
- Kenapa beg mesti letak betul-betul bawah kerusi depan (jauh nak masukkan dan ambil balik) walaupun muat nak letak bawah kaki kita?
- Kenapa tak boleh bawa hand luggage melebihi 7kg?
- Kenapa dalam tandas tak boleh hisap rokok?
- Kenapa perlu ada cabin crew?
Setelah
berkursus selama empat hari di pejabat, dapatlah jawapan untuk soalan-soalan ni
tadi.
Pertama, beg
letak bawah kerusi depan. Dalam keadaan kecemasan (kapal terbang biasanya akan
menjunam ke hadapan) beg tadi tak akan menghempap kaki penumpang.
Bayangkan
kalau rekabentuk ruang bawah tempat duduk tu membenarkan beg diletakkan di
bawah kerusi sendiri, sudah pasti beg tersebut akan bergolek ke hadapan
sekiranya kapal terbang dalam posisi sedang menjunam.
Kedua, hand
luggage yang terlebih berat. Kena faham bahawa ruang penyimpanan barang atas
seat tu hanya boleh menampung berat pada had yang tertentu sahaja.
Dalam
keadaan kecemasan, hentakan daripada beg yang terlebih muatan tadi boleh
menyebabkan ruangan atas tersebut terbuka dengan sendirinya dan menyebabkan
barang berat tadi jatuh atas penumpang yang berada di bawahnya.
Sekatan
terhadap hand luggage terlebih berat ni takde kaitan dengan situasi pramugari
tak larat nak angkat beg tersebut di mana membolehkan anda meminta nombor
telefonnya setelah membantu mengangkat beg tadi.
Ketiga,
kenapa tak boleh hisap rokok dalam tandas? Bukan sebab nak elakkan kebakaran
daripada puntung rokok tapi sebab utama ialah dalam tandas dah memang ada smoke
detector. Peraturan mewajibkan smoke detector diletakkan di dalam tandas.
Ini perlu
untuk mengesan sekiranya berlaku kebakaran yang berpunca daripada percikan api
peralatan elektrik dalam tu. Tisu tandas mudah terbakar dan percikan api yang
kecil boleh menyebabkan kebakaran.
Keempat, krew pesawat. Krew pesawat bukan untuk dijadikan subjek cuci mata ataupun untuk di ayat. Krew pesawat disediakan supaya atas faktor keselamatan, mereka telah dilatih untuk mengawal keadaan sekiranya berlaku kecemasan di dalam kapal terbang.
Keempat, krew pesawat. Krew pesawat bukan untuk dijadikan subjek cuci mata ataupun untuk di ayat. Krew pesawat disediakan supaya atas faktor keselamatan, mereka telah dilatih untuk mengawal keadaan sekiranya berlaku kecemasan di dalam kapal terbang.