Pembaca Berita Dikecam

Lepas baca berita nak pergi Clubbing sebab tu pakai macam ni. Zaman dulu pembaca berita ada etika berpakaian.

Lainlah zaman sekarang yang bertudung pun tidak menutup aurat sempurna, pakai ketat-ketat. Dekat mana-mana pun boleh nampak. Tiada beza pun dengan pembaca berita ni, siapa pula yang nak tegur, walau dah ada suami? Opsss..
Beliau adalah Anita Woo seorang pembaca berita Inggeris larut malam. Beliau juga merupakan hos profesional semasa lawatan bekas presiden Amerika Barack Obama ke Malaysia.
Anita pernah mewakili Malaysia sebagai atlet memanah kuda, dan merupakan pemenang pingat antarabangsa wanita pertama dalam Kejohanan Memanah Muda Dunia yang diiktiraf oleh UNESCO.

Sebagai hobi, Anita juga suka menyanyi.