

Pas
perlepasan "manual"(tulisan tangan) akan dikeluarkan oleh syarikat
penerbangan untuk digunakan oleh penumpang bagi menaiki pesawat tersebut.
Penumpang tidak dibenarkan masuk untuk berlepas atau menaiki pesawat sekiranya
mereka tidak mempunyai pas perlepasan tersebut.
Jadi, pas
perlepasan "manual"(tulisan tangan) dikeluarkan supaya para penumpang
dapat berlepas. Secara praktikalnya, setiap benda itu perlu ada plan B. Jadi,
pas perlepasan "manual" (tulisan tangan) merupakan plan B setiap
syarikat penerbangan sekiranya sistem tergendala.

Orang yang
belum pernah kerja dengan syarikat penerbangan memang tidak faham apa itu
'manual boarding pass'. Ianya digunakan apabila berlaku masalah teknikal pada
sistem daftar masuk di kaunter daftar masuk. Jika tidak berlaku gangguan sistem
sekalipun adakalanya kakitangan penerbangan terpaksa menggunakn pas daftar
masuk dengan tulisan tangan kerana kesuntukan masa. Jangan risau kerana selain
dari 'barcode' yang terdapat pada pas masuk tersebut penumpang masih boleh
'boarding' hanya dengan menggunakan nombor tempat duduk ataupun 'sequence
number' yang ditulis atas pas masuk .
Sebarang
pembatalan atau kelewatan pun ada sebab-sebabnya. Masalah teknikal pada sistem
navigasi pesawat, enjin atau gear pendaratan, cuaca atau masalah-masalah
dokumentasi. Mana-mana syarikat penerbangan bukan sahaja Rayani Air jika
mengalami masalah di awal pengoperasian adalah perkara biasa yang berlaku.
Bezanya
adalah status syarikat penerbangan tersebut. Adakah ianya syarikat penerbangan
penuh ataupun berstatus tambang murah yang tidakpun menjadi ahli IATA atau
badan dunia penerbangan lain. Itu sahaja yang menentukan apakah tindakan
syarikat penerbangan tersebut. Samada penawaran pemulangan wang penuh
sehinggalah penawaran hotel ataupun 'upgrade' secara percuma ataupun terpaksa
menunggu berjam-jam pesawat yang tidak kunjung tiba tanpa diberikan apa-apa
walau secawan air.
Satu dunia sudah amalkan kalau berlaku kerosakan sistem mencetak. Lain kali banyakkan membaca. Bukan hanya main menuding jari yang belum tentu lagi dapat selesaikan masalah.
Satu dunia sudah amalkan kalau berlaku kerosakan sistem mencetak. Lain kali banyakkan membaca. Bukan hanya main menuding jari yang belum tentu lagi dapat selesaikan masalah.
Jangan Guna
Pas Masuk Kertas A4 Di 11 Lapangan Terbang Ini
Tahukah anda? Tidak semua lapangan terbang boleh guna pas masuk saiz A4. Kalau nak travel, yang pertama mesti sampai awal. Sekurang-kurangnya, 3 jam waktu sebelum berlepas tu kadang-kadang tercungap-cungap juga kalau nak daftar masuk terpaksa beratur panjang.
Tahukah anda? Tidak semua lapangan terbang boleh guna pas masuk saiz A4. Kalau nak travel, yang pertama mesti sampai awal. Sekurang-kurangnya, 3 jam waktu sebelum berlepas tu kadang-kadang tercungap-cungap juga kalau nak daftar masuk terpaksa beratur panjang.
- Lapangan Terbang Antarabangsa Siem Reap, Kemboja
- Lapangan Terbang Antarabangsa Wuxu Nanning, China
- Lapangan Terbang Antarabangsa Chitose Sapporo, Jepun
- Lapangan Terbang Antarabangsa Hongqiao Shanghai, China
- Lapangan Terbang Antarabangsa yangon, Myanmar
- Lapangan Terbang Antarabangsa Imam Khomeini Tehran, Iran
- Lapangan Terbang Antarabangsa Gimhae Busan Korea Selatan
- Lapangan Terbang Antarabangsa Male, Maldives
- Lapangan Terbang Antarabangsa Indira Ghandi New Delhi, India
- Lapangan Terbang Antarabangsa Haneda Tokyo, Jepun
- Lapangan Terbang Osaka, Jepun