Posmen Walimatulurus

Agak-agaknya dalam masa berapa lama boleh hantar? Apabila tiba musim kenduri kahwin, mereka akan dicari.

Menguruskan kad jemputan kahwin bagi sesetengah orang sangat rumit kerana terpaksa berkunjung ke ratusan rumah atau ke pejabat pos menampal setem pada beratus-ratus sampul.
Mohamad Maarof Saman, 61, seorang daripada 'Posmen Walimatulurus' yang masih ligat mengambil upah menghantar kad jemputan kahwin di Meru, Klang. Tugas ini memang unik kerana mereka ada keistimewaan sendiri.

Memandangkan musim cuti persekolahan semakin hampir, beliau menerima lebih 1,000 kad untuk dihantar dalam tempoh seminggu. - HarianMetro