
Batu ini
nampak macam biasa-biasa, tapi dengan mengubah benda ini di atas tanah sesuka
hati boleh membuatkan pergaduhan yang besar, permusuhan berpuluh tahun dari
generasi ke generasi.
Harus
diingat jika tercabut, jangan sesuka hati meletak sendiri pada kedudukan yang
dianggap betul tanpa pengukuran, jangan mengubah kerana rasa tanah kita tak
cukup.

Setiap tanda
sempadan sudah mempunyai nilai koordinat kedudukan di atas pelan. Sia-sia jika
kita ubah, jangan tipu diri sendiri.
Sekiranya dibubah, jurukur tanah boleh tahu lokasi batu sempadan diubah atau tidak dengan membuat semakan koordinat.
Sekiranya dibubah, jurukur tanah boleh tahu lokasi batu sempadan diubah atau tidak dengan membuat semakan koordinat.

Batu
sempadan yang sedia ada adalah batu sempadan dari mula-mula Jabatan Ukur
ditubuhkan. Itulah sebabnya terdapat berbagai bentuk dan ukuran saiz. Masih
lagi dikekalkan bentuk-bentuk batu sempadan itu, kerana dianggap batu lama dan tidak
dibuat balik pada masa sekarang.
Dari situ kita boleh dapat tahu berapa lama usia batu sempadan itu. Pada waktu itu ukur pakai rantai, 1 rantai panjang sama dengan 50m.
Dari situ kita boleh dapat tahu berapa lama usia batu sempadan itu. Pada waktu itu ukur pakai rantai, 1 rantai panjang sama dengan 50m.
Mencabut
batu sempadan tanah adalah kesalahan besar dan boleh di penjara.
Walaupun
satu meter tanah orang yang kita ambil, ia boleh menghumban kita ke dalam api
neraka. Ingatlah sebelum kita ambil hak org azab Allah adalah amat keras dan
pedih.
Jangan
main-main dengan hal tanah, lebih 1 inci pun nak kena menjawab.