Ini baru betul tampal jalan namanya. Dekat malaysia lagi ditampal
jalannya makin teruk jadinya. Selagi
boleh tampal, tampal. Meninggi macam busut pun tidak mengapa.
Dekat Malaysia semua harga nak tinggi tapi kerja macam haram jadah
tak ada kualiti. Amalan rasuah nak rebut tender harga rendah. Tetapi duit yang
diperuntukan oleh kerajaan, kontraktor makan buat beli kereta besar, rumah
besar-besar. Lepas 3 bulan berlubang sana-sini.
Cehhh! Nak buat macam ni? Orang Malaysia bukan boleh percaya pun.
Besi pun pantang tengok, pagi ni buat, malam tu jugak kena curi.
Kalaulah begini caranya para kontraktor di Malaysia, pasti tidak
kedengaran lagi ungkapan jalan sering berlubang dan berlopak-lopak walaupun
baharu dibina. Tidak lagi berlaku kejadian penunggang motosikal maut sebab
terlanggar jalan berlubang. Kejadian jalan berombak-ombak pasti menjadi
sejarah, kenderaan rosak dan sering ke workshop disebabkan jalan tidak baik dan
rata sudah berkurangan. Akhirnya rakyat juga yang dapat manfaat dan nikmat.
Hasil Kekemasan Kerja Pekerja Sektor 3D Di Eropah
Jalanraya yang tidak memenuhi kehendak pengguna, seharusnya mesti
memenuhi kriteria yang mesra pengguna. Faktor keselamatan harus menjadi topik
utama. Kebarangkalian kematian di jalanraya terlalu tinggi, ini harus dikaji
kerana faktor kesesuaian dan tahap keselamatan jalanraya terlalu kurang.
Ada juga faktor kerosakan ini disebabkan corruption atau rasuah yang
menyebabkan specification yang seharusnya ada di dalam asas pembinaan jalan
tersebut tidak diambil peduli atau tidak mengikut kehendak jurutera yang
menilainya. Rasuah adalah punca kematian jalanraya yang tinggi di samping
faktor-faktor yang lain.