kedua buah kemudian
dimakan bersama-sama. Selain itu, setelah makan durian sebaiknya minum air
tawar (air mineral) banyak.
Sebaiknya
durian dimakan tidak lebih dari 100 gram dalam sekali makan. Ini sesuai dengan
kandungan kalori yang telah dijelaskan di atas. Segala sesuatu tidaklah baik
bagi kesihatan jika dimakan secara berlebihan, termasuk durian.