Hati-Hati Memakai Korset Pelangsingan

Meski pun berasa terseksa dan sukar bernafas, namun ternyata korset tetap menjadi pilihan utama untuk membuat perut terlihat lebih kecil dan rata, khususnya bagi anda para wanita.

Sesungguhnya, penggunaan korset dalam jangka panjang juga dapat mempengaruhi kesihatan seseorang.

Ramai wanita percaya bahawa dengan menggunakan korset dapat membantu menurunkan berat badan. Penggunaan korset memiliki manfaat bagi para pemakainya, seperti pinggang yang terlihat lebih kecil, pinggul dan pay udara yang lebih mantap serta postur tubuh badan yang kelihatan lebih menarik. Korset dipercayai dapat membuat bentuk tubuh yang lebih baik, menjadi ianya suatu industri yang menguntungkan.

Dalam dunia perubatan sendiri, korset hanya digunakan sesuai dengan keperluan sahaja dan bukan digunakan sebagai pakaian yang dipakai setiap masa. Korset juga tidak boleh digunakan oleh sembarang orang, khususnya mereka yang menderita hernia dan yang setelah menjalani pembedahan.

Pemakaian korset juga sebenarnya dapat menimbulkan sesak nafas dan pergerakan anda menjadi terbatas sekaligus anda berasa tidak selesa. Selain itu, korset dapat menghalang masuknya oksigen untuk mengisi paru-paru. Akibatnya, para penggunanya cenderung bernafas pendek dan hanya mencapai bahagain atas paru-parunya hingga menyebabkan munculnya lendir dan batuk.

Seiring peredaran zaman, penggunaan korset dalam jangka panjang membuat otot-otot punggung di bahagian bawah dipaksa untuk turut memberikan sokongan tambahan dengan ketatnya korset yang dikenakan. Hal tersebut tentu saja berpengaruh pada terhentinya pertumbuhan tulang belakang kerana tidak mendapatkan sokongan yang cukup.

Doktor memberi amaran risiko paling parah akibat dari pemakaian korset dalam waktu jangka masa panjang adalah chlorosis (greensickness) dengan kesan tanda kulit menjadi putih kehijauan yang akibat kerana adanya gangguan hempedu. Selain itu seorang doktor Manish Motwani, pakar bedah menjelaskan bahawa penggunaan korset juga akan menyebabkan radang kulit, seperti kulit menjadi kemerahan. Kesan buruknya juga dapat terjadi pada tulang rusuk yang boleh membawa keretakkan tulang akibat adanya tekanan yang begitu tinggi dari penggunaan korset yang begitu ketat.

Kesan Pemakaian Korset
  1. Berisiko tinggi menghidapi Lemah Kawalan Kencing (LUL). Ahli pakar mendapati, wanita yang mahu memakai korset untuk kelihatan langsing berisiko tinggi menghidapi Lemah Kawalan Kencing (LUL). Penggunaan korset dikatakan, menekan bahagian bawah perut dan lama-kelamaan tidak dapat menahan tekanan berkenaan. Bagi wanita yang mahu tampak susuk tubuh sempurna, tidak kisah semua itu dan sedia menyarungnya sehari suntuk meskipun terpaksa menanggalkan dan mengenakan semula selepas kencing. “Terdapat wanita yang malas dan menahan saja kencing sehingga mengganggu sistem saraf pundi kencing”.
  2. Ketidakselesaan untuk bernafas. Penggunaan yang berpanjangan boleh menyebabkan tahap oksigen yang rendah dalam badan, sehingga menyebabkan keletihan, pening dan mual. Kesannya pada organ ruang paru-paru terbatas untuk mengembang sepenuhnya apabila bernafas, cepat penat dan letih melampau yang menyukarkannya berfungsi sempurna dan berdegup laju.
  3. Mengurangkan selera makan. Pemakaian korset menambah tekanan ke atas perut serta ukuran pinggang seseorang. Ianya menyebabkan kesukaran untuk makan berlebihan dan sekaligus mengurangkan selera makan.
  4. Mempengaruhi organ dalaman badan wanita. Tekanan atau kompresi terhadap rongga dada mempengaruhi organ dalaman seperti hati, paru-paru, jantung dan kelainan pada bentuk fizikal tubuh misalnya tekanan pada perut akan terjadinya benjolan di bahagian tubuh lain.
  5. Penyebab penyakit Chlorosis (greensickness) iaitu kulit menjadi putih kehijauan yang disebabkan adanya gangguan pada hempedu.
Kesimpulannya, tidak salah jika anda mahu kelihatan ramping, namun kesihatan perlu diutamakan kerana tiada guna tampil cantik tetapi memudaratkan kesihatan. Pemakaian korset secara sembarangan, tidak mengikut keperluan, saiz dan keupayaan diri sebenarnya boleh membawa risiko tidak diundang.