Pesawat ini
merupakan kapal terbang terbaru milik Malaysia Airlines System (MAS) yang tiba
di KLIA pada 31 Mei 2012.
Pesawat terbesar di dunia ini merupakan salah satu daripada enam buah pesawat yang ditempah oleh MAS. Airbus A380 menawarkan ciri-ciri istimewa termasuk mampu menampung seramai 494 penumpang tiga kelas tempat duduk dan berupaya terbang sejauh 8,380 batu nautika atau bersamaan 15,300 kilometer.
Pesawat terbesar di dunia ini merupakan salah satu daripada enam buah pesawat yang ditempah oleh MAS. Airbus A380 menawarkan ciri-ciri istimewa termasuk mampu menampung seramai 494 penumpang tiga kelas tempat duduk dan berupaya terbang sejauh 8,380 batu nautika atau bersamaan 15,300 kilometer.

Kemudahan di
dalamnya meliputi lapan tempat duduk kelas pertama, 350 tempat duduk kelas
ekonomi di bahagian dek utama, 66 tempat duduk kelas bisnes dan 70 tempat duduk
kelas ekonomi di bahagian dek atas.
Pesawat Baru
MAS Airbus A380 Janjikan Kemewahan
Cuba
bayangkan, anda sedang merehatkan kaki di bangku mewah atau mendapat urutan
“kerusi urut lounge hotel lima bintang” semasa berada dalam penerbangan yang
berketinggian 38,000 kaki.
Bunyi agak
futuristikkan?
Tetapi tidak
sebenarnya, jika kita menggunakan perkhidmatan penerbangan A380 yang pada masa
ini. Lebih-lebih lagi apabila kita berada di dalam kelas pertama pesawat itu
yang kini digelar kabin yang “melangkaui kelas pertama”.
Dengan ruang
yang begitu mewah, kapal terbang terbesar dan paling canggih dunia buat masa
ini, A380, membolehkan ciri-ciri yang dinyatakan di atas melangkaui era baharu
pengembaraan udara mewah masa kini satu realiti. Lebih 12 juta penumpang
dikatakan telahpun menikmati pengalaman pengembaraan A380.
MAS, berkata
yang ia akan memperkenalkan kelas baru pengembaraan, kelas ekonomi mewah di
atas A380nya. Pesawat itu kemungkinan digunakan untuk laluan Kuala
Lumpur-London.
Jenis
teknologi yang digunakan untuk pesawat seumpama itu, semuanya berada di dalam
teknologi aerodinamik canggih Airbus.
Kabin Konsep
itu menonjolkan bagaimana zon-zon yang diperibadikan akan menggantikan
kelas-kelas kabin tradisional dan bagaimana selain daripada teknologi untuk
mengurangkan pembakaran bahan bakar, pemancaran, sisa dan bunyi bising,
penumpang boleh menjangkakan ciri-ciri yang lebih pintar, eko dan mesra sihat
yang akan memberikan mereka perjalanan segembira yang mereka nikmati di
destinasi mereka dan juga kemungkinan mengembara dalam kapal terbang yang
lutsinar yang membolehkan mereka menikmati pemandangan di luar kapal terbang.



