
Demikian jugalah soalan itu kerap ditanya oleh rakan-rakan semasa saya belajar di ITM Shah Alam (sekarang UiTM). Tidak kurang juga ada yang membandingkan Shah Alam seolah-olah seperti Kuala Lumpur... bandar metropolitian yang serba moden. Mereka membayangkan 'skycrapers'... penuh dengan bangunan bertingkat-tingkat yang mencapai awan.
![]() |
| Chemistry Cafe + Lab |
Shah Alam ini asalnya kawasan ladang kelapa sawit... sebuah kawasan
di antara Bandar DiRaja Klang dan Petaling Jaya. Sekiranya kita datang dari PJ
menghala ke Klang melalui Lebuhraya Persekutuan... sebelah kiri lebuhraya
adalah kawasan perindustrian/kediaman dan sebelah kanan lebuhraya adalah
kawasan kediaman sahaja. Dulu di kiri dan kanan lebuhraya ini merupakan
'dumping site' bahan-bahan buangan sisa pepejal... samada secara sah atau
haram. Pada tahun 70an hingga awal 80an... tanah-tanah di Shah Alam ini amat
murah... ada yang sekitar hanya RM5,000/ekar. Sekarang tanah lot banglo seluas
50' x 150' boleh mencecah jutaan ringgit.
... sejarah la pulak. Kita tinggalkan dulu bab sejarah... kalau nak
tau, browse la mana-mana website.
APA ADA DI SHAH ALAM.....
Seingat saya, ikut kata-kata orang kerajaan yang saya kenal la awal
80an dulu... Shah Alam diwujudkan sebagai sebuah bandar pentadbiran baru Negeri
Selangor bagi menggantikan Bandar Klang yang telah begitu padat pada masa
tersebut. Disebabkan kebanyakan hakmilik tanah di Klang adalah hak individu...
kos pengambilan tanah untuk membina pusat pentadbiran baru amat tinggi manakala
keluasan tanah bangunan kerajaan yang sediada tidak memungkinkan pembangunan
semula berskala besar. Namun saya ada juga mendengar beberapa lagi cerita lain
tapi tak payah rasanya kot nak cerita semua sini... lari topik nanti.
![]() |
| Toran Coffee |
Shah Alam adalah sebuah bandar kediaman moden dan pusat pentabdiran
Kerajaan Selangor. Berbeza dengan bandar lain... KEDIAMAN adalah subjek utama
pembangunan di Shah Alam. Namun demikian, dikatakan bahawa bangunan kediaman
tidak boleh dibina melebihi ketinggian bangunan MBSA atau Menara Masjid Negeri
Shah Alam... betul atau tidak, kita boleh perhatikan sendiri bangunan yang ada.
Pusat Beli-Belah... semuanya bersaiz sederhana di Shah Alam,
seolah-olah dibina sekadar mencukupi untuk penduduk Shah Alam. Kompleks PKNS,
Shah Alam Mall Seksyen 9, Alam Sentral Pusat Bandar, SACC Mall, Kompleks di
Seksyen 18 (lupa nama)... dan yang akan datang Space U8 di Bukit Jelutong.
Namun ini tidak pernah mendatangkan sedikit pun masalah kepada penduduk Shah
Alam sebab Shah Alam ini dihubungkan dengan rangkaian lebuhraya... rasa-rasanya
semua lebuhraya yang ada di Lembah Klang bersambung dengan Shah Alam. Jadi
kalau kami hendak ke mall yang besar... hanya perlu pandu dalam 15-30 minit
melalui rangkaian lebuhraya yang ada dan kita akan sampai ke Subang Parade,
Empire Shopping Mall Subang, Sunway Pyramid, 1Utama dan Curve, Damansara,
Bangsar Shopping Centre dan Pusat Bandar Kuala Lumpur. Jadi, panggung wayang,
pusat karaoke, megamall... amatlah tidak dialu-alukan oleh kebanyakan penduduk
Shah Alam yang mahu mengekalkan kedamaian hidup berkediaman.
Mercu tanda... kami ada kubah masjid yang terbesar di dunia, itulah
kubah Masjid Negeri Shah Alam dengan mimbar yang paling chanteq di Malaysia.
Tugu Peringatan Selangor pula terletak di kawasan Bangunan SUK Shah Alam dan
tahukah anda bangunan SUK ini mirip sebuah kapal? Mungkin juga ianya ilham dari
Almarhum Sultan Salahuddin, ayahanda Sultan Sharafudin sekarang ini yang begitu
meminati dunia pelayaran. Tasik Shah Alam di Pusat Bandar adalah sebuah tasik
buatan dan merupakan rangkaian 3 buah tasik. Di sinilah terletaknya pusat
rekreasi Wet World... sila datang awal jika hendak menggunakan kemudahan
berbayar ini sebab memang penuh time cuti. Perpusatakaan baru Shah Alam juga
menarik... di kawasan penuh pokok dan sebuah tasik, bersebelahan dengan Kelab
Golf Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (lebih dikenali sebagai Kampung SAS...
haha, mungkin ikut singkatannya kot KGSSAAS). Selain itu, Stadium Shah Alam
yang memang terkenal di dunia dengan bumbung konkrit tergantungnya. extreme
park, go-kart race track... AMACAM? Dan ada juga I-City... bandar lampu yang
berwarna-warni... tapi chanteq waktu malam dan gerhana matahari je la beb.
![]() |
| Macaroni Food & Coffee |
Bagi sesiapa yang meminati banglo dan mansion... boleh la
bersiar-siar di kawasan Seksyen 7 dan 12... the rich and famous stay there :)
Di Shah Alam juga ada 2 istana... Istana Mestika, kediaman rasmi
Sultan Selangor dan Istana Kayangan, kediaman rasmi Raja Muda Selangor. Boleh
la datang ambil gambar di pintu istana... anda patut ambil gambar sebab kita
ada Sultan yang paling 'cool' di Malaysia. Tuanku merupakan satu-satunya anak
raja pertama yang belayar mengelilingi dunia dengan kapal layarnya yang
mengambil masa beberapa bulan... anda berani? Baru berkayuh sampan kat Tasik
Shah Alam pun... lenguh tangan. Tuanku juga telah beberapa kali melakukan
ekspedisi kereta klasik dari Peking (Beijing) ke Paris... ribu-ribu kilometer
tu beb... ada berani? Saya ada buku Tuanku tentang ekspedisi ini... memang amat
mengagumkan.
Dan apa yang paling orang Shah Alam suka buat di masa lapang...
MAKAN DAN BERIADAH. Orang Shah Alam memang suka beriadah... awal pagi,
tengahari, petang dan malam. Setiap hari terutamanya hari cuti... kita boleh
lihat ramai orang Shah Alam di padang bola, berbasikal di jalan malahan
berjogging di merata-rata taman kediaman.
Berapa banyak padang golf di Shah Alam dan yang amat berhampiran
dengan Shah Alam?... KGSSAAS, Kota Permai Golf CLub, Glenmarie Golf Club,
Guthrie 9-hole Bukit Jelutong, Kelab Golf Bukit Kemuning, Kelab Golf TUDM,
Monterez Golf Club, Kelab Golf Subang... dan kalau rajin hingga ke Damansara,
kita akan jumpa Kuala Lumpur Golf Country Club (5 star), Kelab Golf
Perkhidmatan Awam, Tropicana Golf Club... banyak beb, belum kira masuk
dekat-dekat KL lagi. Bagi yang tak main golf... takde hal. Boleh datang makan
di terrace lounge kelab-kelab ini sambil menikmati pemandangan padang golf yang
memang sangat chanteq... believe me bro, harga makannya tidak la semahal yang
anda sangkakan malahan lebih murah dari harga hotel... big portion pulak tu.
Kedai makan pula... merata-rata sekarang ini, semakin bertambah
setiap tahun. Kalau pergi kedai mamak... semuanya size besar malahan kerusi
meja melimpah hingga ke luar kawasan kedai. Sebabnya... orang Shah Alam amat
menghargai makan bersama... bersama keluarga dan kawan-kawan. 1-2 jam tu dah
memang gerenti beb... sampai 2-3 gelas teh tarik. Nampak macam takde kerja
kan... tapi disebabkan kami kuat kerja la... kami amat menghargai waktu makan.
Tak percaya... pergi la tengok dan ramai juga yang 'dressed up' untuk pergi
makan je. Malahan sekarang ini, kedai kopitiam tumbuh melata di Shah Alam dan
besar-besar belaka... selalu penuh terutamanya selepas waktu pejabat. Jadi,
pilih la ikut selera masing-masing... mamak, Thai, Melayu, western,
campur-campur... semua ada. Banyak kedai makan yang selesa dan amat bersih...
dan gerai-gerai bergerak di bahu-bahu jalan juga tidak kurang enaknya... kena
cuba la baru tahu. Rajin-rajin la bertanya, insyAllah bab makan ni... orang
Shah Alam memang tak kedekut bagitau tempat makan yang best.... kan.
Itulah lebih kurangnya Shah Alam... bandar urban Melayu yang amat
kami cintai dan hargai. Harap-harapnya kekal la seperti ini untuk selamanya.
Bimbang juga dengan perkembangan politik sekarang ini yang kerapkali 'melanggar
adat'. Contohnya, konsert telah dibenarkan di kawasan I-City Shah Alam,
sedangkan kita ada stadium di mana konsert boleh diadakan secara tertutup dan
jauh dari kawasan kediaman. Ayat politik saya... agak-agak lain macam je, kita
tukarrrrrrrrrrrrr YB... haha.
Jadi kepada mereka yang berhajat untuk datang ke Shah Alam... anda
amat dialu-alukan, selamat datang ke bandar kediaman kami. Kena pandai la susun
jadual dan tempat lawatan kerana kami takkan bersetuju sama sekali untuk
menukar landskap Shah Alam... hatta sebuah panggung wayang sekalipun :). But i
can jamin you guys ... you can really enjoy the foods and hospitality. Di
bandar ini juga anda akan lihat, Porsche Cayenne, BMW, Merc, Bentley, Ferrari
dan Lambo sebelah menyebelah samada di trafik light atau kedai-kedai makan...
hehe boleh tengok tapi jangan la ambil gambar, nanti tuannya sound la pulak
hehe... calar kereta tu kang, ribu-ribu nak cat.
Shah Alam... dulu, kini dan selamanya.
Shah Alam... dulu, kini dan selamanya.


