Daftar Masuk Pesawat

Perkara pertama sebelum naik pesawat adalah menempah tiket penerbangan. Sama ada ingin membuat tempahan atas talian, mahupun ke kaunter tiket ataupun wakil-wakil agensi pelancongan. Pilihlah mana-mana pilihan yang anda gemari.

Pembelian tiket penerbangan tempatan biasanya hanya memerlukan kita untuk mengisi butiran seperti Nama, No Kad Pengenalan, Alamat, No Telefon, Email dan seumpamanya. Sekiranya kita ingin menempah tiket penerbangan antarabangsa, butiran Passport juga biasanya perlu diberikan. Kalau nak pergi luar negara, pastikan buat passport terlebih dahulu sebelum menempah tiket.