Terdapat
banyak spesis cendawan yang boleh dimakan, yang beracun dan banyak pula
cendawan yang tidak kita ketahui.
Cedawan tergolong dalam kumpulan kulapuk yang terdiri daripada hidupan y ang halus sehinggalah cendawan yang boleh dimakan. Keenakan cendawan menjadikan permintaan terhadapnya begitu tinggi sehingga manusia cuba membiakkannya sendiri. Sehingga kini terdapat sebahagian sahaja yang berjaya ditanam secara komersial manakala sebahagiannya lagi masih didapati secara tumbuh meliar.
Cedawan tergolong dalam kumpulan kulapuk yang terdiri daripada hidupan y ang halus sehinggalah cendawan yang boleh dimakan. Keenakan cendawan menjadikan permintaan terhadapnya begitu tinggi sehingga manusia cuba membiakkannya sendiri. Sehingga kini terdapat sebahagian sahaja yang berjaya ditanam secara komersial manakala sebahagiannya lagi masih didapati secara tumbuh meliar.
Cendawan
boleh hidup pada pelbagai medium seperti di atas tanah, di dalam tanah dan juga
hidup di atas benda lain seperti kayu mati dan ada juga yang hidup di atas
kulit kita (kulat yang menyebabkan penyakit kulit). Jadi dunia cendawan begitu
luas dan merangkumi semua tempat di muka bumi. Tidak hairanlah jika terdapat
pelbagai jenis cendawan yang tidak kita ketahui.
![]() |
| Cendawan Butang popular dalam kebanyakan masakan |
Kebiasaannya
cendawan hanya dipungut semasa musim cendawan yang mampu hidup hanya untuk
beberapa hari dan akan mati. Jadi cendawan yang hidup meliar amat sukar untuk
ditemui kerana tempat tumbuhnya mungkin tidak ditemui sewaktu musim cendawan.
Hanya terdapat beberapa jenis cendawan sahaja yang biasa kita temui dan ketahui
yang boleh dijadikan sebagai makanan. Sehinggalah cendawan yang dipelihara
secara komersial berada di pasaran. Ini memudahkan kita untuk mendapatkan ianya
pada kuantiti yang sesuai untuk masakan.
![]() |
| Jenis-jenis cendawan yang biasa dimakan di Jepun enokitake, buna-shimeji, bunapi-shimeji, king oyster dan shiitake |
Oleh kerana
cendawan berbeza mengikut lokasi, maka nama sebahagian daripada cendawan
tersebut hanya terdapat bagi kawasan di mana ia tumbuh atau di mana ia
dipasarkan. Hari ini cendawan lebih dikenali di pelbagai tempat kerana ia turut
di eksport ke serata dunia walaupun sebahagiannya masih mengekalkan nama
asalnya seperti 'enokitake' atau enoki, kerana 'take' bermaksud cendawan.
![]() |
| Cendawan tiram putih merupakan jenis yang biasa ditanam |
Untuk
mengenali cendawan dengan lebih dekat, mari kita lihat cendawan-cendawan yang
ditanam secara komersial di negara kita. Berikut adalah antara cendawan yang
ditanam mengikut senarai yang terdapat daripada pertubuhan peladang di Malaysia.
- Cendawan Tiram Kelabu
- Cendawan Tiram Putih
- Cendawan Abalon
- Cendawan Tiram Kuning
- Cendawan Tiram Merah Jambu
- Cendawan Telinga Kera
- Cendawan Jerami
- Cendawan Ling Zhi - digunakan untuk perubatan
- Cendawan Bunga Kobis
- Cendawan Berangan
- Cendawan Peha Ayam
- Cendawan Kukur/ Sisir
- Cendawan Shiitake
- Cendawan Butang
- Cendawan Jarum Mas (enokitake) - mempunyai nama tempatan kerana ditanam di Malaysia.
- Cendawan Perut Lembu
Oleh kerana
cendawan turut ditanam secara komersial di beberapa negara (60 negara) terutama
di China, United States, Netherlands, France dan Poland maka terdapat pelbagai
jenis cendawan yang ditanam secara komersial di serata dunia.
![]() |
| Cendawan telinga kera juga ditanam secara komersial |
![]() |
| Cendawan jerami juga merupakan spesis yang ditanam di Malaysia |
Di sini saya
akan menggunakan nama saitifik untuk memudahkan anda menyemaknya di internet
untuk mengetahui secara lebih dekat tentang sesuatu sepsis;
![]() |
| 'Boletus edulis' spesis cendawan yang terkenal |
- Boletus edulis - terkenal di Eropah dan dikenali sebagai Fungo Porcino di Itali. Di German pula ia dikenali sebagai Steinpilz (cendawan batu), di Russia sebagai "white mushroom", di Albania sebagai "wolf mushroom" dan di Perancis sebagai cèpe. Merupakan cendawan yang amat menyelerakan dan dipelbagaikan di dalam masakan.
- Cantharellus cabarius - juga dikenali sebagai "The chanterelle" yang digemari dan tumbuh di banyak kawasan di Asia, Eropah, Amerika Utara dan Australia. Terdapat spesis beracun yang menyerupai cendawan ini.
- Cantharellus tubaeformis
- Clitocybe nuda
- Cortinarius caperatus
- Craterellus cornucopioides
- Grifola frondosa - dikenali juga sebagai maitake di Jepun atau "hen of the woods" atau "sheep's head", merupakan cendawan yang besar dan berisi.
- Gyromitra esculenta - merupakan cendawan yang boleh membawa maut sekiranya dimakan mentah.
- Hericium erinaceus - juga dikenali sebagai "lion's mane mushroom".
- Hydnum repandum
- Lactarius deliciosus
- Morchella - terdapat spesis yang beracun iaitu Morchella conica & Morchella esculenta.
- Tricholoma matsutake - merupakan cendawan yang paling digemari di Jepun
- Tuber - merupakan dari spesis seperti truffle antara cendawan yang mempunyai harga yang paling tinggi dan sukar untuk dikormersialkan. Antara spesis berjaya ditanam komersial adalah;
- Tuber
borchii
- Tuber
brumale
- Tuber
indicum - truffle hitam China
- Tuber
macrosporum - truffle putih
- Tuber
mesentericum - truffle Bagnoli
- Tuber
uncinatum - truffle hitam musim panas
~ truffle
merupakan antara spesis cendawan yang amat digemari. Sehingga adakalanya ianya
dijadikan sebagai minyak untuk dan digunakan sebagai perasa dalam masakan.
Jarang sekali dimasak seperti cendawan lain sebagai bahan utama masakan
melainkan sebagai penambah rasa.
| 'Amanita muscaria' merupakan cendawan beracun dan perlu dimasak untuk dimakan!! |
Melalui
senarai cendawan ini dapat kita lihat terdapat banyak sekali cendawan yang
boleh dimakan dan terdapat banyak cendawan yang masih tidak dapat ditanam
secara komersial (kaedah penanaman yang masih tidak diketahui).
Ini
menjadikan dunia cendawan masih lagi memerlukan kajian untuk mengetahui tentang
kegunaanya sebagai sumber makanan dan ubatan. Di harap semoga peminat-peminat
cendawan akan terus berusaha untuk mengetahui tentang cendawan dengan lebih
mendalam.





