Cikgu Sekolah

Cantiknya cikgu-cikgu sekarang ni. Kenapalah murid suka ponteng sekolah lagi. Sekolah sekarang serba-serbinya lengkap dengan cikgunya cantik, masih juga murid malas belajar dan suka ponteng sekolah.

Yang penting bukan kecantikan cikgu-cikgu itu, tetapi ibu bapa amat menitikberatkan pembelajaran dan ilmu anak-anak. Ramai cikgu sekarang mengajar sambil lewa di sekolah tetapi part-time sebagai pengajar di tusyen supaya pelajar boleh ke tusyen mereka. Ini akan membebankan ibu bapa yang kurang berkemampuan.
Kaum ibu sekalian, jangan pelik jika suami anda tiba-tiba rajin luar biasa nak hantar anak pergi sekolah, sebab inilah trend terbaru di kalangan kaum bapa selepas menerima kiriman gambar cikgu manis berkebaya seperti ini. Apa pula pandangan anda?

Salahkah guru bergaya dan berpenampilan cantik ketika bertugas? Atau anda rasa  pakaian guru ini tidak sesuai, mencolok mata dan menyalahi etika sebagai guru?

Apa yang menarik perhatian ramai adalah penampilan guru tersebut yang memang tak dapat dinafikan memang cantik menawan.

Para lelaki, janganlah tunjuk sangat kelemahan, sekadar boleh digula-gulakan dengan pakaian seperti ini. Lelaki yang ada kelas tidak akan semudahnya bersiul hanya kerana wanita berpakaian seksi atau ketat, tunjukkan diri sebagai pemimpin.

Cikgu merupakan pemimpin, jika inilah cara pakaiannya pasti membuatkan tidak disenangi kaum lelaki. Mohon para cikgu bersopan ketika di sekolah, jangan tunjukkan diri anda seorang yang seksi dan menyakitkan mata pelajar lelaki.

Bersamalah kita menghapuskan budaya menjadikan wanita sebagai simbol untuk disiulkan, diperlekehkan.
ETIKA PAKAIAN PEREMPUAN (Guru)
  • Baju kurung atau baju kurung moden atau kebaya labuh, atau kebarung atau jubah atau pakaian etnik masing-masing yang sesuai, kemas dan tidak menjolok mata.
  • Baju mestilah berlengan dan tidak sendat/ ketat serta tidak menunjukkan bentuk tubuh badan.
  • Seluar panjang yang bersesuaian,tidak sendat/ ketat dan hendaklah dipadankan dengan baju yang labuhnya melebihi paras punggung.
  • Skirt yang bersesuaian,tidak sendat/ ketat dan labuhnya hendaklah melebihi paras lutut.
  • Jeans, baju T sama ada berkolar atau tidak, dan seluar pendek tidak dibenarkan sama sekali.
  • Tudung kepala yang menutup sebahagian atau seluruh muka (berpurdah) tidak dibenarkan.
  • Selipar dan kasut sukan tidak dibenarkan dalam waktu pejabat.