Sekalipun terpaksa menghadiri mesyuarat penting atau memandu untuk jarak yang jauh,
menahan kencing bukanlah satu tindakan yang bijak.
Air kencing yang ditahan itu hakikatnya kotoran beracun yang perlu dikeluarkan daripada badan.
Menurut Pakar Urologi, Kesihatan Lelaki dan Pembedahan Robotik, Pusat Perubatan Prince Court, Datuk Dr. Sahabudin Raja Mohamed, menahan diri daripada membuang air kecil akan memberi kesan negatif kepada kesihatan. Namun, perkara itu mempunyai kesan yang berbeza mengikut jantina dan usia.
Air kencing yang ditahan itu hakikatnya kotoran beracun yang perlu dikeluarkan daripada badan.
Menurut Pakar Urologi, Kesihatan Lelaki dan Pembedahan Robotik, Pusat Perubatan Prince Court, Datuk Dr. Sahabudin Raja Mohamed, menahan diri daripada membuang air kecil akan memberi kesan negatif kepada kesihatan. Namun, perkara itu mempunyai kesan yang berbeza mengikut jantina dan usia.

“Kanak-kanak
yang menahan kencing terlalu lama boleh menyebabkan masalah besar. Tidak kira
lelaki mahupun perempuan, ia boleh meningkatkan kejadian jangkitan saluran
kencing. Dalam kes yang lebih buruk, ia akan mengakibatkan inkontinens iaitu
masalah hilang kawalan untuk menahan kencing,” kata Sahabudin.
Masalah itu
menyebabkan penghidap tidak mampu menahan kencing daripada terkeluar sendiri
terutamanya ketika batuk, bersin atau meneran. Seseorang juga sukar untuk menahan
kencing sehingga dia boleh terkencing di mana-mana sahaja sebelum sempat pergi
ke tandas.
Antara
tanda-tanda seseorang itu mendapat masalah inkontinens adalah sering berasa
tidak puas ketika membuang air kecil atau aliran air kencing yang lemah. Masalah
itu boleh terjadi kepada mereka yang mengalami kerosakan ginjal, uretra yang
tersumbat ataupun kerosakan saraf akibat diabetes.
Dalam pada
itu, Sahabudin menjelaskan, membuang air kecil sebanyak di antara lima hingga
enam kali sehari merupakan situasi yang normal. Namun, mereka yang membuang air
kecil melebihi lapan kali sehari menunjukkan keadaan yang sebaliknya.
“Kencing
kurang daripada lapan kali sehari merupakan keadaan yang normal. Urin mereka
akan berwarna jernih seperti air paip,” ujarnya
Pundi
kencing yang berfungsi secara normal ditunjukkan apabila seseorang membuang air
kecil dalam tempoh tiga hingga empat jam sekali iaitu tidak lebih lapan kali
sehari. Mereka yang normal akan membuang air kecil hanya sekali pada waktu
malam.
Jelas Sahabudin
lagi, mengurangkan minum air masak bagi mengelakkan seseorang itu kerap ke
tandas adalah satu tindakan yang salah. Mereka tidak seharusnya mengurangkan
pengambilan air kerana bahan tersebut penting kepada tubuh bagi mengelakkan
dehidrasi.
“Jangan mengurangkan
kuantiti air yang diminum. Sebaliknya pergilah berjumpa dengan doktor untuk
mengatasi masalah itu. Jika terdapat jangkitan, pesakit perlu dirawat
terutamanya mereka yang mengalami pundi kencing terlalu aktif,” katanya lagi.
Antara tanda
kencing terlalu aktif adalah sukar menahan kencing, kencing tidak puas, pergi
ke tandas melebihi 10 kali sehari dan berlaku kebocoran jika menahannya.
Masalah ini boleh terjadi lebih kerap dalam kalangan wanita muda. Seseorang
yang menghadapi masalah ini akan membuang air lebih daripada 10 kali sehari
serta tidak dapat menahan kencing.
Antara
kaedah yang boleh digunakan untuk mengatasi masalah itu adalah senaman otot
untuk mengawal kencing, latihan pundi kencing dan penggunaan ubatan. Jelas
Sahabudin, masalah tersebut sering berlaku akibat kesibukan kerja yang
mengundang masalah malas ke tandas selain ketiadaan kemudahan tandas yang
bersih.
Sementara
itu, melakukan aktiviti seperti memandu sambil menahan air kencing boleh
mengundang bahaya. Perbuatan menahan kencing didapati mempunyai kesan yang sama
dengan keracunan alkohol atau tidak tidur selama 24 jam secara berterusan.
“Apabila
manusia sampai kepada titik kesakitan, mereka tidak mampu berfikir dan membuat
keputusan lagi. Ia sama seperti mabuk,” kata profesor neurologi di Universiti
Brown di Providence, Pulau Rhode, Amerika Syarikat (AS), Peter Snyder.
Kajian
Synder bersama kumpulan penyelidiknya itu memenangi kategori perubatan anugerah
Ig Nobel anjuran majalah Annals of Improbable Research (AIR) di AS baru-baru
ini. Ig Nobel memberikan anugerah untuk pelbagai kajian yang dianggap melucukan
tetapi kemudian membuatkan orang mula berfikir.