Mandi pagi
merupakan suatu aktiviti yang alangkah baiknya dilakukan oleh setiap orang agar
dapat memperolah tubuh yang sihat.
Hal ini mungkin sudah terbiasa dilakukan sebahagian orang, tetapi tidak sedikit juga yang masih meninggalkan rutin mandi pada pagi hari dengan berbagai alasan.
Terdapat 3 gaya hidup sihat sebelum jam 6 pagi iaitu berolahraga, minum air putih, dan mandi. Mandi pagi merupakan salah suatu aktiviti yang sulit dilakukan sebahagian orang. Kebanyakannya beralasan kerana dinginnya air di pagi hari yang dapat membuat rasa malas. Tetapi, mandi pagi memiliki banyak manfaat bagi kesihatan tubuh. Berikut manfaat mandi pagi;
Hal ini mungkin sudah terbiasa dilakukan sebahagian orang, tetapi tidak sedikit juga yang masih meninggalkan rutin mandi pada pagi hari dengan berbagai alasan.
Terdapat 3 gaya hidup sihat sebelum jam 6 pagi iaitu berolahraga, minum air putih, dan mandi. Mandi pagi merupakan salah suatu aktiviti yang sulit dilakukan sebahagian orang. Kebanyakannya beralasan kerana dinginnya air di pagi hari yang dapat membuat rasa malas. Tetapi, mandi pagi memiliki banyak manfaat bagi kesihatan tubuh. Berikut manfaat mandi pagi;

Manfaat
Mandi Pagi
Melancarkan
peredaran darah. Menurut berbagai hasil penelitian oleh pakar kesihatan di
Eropah, apabila seseorang sering melakukan rutin mandi pagi dengan air dingin,
maka peredaran darahnya akan menjadi lancar. Tubuh terasa lebih segar, rileks,
dan bugar.
Meningkatkan
sel darah putih. Menurut hasil kajian, mandi pagi dapat meningkatkan sel darah
putih dalam tubuh. Apabila sel darah putih dalam tubuh meningkat, maka dapat
membuat daya tahan serta kemampuan tubuh dalam melawan virus akan semakin
meningkat. Tubuh akan menjadi lebih prima dan tidak mudah diserang berbagai
penyakit.
Terhindar
dari penyakit Rheumatik. Mandi pada malam hari seringkali dapat mengakibatkan
penyakit rheumatik. Namun, mandi pagi justeru dapat membuat anda terhindar dari
penyakit rheumatik kerana air pagi memiliki kandungan karbon dioksida yang berbeza daripada saat
malam hari.
Mengurangkan
stress. Dengan memulai membasahi tubuh dengan air dingin pada pagi hari dapat
membuat seluruh bahagian pada tubuh mendapatkan bekalan oksigen dalam jumlah
yang mencukupi. Kebutuhan oksigen pada berbagai organ tubuh dapat dipenuhi
sehingga mampu mengurangkan stres yang sedang dialami.
Menurunkan
risiko darah tinggi. Mandi pagi dapat menurunkan risiko darah tinggi, varises,
serta mengerasnya pembuluh darah. Hal ini kerana dengan mandi pagi dapat
melancarkan sirkulasi darah ke seluruh tubuh.
Mengurangi
kadar gula darah. Kadar gula yang tinggi dapat diatasi dengan melakukan rutin
mandi pagi. Kerana pada proses detokfikasi, kadar gula dalam darah akan
diseimbangkan oleh suhu air.
Meningkatkan
kesuburan. Mandi pagi dapat meningkatkan produksi hormon testosteron pada
lelaki serta hormon estrogen pada wanita. Hal ini dapat mengakibatkan kesuburan
serta gairah antara pasangan semakin meningkat.
Menjaga
kelembapan serta kesegaran kulit. Kerana mandi pagi memiliki air dingin yang
banyak mengandungi karbon dioksida yang tentunya bermanfaat dalam proses
pengeluaran racun-racun (detokfikasi).
Memperbaiki
kesihatan jaringan tubuh. Kebiasaan mandi pagi dapat membuat jaringan kulit
semakin membaik, kulit menjadi tidak kering dan lebih kenyal. Mandi pagi juga
dapat mengurangkan noda dan lingkaran hitam pada bawah mata. Hal ini dapat
membuat kesegaran wajah akan semakin terpancar. Namun sebaliknya, mandi dengan
air hangat dapat membuat kulit menjadi lebih mudah keriput serta kurang kenyal.
Meningkatkan
kesihatan rambut kepala. Mandi pagi juga memiliki manfaat untuk menjaga dan
meningkatkan kesihatan rambut. Hal ini kerana mandi pagi dapat semakin
memperkuat akar rambut yang pada akhirnya membuat rambut menjadi tidak mudah
rontok dan kusam.
Meredakan
depresi. Mandi pagi biasanya dilakukan oleh para pejuang samurai Jepun pada
zaman dahulu. Mandi pagi tersebut biasa disebut dengan 'misogi' dalam bahasa
Jepun. Kebiasaan tersebut memiliki tujuan untuk membersihkan jiwa sehingga
fikiran dapat menjadi lebih tenang dan rileks, serta dapat menjalani hari-hari
dengan penuh semangat.
Meningkatkan
energi dan fikiran. Bagi yang pernah mandi pagi pasti sudah mengetahuinya, bahawa
mandi pagi itu sangat menyegarkan. Mandi air hangat memanglah nyaman, namun
pilihlah air dingin jika Anda ingin membangkitkan tubuh dan fikiran anda.
Meningkatkan
gerakan limfatik. Sistem limfatik berperanan penting dalam mengangkut sel darah
putih untuk melawan infeksi, iaitu proses yang bergantung pada kontraksi otot.
Mandi pagi dapat mendorong terjadinya kontraksi tersebut dan membantu kerja
sistem limfatik.
Merangsang
penurunan berat badan. Lemak terdapat dalam bentuk yang berbeza-beza. Apa yang
anda makan merupakan apa yang akan membuat tubuh anda. Mandi pagi dapat
mendorong produksi energi pembakaran lemak serta dapat mempercepat metabolisme
tubuh badan.
Mengatur
suhu tubuh. Manfaat mandi pagi dapat membantu untuk mengatur suhu tubuh, yang
bermanfaat untuk mengaktifkan sistem penyembuhan tubuh.
Itulah manfaat
mandi pagi yang menakjubkan. Mulailah melakukan rutin mandi pagi kerana
memiliki banyak manfaat bagi kesihatan anda.