Terbang Pergi Bersamanya

Pekerjaan sebagai pramugara dan pramugari adalah suatu kerjaya yang menyeronokkan. Di samping berpeluang menjejakkan kaki ke negara orang, pendapatan juga boleh tahan. Mana tidaknya, semakin jauh destinasi penerbangan, semakin besar elaun yang bakal diterima.

Kerjaya di awan biru sering dipandang glamor. Netizen menganggap bahawa kerjaya sebagai pramugara dan pramugari ini bukannya merupakan kerjaya yang mencabar. Hanya menghidangkan makanan dan minuman kepada penumpang sahaja, apa yang susahnya? Macam pelayan di restoran je.
Hakikatnya, tugasan ini menuntut banyak pengorbanan dan bukannya berasaskan keseronokan atau populariti semata-mata. Memiliki ketinggian, berwajah tampan serta jelita belum cukup untuk menjadi pramugari atau pramugara sesebuah syarikat penerbangan.

Pada setiap masa, saat penumpang pertama masuk ke dalam badan pesawat, tugas mereka sudah bermula dan berlanjutan sehingga penumpang terakhir meninggalkan pesawat. Ini bermakna pramugara dan pramugari perlu sentiasa memastikan setiap keperluan penumpang dipenuhi serta memastikan keselesaan mereka ketika dalam pesawat.

Apa Yang Anda Perlu Tahu

Memiliki kapasiti untuk menangani tekanan di bawah keadaan normal dan juga kebolehan menangani tekanan di bawah keadaan yang buruk adalah amat diharapkan dari anda.

Individu yang peramah dan mesra adalah diperlukan pada setiap syarikat penerbangan. Orang yang mempunyai kesabaran yang mencukupi, tidak kira apabila ia dicabar, juga satu keperluan. Tona nada yakni tona nada suara anda mampu memberi ekspresi bahawa anda seorang yang mesra, ramah, sopan, bersemangat dan berkeyakinan.

Anda perlu memberitahu panel temuduga tentang kekuatan itu, khususnya berkaitan dengan bidang perhubungan pelanggan.

Temuduga pramugara dan pramugari kebiasaannya mempunyai peperiksaan bertulis, soalan berbilang pilihan (objektif), atau memerlukan anda hanya menyampaikan persembahan pergigian. Isyarat visual untuk mana-mana persembahan akan sangat membantu. Anda boleh cuba untuk belajar sebelum memberi persembahan secara lisan.

Langkah terakhir yang perlu anda pertimbangkan ialah labur banyak masa untuk mencari info cara mengisi jawatan kekosongan dalam industri penerbangan. Info yang anda dapat ini boleh jadi sangat membantu dalam sesi temuduga.