Rejim Korea Utara

Cuba korang bayangkan tiada internet, tiada buku, tiada lagu-lagu popular, tidak boleh menyanyi. Korea Utara adalah satu-satunya negara yang mengamalkan undang-undang bunuh sesuka hati kerana membuat panggilan ke luar negara.

Beliau adalah seorang aktivis Hak Asasi Manusia (pertahanan / peguam bela). Dilahirkan pada tahun 1993 gadis ini bernama, Yeonmi Park berasal dari keluarga berpendidikan sehingga suatu ketika bapanya telah dipenjarakan dan dihantar ke kem buruh. Setelah itu mereka melarikan diri ke China pada tahun 2007.

Mereka mendapatkan perlindungan dan tinggal di Korea Selatan pada tahun 2009. Selepas bertahun-tahun, beliau mula memahami Bahasa Inggeris dan menonton filem-filem Hollywood.
Ini adalah kisah hidupnya, beliau telah berkongsi secara terbuka dan melancarkan judul buku: In Order to Live, sewaktu menyampaikan ucapan pada forum 'One Young World 2014' - satu forum global untuk pemimpin muda. Buku ini menceritakan liku-liku hidup penduduk di Korea Utara.