Terdapat banyak jenis cendawan tetapi bagi saya cendawan eryngii
yang paling sedap. Eryngii ini sesuai dimasak dengan pelbagai cara dan saya
suka kalau masukkan ia ke dalam masakan tom yam, sup atau stim bersama ikan.
Kalau kita goreng cendawan eryngii pun menyelerakan juga.
Kelebihan cendawan Erynggi
![]() |
| Cendawan Eryngii |
Cendawan ini sangat popular melalui perubatan cina. Ia mengandungi kadar anti-oksidan yang tinggi dan sebatian ‘ergothioneine’ yang melindungi sel-sel dan meningkatkan sistem imun.

Cendawan eryngii secara umum adalah sangat kaya nutrien, boleh membantu meningkatkan kesihatan vaskular, mengurangkan paras kolesterol LDL dan risiko kanser.
Richard Sullivan, seorang ahli Division of Cancer Studies menulis
dalam artikelnya bertajuk Medicinal Mushroom bahawa pelbagai spesis pleurotus,
seperti eryngii mungkin dikaitkan dengan aktivti anti-kanser serta kesan
positif terhadap sistem imun, anti-virus, antibiotik dan anti-radang. Ini
mungkin disebabkan oleh ‘beta-glucans’ iaitu sebatian aktif utama yang ditemui
di dalam eryngii.
Saya belum pernah jumpa cendawan yang lebih besar dari cendawan ini.
Ianya rendah kalori dan lemak. Bukan itu sahaja, ia kaya dengan serat dan tidak
ada kolesterol.
Inilah cendawan kegemaran saya, saya suka yang enak,
tekstur penuh daging dan kadang-kadang saya pun menggunakan cendawan ini
sebagai pengganti daging. Sebaiknya masukkan kepingan cendawan ini ke dalam kuali dan kemudian menggoreng dengan sedikit mentega, Mirin dan soya.
