Pokok-pokok ini semuanya
berbunga sebelum berbuah. Inilah makanan
masa budak kecik dulu, masa tengah main sorok-sorok kita sambil kunyah buah ni.
Pokok
Senduduk
Buah ni
selalu makan masa kecik-kecik kami panggil baby manggis sedap manis-manis, lepas makan tunjuk gigi jadi ungu hehehe.
Buahnya
sedap dimakan, daunnya elok untuk menghentikan darah atau
sembuhkan luka. Kunyah daun dan tempelkan ke luka yang berdarah. Darah akan
berhenti keluar. Sekarang susah nak jumpa.
Jika kita
luka, darah yang tak berhenti gunakan daun senuduk. Caranya; Ambil beberapa helai
daun senduduk basuh sehinga bersih kemudian kunyah sehingga lumat, tampalkan
daun yang telah lumat tadi di tempat luka.
Pokok Ulat
Bulu / Letup

Daun letup
kelambu ni jugak bagus untuk rawatan bisul atau tempat baru nak jadi kanser. Ambil daunnya campur sikit kapur, tumbuk atau tenyeh-tenyeh sampai lumat, sapu kat luka yang baru nak jadi. Jika ada mata bisul, jangan tutup biar, buat seminggu 3 kali, akar
bisul atau kanser akan hilang.
Untuk
pengetahuan semua, pucuk daun tumbuhan ini boleh jadi ubat kencing manis yang mujarab dan
sudah terbukti khasiatnya.
Dulu zaman
kecik-kecik selalu dapat makan sebab banyak tumbuh merata. Buah ini manis macam buah markisa, pucuknya boleh dibuat rebus ulam dan masak lemak manis.
Pokok Dukung
Anak

Rebus air ni
campur dngan air mandian untuk anak kecik yang kena demam kuning memang berkesan. Pokok
ni selalu tumbuh dalam pasu bunga.
Untuk orang
dewasa yang demam kuning atau hepatitis boleh giling dan campur dengan susu kambing. Cara nak
rebus sekali batang dengan akar, lepas itu minum. Sebolehnya cari dahan yang ada
banyak cabang.
Buat jus dan buat warna untuk pulut atau kuih Secara semulajadi, petik bunga dia dan kering simpan lama bila nak guna. Ni pewarna letak dalam nasi kerabu.
Daunnya dilumatkan dan ditampal untuk merawat luka dan bengkak. Air rebusan pokok ini dapat melawaskan pembuangan air kencing. Selain itu, kegunaan lain ialah untuk masalah kekejangan otot dan batuk. Pokok ini juga dikenali sebagai ‘Rumput Nyonya’.
Daun Pokok
Betik

Orang selalu
guna daun betik bunga.. daun betik ni pun boleh buat ubat darah tinggi.. klu
tak nak pahit .rebus daun betik dngn daun jambu batu.. hilang pahit.
Jus daun
betik berupaya mengatasi banyak penyakit seperti denggi. Ianya berupaya untuk
menggandakan pengeluaran sel darah yang baru supaya sel darah yang rosak akibat
serangan virus denggi dapat diganti segera.
Pokok Kacang
Telang
Pasti ada
penggemar nasi kerabu yang masih tidak mengetahui bagaimana nasi tersebut boleh
berwarna biru. Sebenarnya, warna biru tersebut datangnya dari sejenis bunga
yang dikenali dengan nama kacang telang.
Buat jus dan buat warna untuk pulut atau kuih Secara semulajadi, petik bunga dia dan kering simpan lama bila nak guna. Ni pewarna letak dalam nasi kerabu.
Pokok
Mempelas

Digunakan
oleh masyarakat Melayu sebagai bahan untuk melicinkan ukiran atau hasil
kraftangan sebelum kewujudan kertas pasir. Daunnya yang dilumatkan pula
digunakan untuk merawat sengatan serangga berbisa. Air rebusan daun mempelas
yang matang atau tua boleh merawat darah tinggi.
Pokok
Jerangau

Memberi
kelegaan perut berat dengan melegakan kembung perut, kesakitan perut dan
meningkatkan selera makan. Jerangau adalah ubat bernilai untuk cirit birit
kronik. Ia juga berkesan dalam disentri kronik.
Pokok Ati
Ati

Oh yang ni
pun herba? Ingatkn pokok hiasa laman, baru tau.
Pokok Ati
Ati boleh mengubati batuk terutama di kalangan orang-orang dewasa. Cara
penyajiannya ialah giling beberapa helai daunnya kemudian campur dengan air
sebelum ditapis dan diminum dua kali sehari. Cara ini juga digunakan untuk
merawat sembelit.
Pokok Ara
Songsang

Pokok ara songsang berasal dari Malaysia. Ramai yang
mengenalinya dengan nama rumput Israel. Tumbuhan jenis rumpai ini juga dikenali
dengan nama akar ruas-rusa dan pengorak. Terdapat berapa spesis pokok ara
songsang yang dibezakan melalui bentuk dan saiz bunga atau pokoknya. Ia tumbuh
secara meliar di kawasan terbiar, kebun, halaman rumah dan ladang.
Pokok ini lebih menggemari kawasan yang terlindung daripada pancaran matahari. Ia mempunyai batang yang beruas, lembut dan berair. Ia membiak dengan cepat melalui keratan batang dan biji benih. Ara songsang dipanggil dengan nama rumput Israel kerana ia cepat membaik dan akan menguasai sesuatu kawasan dengan pantas. Tumbuhan rumpai tidak disukai oleh pekebun dan petani.
Pokok ini lebih menggemari kawasan yang terlindung daripada pancaran matahari. Ia mempunyai batang yang beruas, lembut dan berair. Ia membiak dengan cepat melalui keratan batang dan biji benih. Ara songsang dipanggil dengan nama rumput Israel kerana ia cepat membaik dan akan menguasai sesuatu kawasan dengan pantas. Tumbuhan rumpai tidak disukai oleh pekebun dan petani.
Daunnya dilumatkan dan ditampal untuk merawat luka dan bengkak. Air rebusan pokok ini dapat melawaskan pembuangan air kencing. Selain itu, kegunaan lain ialah untuk masalah kekejangan otot dan batuk. Pokok ini juga dikenali sebagai ‘Rumput Nyonya’.
Pokok Bunga
Raya

Air rebusan
atau perahan daun bunga raya boleh dijadikan losyen untuk merawat demam dan
sakit kepala. Ia juga mampu melebatkan rambut dan bulu kening. Air rebusan
bunga raya diminum untuk menambahkan air mani, melawaskan pembuangan air kecil
dan racun.
Pokok Ketumpang Air atau Sireh Cina
Pasti anda tahu dan sering terlihat pokok ini selalu tumbuh di sekitar rumah anda dan anda akan selalu mencabutnya dan membuangnya untuk membersihkan kawasan rumah.
Tetapi tahukah anda pokok ini sebenarnya amat berkhasiat tinggi
dalam perubatan. Pokok ini di kenali sebagai banyak nama seperti sireh laut,
sireh cina, sireh pasir, sireh air, sireh bunian dan ketumpang.

Pokok ini sebenarnya ada dijual di kedai sinsei cina tetapi dalam
bentuk yang telah dikeringkan dan dijual RM10 untuk 100gram.
Di sini kami akan kongsikan khasiat lainnya.
- Merawat Gout
- Penawar sakit sendi dan perut
- Jus perahannya mampu mengelakkan jangkitan pada mata
- Mengubati dan meredakan cirit-birit
- Meredakan batuk
- Meredakan Demam (Ramas Dengan Sedikit air dan sapukan dikepala)
- Merawat Buasir
- Melegakan selsema
- Merawat jangkitan pada pundi kencing
- Merawat Kayap
- Alternatif kepada ubatan darah tinggi
- Merawat kencing manis
Ternyata memang pokok yang selama ini kita anggap tiada guna rupanya
mempunyai khasiat yang tinggi dalam perubatan.
Dunia ini setiap penyakit ada ubatnya, tetapi ubat-ubatan moden ciptaan manusia hanya untuk menahan sakit tapi bukan untuk memulihkan.

Pokok Pegaga
Daun Pegaga
boleh dimakan begitu saja sebagai ulam setiap hari, direbus atau dikisar
menjadi minuman. Lebih menarik, perubatan tradisional turut menggunakan pegaga
untuk merawat parut dan masalah selulit yang sering dialami wanita.

Meningkatkan
peredaran darah untuk memberikan wajah lebih berseri kepada mereka yang rajin
mengamalkan makan daun pegaga atau minum air rebusannya.
Dunia ini setiap penyakit ada ubatnya, tetapi ubat-ubatan moden ciptaan manusia hanya untuk menahan sakit tapi bukan untuk memulihkan.