
Kerja 4 hari seminggu 12 jam sehari, tidak tahulah ada lagi masa buat OT kalau dah 12 jam / sehari, yang penting 4 hari cuti boleh buat kerja lain, juga dia minta rehat elok-elok kalau boleh jangan ada CUTI SAKIT langsung.
Dari pilot, ke pramugari sampai tukang letak beg, semua staff dipanggil 'Allstars'. Seronok kalau ada ketua macam ini. Inilah BOS besar turun padang nak bincang, bukan hantar HR yang tidak faham kehendak staff.
Memang terbaik Boss Tony berunding dengan staff. Pastinya untuk kebaikan syarikat dan satu cara untuk memotivasikan pekerja bawahan. Untuk organisasi, protokol tolak tepi. Untuk manfaat bersama, tolak elemen eksklusif. Ini baru betul KETUA yang baik kerana beri keutamaan pada masalah UTAMA.
Rasanya cara macam ini lebih berkesan. Beri sentuhan rasa pada hati, luang masa sedikit untuk memahami dan tindak balas dengan kongklusi menyeluruh.
Walau apa pun yang akan kita lakukan persetujuan bersama adalah penting dan menjadi peraturan yang perlu dipatuhi, barulah seronok untuk bekerja.