Jalan-jalan KLIA

Pasti ramai yang sudah menjejakkan kaki di KLIA2 kerana menaiki penerbangan ataupun sebab mengambil kawan-kawan yang pulang bercuti. Apa pun sebabnya, tak salah rasanya kalau ingin datang ke KLIA2 sekadar suka-suka ataupun membeli belah.

KLIA2 terbahagi kepada dua bahagian iaitu Mall dan Terminal. Di dalam Mall, anda boleh bershopping apa saja seperti di dalam Shopping Mall sebenar. Dari pakaian harian, makanan, koleksi barang kemas hinggalah kepada barangan basah seperti ikan dan ayam. Konsep Mall ini sememangnya bertujuan mendekatkan pengunjung dengan KLIA2 tak kira sebab dan waktu.

Di bahagian terminal pula, ianya direka dengan cantik dan tersusun. Saiz terminalnya yang luas dan besar amat selesa dan menyenangkan.

Nak bagitau korang ni, airport KLIA2 tu sangat-sangat besar. Rasa-rasa macam 3km berjalan nak sampai ke tempat pelepasan, tapi disebabkan dalam bangunan yang dingin, tak terasa penat sangat. Untuk pelepasan antarabangsa, senang sikit sebab ada daftar-masuk passport kiosk. Letak passport dengan capjari dan selesai, 2 kali imigresen dan kastam, sampailah ke tempat pelepasan. Travelator, ada satu je tak macam KLIA airport melambak-lambak. Yang penting tandas banyak, jadi mudahlah kalau nak membuang.

Lagi satu yang saya suka adalah masa perjalanan pejalan kaki. Oleh kerana KLIA2 ini sangat besar, di setiap penjuru penting ada informasi berkaitan tempat yang dituju dari lokasi kita berdiri. Ini sangat penting untuk mengelakkan terlepas penerbangan dan sebagainya. Sekiranya terlalu jauh, di beberapa kawasan perkhidmatan buggy turut disediakan.
Harga Makan Cekik Darah

Sememangnya makanan ala mamak lebih mahal berbanding makanan di kedai mamak lain, malah jauh lebih mahal dari mamak NZ dan Pelita area KLCC. Kalau ikutkan harga tertera, maggi goreng ayam berharga RM21.80 untuk 2 pinggan, maknanya dalam RM11 sepinggan. Maklumlah barangan di airport memang sedia maklum mahal. Begitu juga di pusat bandar dan di tempat pelancongan, barang memang mahal melambung.

“Harga sewa di KLIA 2 sangat mahal. Tiada harga syiling untuk sewa bulanan ditetapkan oleh pihak MAHB. Formula sewa bulanan: berapa target jualan sebulan x berapa % dari sewa itu sanggup dibayar sebagai sewa. Contoh: saya buat proposal kepada MAHB. Saya target jualan harian saya ialah RM120 ribu sehari x 30 hari = sewa 3.6 juta sebulan. Saya sanggup bayar 20% dari jumlah total sales sebagai sewa sebulan kepada MAHB, iaitu RM720,000 sebulan sewa restoran saya”.

Dah faham kenapa sewa mahal? Pendek kata kalau anda hantar proposal cikai2 setakat target jualan sehari cuma RM30 ribu, jumlah sales RM900,000 sebulan dan sanggup bayar 10% sebagai sewa bulanan yakni RM90 ribu, sorry lah, anda akan kalah tender sewaan restoran di KLIA2. Sistem sewa dibuat sedemikian rupa adalah untuk mengelak pemohon2 bertumbuk seperti berebut borang rumah PPRT .... So, siapa berani gamble sewa paling mahal, dialah dapat sewa kedai kat sana.