Melepaskan
pakaian dalam’ bukan bermaksud perlu tidur bogel, tidak, ia satu tindakan
sangat bahaya, jika kena gigit lipan atau nyamuk di tempat sensitif tu pasti
anda bangun pagi dibuai mimpi ngeri 2-3 hari.
‘Melepaskan pakaian dalam’
bermaksud tak perlu pakai seluar dalam, baju dalam dan apa-apa lagi yang
sewaktu dengannya. Jadi anda boleh pakai pakaian tidur atau pakai kain
pelikat/kain batik, tanpa pakaian dalam.

Ketika tidur
tubuh mengalami pembaikan dan detoksifikasi (pengeluaran racun dari tubuh).
Tidur juga memberi kesempatan bagi sistem kekebalan tubuh untuk memproduksi
hormon-hormon imunitinya.
Jika tidur
dengan mengenakan pakaian dalam, proses pembaikan dan pengeluaran racun dari
tubuh akan tersekat. Jadi andalah yang rugi.
Oleh kerana
itu, sebaiknya ketika tidur anda dianjurkan untuk menggunakan pakaian yang
longgar atau lepaskan pakaian dalam korang ketika tidur, sehingga dapat
mempercepat dan memperlancar kerja tubuh dalam proses pembaikan dan pengeluaran
racun.
Bagi wanita,
sebaiknya tidak menggunakan bra saat tidur. Penyelidik Sydney, Singer dan
isterinya, Soma Grismaijer, pada tahun 1991 pernah menulis dalam bukunya
‘Dressed To Kill: The Link Between Breast Cancer and Bras’, menasihatkan wanita
yang ingin menghindari kanser payudara harus memakai bra dalam waktu sesingkat
mungkin dan sebaiknya kurang dari 12 jam sehari. Dan ketika tidur yang biasanya
antara 6-8 jam itu, sila hindari dari memakai bra, ia sangat bahaya untuk
wanita kerana ia boleh menyebabkan kanser payudara.
“Waktu yang
paling tepat untuk merehatkan payudara adalah tanpa memakai bra ketika tidur.
Jangan tidur dengan bra,” kata Sydney Singer, seperti yang tersiar dalam
chetday pada 9/3/2011.
Menurut
Sydney Singer, menggunakan bra terlalu lama dapat meningkatkan suhu jaringan
payudara dan wanita yang memakai bra memiliki kadar hormon prolaktin (hormon
yang berfungsi merangsang kelenjar air susu) yang lebih tinggi. Kedua hal ini
dapat mempengaruhi pembentukan kanser payudara.
Selain itu,
terlalu kerap menggunakan bra atau menggunakan bra terlalu ketat juga
membahayakan kesihatan kerana boleh membatasi aliran darah ke payudara.
Sedangkan
bagi lelaki, mengikut Grismaijer, sebaiknya gunakan seluar dalam yang longgar
atau jangan pakai seluar dalam langsung ketika tidur. Ini untuk memberi
kesempatan bagi testis (buah zakar) menurunkan suhunya dan menjaga kualiti
sperma agar tetap baik.
Mengikut
kajian itu, alat reproduksi lelaki berada di luar tubuh dan dengan itu ia
sangat dipengaruhi oleh keadaan di sekitar dan pakaian yang digunakan
seseorang. Jika lelaki menggunakan seluar ketat atau seluar dalam terlalu lama
akan menyebabkan suhu di sekitar alat reproduksinya meningkat dan tentunya akan
mempengaruhi produksi sperma yang boleh menyebabkan lelaki itu mandul.
Testis tidak
dapat berfungsi dengan baik kecuali suhunya lebih sejuk dari bahagian tubuh
lainnya. Jika suhu testis dinaikkan hingga 98 darjah F (36.67 darjah C), akan
menyebabkan sperma terhenti pengeluarannya! Apa guna menjadi lelaki hebat tanpa
sperma, tanpa zuriat untuk diwariskan?
Selain itu,
tidur tanpa mengenakan pakaian dalam akan melancarkan sistem pusingan udara
dalam tubuh. Sebaliknya tidur dengan mengenakan pakaian dalam dapat membatasi
aliran udara di kulit dan mengganggu pengeluaran peluh, terutama di bagian
intim baik pada wanita mahupun lelaki.