Teknik semaian pokok cara paling mudah. Teknik sebegini terkenal di
Thailand, di sana pelbagai kaedah dihasilkan untuk menanam/semaian pelbagai
jenis pokok bunga/hiasan/buah-buahan.
Mari kita cuba teknik ini. Sama-sama kita kongsi ilmu yang berguna
dan baik ini untuk semua.
Bahan-bahan;
Span bunga basah.
Ubat akar/serbuk putih. Boleh dibeli di pusat jualan pasu dan
tanaman.
Air secukupnya.
Kaedah;
1. Potong span ikut saiz kecil
2. Kerat batang pokok yg sesuai untuk semaian dan celup dlm ubat
akar untuk cepat tumbuh akar
3. Cucukkan pada span tadi
4. Rendam di dalam air
5. Biarkan hingga dia berakar
6. Ubah ke dalam pasu kecil
7. Bila sudah mulai membesar ubah ke dalam polibag
8. Pembajaan yang cukup
9. Siap untuk di tanam ke atas tanah.






