Apa Perlu Anda Lakukan Jika Kehilangan Passport

Seminggu juga geledah satu rumah, tetapi tak jumpa dan cuba ingat kembali letak di mana. Takpelah hendak buat macamana dah nak hilang. Mungkin ada hikmah di sebaliknya sampai kami terpaksa tundakan.

Akibat Hilang Passport Antarabangsa

Jika kehilangan passport Antarabangsa bukan satu masalah yang kecil. Harus buat report polis secepat mungkin kerana banyak sindiket yang menggunakan passport orang lain untuk tujuan tidak baik.

Saya dengar sampai ada yang sanggup membayar sehingga 20K untuk dapatkan passport palsu. Yang paling bahaya orang lain menggunakan identiti passport kita. Jika apa-apa berlaku kita yang akan kena. Jadi, hati-hati jika passport anda hilang.

Dari apa yang saya baca di internet, rata-rata menulis mengatakan sangat sukar dan mengambil masa selama 3 bulan sehingga setahun untuk dapatkan passport baru.

Aduh pening juga kepala saya lama sangat tu. Tarikh kami berangkat pula pada 1 hb Sept 2014 nanti.

Alhamdulillah… setelah pergi sendiri ke Jabatan Imigresen Cawangan Wangsa Maju, passport baru kami hanya mengambil masa tidak sampai seminggu untuk proses baru.

Tetapi proses agak rumit dan bukan mudah juga. Nasib kami baik kerana pegawai Imegresen sangat membantu dan memahami

Saya tidak pasti keadaan orang lain. Ketika kami disoal-siasat sangat mudah mungkin butiran yang kami berikan penuh dan mengikuti syarat-syarat.

Mungkin juga rekod passport kami sebelum ini elok sahaja. Saya pun dah 3 kali renew, jadi rekod passport kami aktif.
Cara Perbaharui Kehilangan Passport

Berbalik kepada kehilangan passport. Saya kongsikan apa yang perlu anda lakukan.

1. Buat laporan polis terlebih dahulu. Pastikan laporan anda buat tidak bercanggah dan benar. Jika tidak pasti mana hilang, nyatakan sahaja jangan tokok tambah.

2. Dapatkan surat beranak yang baru di Jabatan Pendaftaran Negara JPN sekiranya anda masih tidak tukar lagi atau hilang surat beranak. Caranya mudah sahaja.

Pergi ke JPN isi satu borang pemohonan. Pegawai JPN akan check status taraf anda di dalam rekod komputer dahulu.

Setelah sah ada, bayar RM5 dan tunggu tak sampai 15 minit, siap dah surat beranak anda.

3. Dokumen yang perlu dikemukakan ketika hendak memohon passport baru:
  • Borang Permohonan Passport Malaysia (IM.42 Pin 1/97)
  • Borang Soal Selidik kehilangan passport Malaysia (IM,42C), bagi kes hilang ( disahkan oleh pesurujaya sumpah)
  • Dua (2) Salinan kad pengenalan
  • Dua (2) Sijil kelahiran / surat beranak / borang W ( jika lahir diluar negara)
  • Dua (2) Salinan laporan polis ( sertakan yang original juga )
4. Kesemua borang di atas hendaklah diisi dengan teliti, nyatakan kehilangan dan kalau boleh pastikan anda tahu no passport yang hilang dan pastikan anda ingat destinasi negara terakhir passport anda digunakan.

Kalau tidak ingat tanya kepada pegawai imigresen di kaunter dengan berikan IC.

5. Selepas mengisi borang-borang pastikan anda terlebih dahulu mendapatkan pengesahan dan cop pesurujaya sumpah.

6. Setelah selesai anda kena tunggu untuk disoal-siasat atau temuduga oleh pegawai Imigresen.

7. Proses akhir jika semua lengkap, pegawai Imigresen akan memberikan surat proses seperti gambar di atas.

8. Dalam masa lima (5) hari bekerja anda perlu hadir kembali ke Imigresen untuk membuat passport baru.

NOTE : Untuk urusan kehilangan passport hanya boleh buat di Jabatan Imigresen Wangsa Maju dan Jalan Duta.

Tempoh aktifkan passport adalah selama 5 tahun, sebanyak RM300. Sama seperti kita memohon passport baru, anda tidak boleh membuat pilihan berapa tahun untuk aktifkan passport.