Stress atau tekanan perasaan adalah salah satu penyebab utama yang
menyumbang kepada penyakit jantung, tekanan darah tinggi atau migrain.
Banyak lagi penyakit yang berlaku berpunca daripada tekanan perasaan. Apakah punca kita mengalami tekanan perasaan? Bagaimana dengan kesannya? Bagaimanakah caranya untuk kita mengawal tekanan perasaan? Dalam entri kali ini, saya akan berkongsi beberapa cara untuk mengawal tekanan perasaan dan stress.
Banyak lagi penyakit yang berlaku berpunca daripada tekanan perasaan. Apakah punca kita mengalami tekanan perasaan? Bagaimana dengan kesannya? Bagaimanakah caranya untuk kita mengawal tekanan perasaan? Dalam entri kali ini, saya akan berkongsi beberapa cara untuk mengawal tekanan perasaan dan stress.

Sebagai Muslim, apa sahaja yang berlaku, pertama sekali kita wajib
percaya ianya telah ditetapkan oleh Allah dengan kadar kemampuan kita. Apa
sahaja masalah yang dihadapi menuntut kita untuk bersabar dan menghadapinya
dengan redha.
Mengawal Stress
Mengurus masa dengan baik
Usahlah bersikap tamak untuk menghabiskan semua kerja dalam satu
masa. Cuba patuhi waktu pejabat dan jangan terlalu membuat kerja lebih masa
kerana setiap kita ada hak-hak yang perlu kita tunaikan. Belajarlah cara
kemahiran pengurusan diri dan masa, seperti menetapkan keutamaan.
Berhubung dengan keluarga, rakan-rakan dan jangan bersendirian
Syaitan selalunya menyerang manusia yang suka bersendirian. Satu
hadis daripada Usamah bin Syuraik menyatakan bahawa beliau telah mendengar
Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Tangan Allah berserta jemaah. Maka
apabila bersendirian seseorang itu daripada jemaah, syaitan-syaitan akan
menyambarnya, seumpama serigala menyambar kambing daripada kumpulannya.”.
Sesungguhnya serigala hanya membaham kambing yang memencilkan
dirinya dari kumpulan yang besar. Itu perumpamaan dari Baginda SAW mengenai
peranan syaitan ke atas manusia. Jadi, ke mana sahaja seseorang itu pergi, dia
harus mencari tiga perkara iaitu jamaah, orang ramai dan masjid.
Berbicaralah dengan mereka yang boleh anda percayai atau hubungi
sesiapa sahaja yang anda kenali. Cuba luahkan ekspresi tanpa limitasi, tidak
kira sama ada waktu sedih mahupun gembira, kongsikan perasaan anda dengan ahli
keluarga atau rakan-rakan yang anda rasa selesa dengannya. Bergaullah dengan orang-orang
yang bukan dalam kemurungan.
Lakukan aktiviti luar rumah atau aktiviti fizikal
Orang ramai selalu berkata bahawa badan yang cerdas akan membentuk
otak yang cergas. Segala tekanan sewaktu belajar atau bekerja akan dilupakan
apabila kita melakukan aktiviti-aktiviti fizikal yang dapat menyihatkan tubuh
badan seperti bersukan atau berenang. Jangan duduk diam dan berkurung dalam
bilik sambil melayan lagu-lagu sedih yang menyayatkan jiwa hati, ini hanya
menambahkan sebak di dada.
Lakukan apa saja akitiviti kecergasan, bersukan dapat menghasilkan
hormon yang mampu melegakan tekanan perasaan. Situasi akan menjadi lebih
menggembirakan jika kita meluangkan masa membawa keluarga pergi beriadah.
Ikatan kekeluargaan juga akan bertambah erat dan kukuh.
Aktiviti bersama alam
Sentiasa memelihara hubungan dengan alam. Anugerah alam ciptaan
Allah SWT berupaya menenangkan, menyemai iman dan penawar bagi manusia.
Aktiviti berkebun, menanam dan menjaga pokok bunga bukan sahaja menyihatkan
malah membantu memupuk diri memelihara alam. Anda juga menikmati ‘bird
watching’, ‘nature walk’, berjalan di tepi pantai sambil mengutip cengkerang
untuk hiasan akuarium atau apa saja berkaitan dengan aktiviti alam semulajadi
yang cukup mendamaikan bersama-sama ahli keluarga. Cuba gunakan keseluruhan
deria untuk merasai kehadiran Allah SWT.
Amal diet dengan disiplin yang kuat
Pengambilan makanan yang berlebihan dan tidak seimbang juga
merupakan salah satu faktor tekanan sewaktu bekerja. Oleh itu, cara untuk
mengurangkan tekanan adalah mengamalkan diet dengan disiplin yang kuat. Diet
yang tidak terkawal akan menyebabkan kegemukan dan menimbulkan penyakit kronik
yang lain seperti lemah jantung, darah tinggi, kencing manis.
Jaga makan dan tidur berlebihan. Sayangi badan anda, jangan mendera
badan anda dengan tidur yang tidak mencukupi atau makan makanan yang tidak
berkhasiat.
Jangan malu untuk ketawa
Bilakah kali terakhir anda memegang majalah Gila-Gila atau Gelihati?
Anda boleh cubalah baca komik atau menonton cerita-cerita yang kelakar yang
mampu membuat anda ketawa atau tersenyum.
Hargai kebolehan diri sendiri
Kita perlu mempunyai satu sikap yang dipanggil yakin diri. Apabila
kita mempunyai keyakinan diri, maka kita tidak akan mempunyai masalah untuk
melakukan sesuatu pekerjaan yang disuruh oleh pihak lain sewaktu bekerja. Kita
yakin bahawa kita boleh melakukan kerja yang disuruh dengan mudah dan tiada
sebarang masalah yang dihadapi. Apa yang penting ialah, kita mesti menghargai
kebolehan diri sendiri dan memulakan hidup dengan lebih ceria.
Fokus kepada warna yang menenangkan
Kajian membuktikan bahawa warna memberi kesan kepada perasaan kita.
Warna merah terang, oren dan kuning memberikan kita tenaga. Kombinasi warna
merah dan kuning menyebabkan darah kita berkitar dan menaikkan suhu badan. Biru
dan hijau memberi kesan menyejukkan dan menenangkan. Anda pasti boleh
mengenalpasti warna dengan cara anda sendiri untuk mengubah perasaan yang anda
mahukan.
Cuba hidu aroma yang menenangkan
Minyak pati aromaterapi lavender amat terkenal dengan aroma
menenangkan. Anda boleh cuba hangatkan pati aromaterapi lavender atau dapatkan
saja bau-bauan yang di gemari.
Hindari bunyi bising
Bunyi boleh memberi kesan kepada perasaan kita. Kita dilahirkan
dengan perasaan yang tidak selesa kepada bunyi bising. Kebisingan juga boleh
memberi tekanan dalam diri. Ia juga boleh menaikkan tekanan darah,
mempercepatkan degupan jantung dan memberi kesan psikologi yang lain. Walau
bagaimanapun bukan semua bunyi memberi kesan buruk. Muzik contohnya boleh
memberi kesan yang baik kepada perasaan dan kesihatan diri kita.
Menurut kajian dari Avram Goldstein, muzik boleh menyebabkan otak
mengeluarkan sejenis bahan penenang yang dinamakan endorfin. Muzik juga boleh
menimbulkan pelbagai variasi perasaan. Justeru, jika anda rasa tertekan,
dengarlah lagu-lagu kegemaran anda. Semoga ia dapat membantu mengurangkan
tekanan yang dihadapi.
Hadkan pengambilan ubat-ubatan
Ada sesetengah ubat-ubatan yang kita ambil mampu menyumbangkan mood
swing yang kurang baik seperti kemurungan dan emosi tidak terkawal. Jika ia
tidak perlu, anda boleh cuba elakkan pengambilan ubat-ubatan sebegini seboleh
mungkin. Simpan ubatan di tempat yang susah sukar dicapai sekiranya anda
berniat untuk mengambilnya dalam dos yang berlebihan. Jangan mengambil pil
tidur tanpa preskripsi doktor.