Pembuatan sesebuah kereta itu bukan hanya semata-mata inginkan keuntungan, berbanding di luar negara. Kereta
yang dibina mesti ada sesuatu kelainan atau kelebihan yang hendak ditunjukkan,
kemudian barulah fikir pasal untung.
Orang TopGear ni memang macam tu, kereta Ferrari pun dia hina. Anggaplah ini sebagai satu cabaran dari orang barat, tingkatkan lagi kualiti.
Tun M cakap, kita buat kereta bukan untuk melanggar kereta lain. Lagipun, rasional daripada video tu, kalau tidak mahu terusan dihina sebegitu, belajarlah pandai-pandai sampai boleh jadi pakar dalam bidang automotif. Reka kereta yang bagus-bagus sehingga mereka tidak boleh menidakkan lagi kepakaran kita.
Tapi, sekarang ini ramai yang tidak kisah tentang ilmu. Kalau disebut degree, terus kena hentam apa guna belajar tinggi-tinggi kalau kerja pun, gaji taraf SPM bla bla bla. Ada SRP pun boleh jadi jutawan bla bla bla. Kita nak orang kita belajar tinggi-tinggi bukan sebab nak kejar gaji atau nak kejar sijil, pastu bubuh dalam bingkai gantung kat rumah.
Tapi nak ilmu, supaya kita tidak sewenangnya dihina sebegitu rupa. Bila orang hina kita, kita pula ketawa dan buat-buat ketawa. Pesan untuk yang mana berada pada bidangnya, buatlah yang terbaik. Teruskan usaha yang terbaik untuk jadi pakar dalam bidang masing-masing. Proses pembelajaran takkan pernah berhenti selagi belum mati.
Apa nak malu, proses pembelajaran takkan pernah berhenti. Kereta terawal pun guna roda kayu je. Tapi mereka tak berhenti mencuba yang terbaik. Saya bangga dengan kereta Malaysia.