Apa itu "truffle"? Truffle ini adalah sejenis kulat yang
jarang dan susah dijumpai. Ianya selalu dimasak sebagai sup atau digunakan
dalam masakan-masakan Itali dan Eropah.
Kulat truffle ini hanya boleh didapati di celah-celah akar pokok
pain yang sukar dijangkau atau dilihat manusia. Kebiasaannya ianya hanya
bermusim dan tumbuh meliar di hutan-hutan pokok pain. Kulat ini dikenali
sebagai "The diamond of the
kitchen". Oleh kerana kulat ini sukar dijumpai, maka ia disahkan makanan
tidak halal.
Setiap negara mempunyai makanan tradisi yang tersendiri. Makanan ini
melambangkan maruah dan kebanggaan sesebuah negara. Jika di Perancis, ia sangat
dikenali melalui makanan siput sedutnya. Di Jepun pula, ia sangat terkenal
dengan sushi dan juga sotong kurita yang dimakan hidup-hidup.

Di Itali pula, ia dikenali melalui masakan yang menggunakan Truffle
Putih. Truffle Putih adalah makanan yang tersangat mahal. Ianya mencecah
harga yang tidak munasabah walaupun kuantitinya adalah sedikit, mengalahkan harga ikan tuna di Jepun.
Menurut info, 2 ketul Truffle Putih yang berat keseluruhannya adalah
950gram telah dijual dengan harga RM396,000. Bayangkanlah, cendawan dua ketul
berharga ratusan ribu.
Tahukah anda kenapa harganya begitu mahal?

Ini kerana, Truffle Putih yang rasanya sedap itu, sangat sukar untuk
ditemui. Ia tumbuh 2 - 8 inci di bawah tanah. Sudahlah di bawah tanah, ia tumbuh
di bawah pokok besar pula. Terdapat masa yang terhad untuk anjing mencari
truffle Putih mencari dan mengesan kedudukan truffle Putih, kerana ia hanya
mengeluarkan sedikit bau fungus bagi masa yang terhad. Ia hanya tumbuh di
kawasan berbukit di Selatan Itali. Perubahan cuaca yang semakin buruk juga
menyebabkan harga truffle melambung tinggi.