Lumut Taik
Kera
Apabila kita
berjalan di waktu malam, terutama di hutan padat berdekatan dengan air terjun
atau sungai, kita
akan nampak ada benda-benda bercahaya berwarna hijau ala-ala benda yang pendar cahaya.
Benda yang bercahaya itu ialah lumut taik kera, bila siang tidak nampak apa-apa, bila malam dia akan keluarkan cahaya walaupun dengan sedikit bantuan cahaya dari bulan dan bintang. Yang bestnya, lumut ini hanya tumbuh di denai (laluan binatang atau orang), jadi kalau sesat, ikut saja laluan ini di waktu malam, Insya-Allah tidak langgar pokok.
Benda yang bercahaya itu ialah lumut taik kera, bila siang tidak nampak apa-apa, bila malam dia akan keluarkan cahaya walaupun dengan sedikit bantuan cahaya dari bulan dan bintang. Yang bestnya, lumut ini hanya tumbuh di denai (laluan binatang atau orang), jadi kalau sesat, ikut saja laluan ini di waktu malam, Insya-Allah tidak langgar pokok.

Ular Tedung
Kalau
terserempak dengan ular masa dalam hutan, jangan panik dan jangan buat gerakan mengejut. Berdiri seperti biasa dan kemudian mengundur balik. Ular tedung tidak mematuk apabila kepala dia tengah kembang penuh,
sebaliknya akan mematuk bila kepala dia kembang separuh saja. Oleh itu, kita acah-acah bagi ular itu kembang penuh dengan ranting kayu dan berundur perlahan-lahan. Belajar dari orang asli.
Kera /
Lutong Dan Spesis Yang Sama
Spesis kera
takkan lari bila kita libas dengan sebatang ranting kayu, malah ia lebih lincah
daripada gerakan ranting kita. Untuk menghalau kera, patahkan pokok renek dengan daun dan
ranting yang mengembang. Kemudian, hayunkan pada kera itu, barulah ia lari (rasionalnya,
ranting dan daun yang kembang itu nampak lagi besar dari sebatang ranting). Belajar
dari askar.
Harimau
Kalau memancing di dalam hutan, sedang dalam hutan itu bunyi penuh dengan unggas serangga, jika tiba-tiba
hutan tu jadi sunyi sepi, biasanya ada haiwan menghendap. Terutamanya harimau,
harimau akar dan beruang. Selepas hutan jadi 'diam', kemudian disusuli dengan bau
hamis, maksudnya harimau ada berhampiran. Apa lagi, bagi letup satu mercun bola lah supaya mengejutkannya. Belajar dari orang asli.
Beruang Madu
Hutan paya di Malaysia banyak beruang madu (saiz kecil, sekerat pinggang berdada oren). Kalau terserempak, kita yang perlu menjerit dan buat seperti nak kejar, automatis beruang itu akan lari. Belajar daripada orang asli.
Kepala Air
Kalau berkhemah di tepi sungai, jangan buat khemah di tepi air, buat di bahagian atau kawasan yang pokoknya besar. Tandakan satu batu yang besar, jika tengah malam batu itu hilang, maknanya air tengah naik. Belajar daripada kaki pancing.
Tanda Kepala Air
Kalau hujan di hulu, biasanya akan ada kepala air (air naik dalam perbezaan paras 5 kaki tak sampai 10 minit). Tanda-tanda lain yang perlu kita tengok ialah kehadiran buih-buih putih di tempat tak berbuih (kalau di tempat air jatuh mesti ada buih).
Maksud saya, di tempat air mengalir biasa, tiba-tiba ada buih-buih halus timbul, itu tandanya arus bawah lagi laju dari arus atas. Kemudian, akan ada daun basah hanyut, barulah ada perubahan warna air, dari jernih ke warna oren, coklat dan lain-lain.
Biasanya perubahan ini sekejap sahaja, dalam 5-6 minit sebelum arus besar datang (kepala air). Tambah sikit, kalau kepala air datang, bunyi air lebih kuat daripada biasa, dari kejauhan dah dengar.
Nak Masak Air
Jangan ambil air di tepi sungai, ambil di tengah sungai atau tempat yang mengalir deras. Rasionalnya, tikus, rusa, kancil, babi dan banyak haiwan lain kencing di tepi sungai, arus akan tolak air kencing itu ke tebing. Jadi sebaiknya, ambil di tengah-tengah. Belajar daripada askar.
Binatang Besar
Kera atau monyet akan lari dan buat bising apabila ada bahaya, contoh; harimau, gajah, badak, seladang. Kalau dari jauh kedengaran bunyi kera buat bising, tentu ada binatang besar tengah lalu. Belajar daripada orang asli.
Makan Makanan Yang Dimasak, Contoh; ikan bakar
Semasa di dalam hutan, pastikan makanan yang dimasak dimakan sampai habis dan hanyutkan atau tanam lebihan makanan sebab bau makanan ini akan menarik perhatian beruang, kera, gajah untuk datang bertandang. Belajar daripada kaki pancing.
Buat semua perkara
sebelum jam 5.00 petang
Biasanya, apabila di dalam hutan, selesaikan semua urusan (memasak, mandi, membasuh) sebelum jam 5 petang. Menjelang 5 petang, hutan mulai gelap disebabkan oleh kanopi pokok dan kecondongan matahari. Belajar dari orang berpengalaman.
Hutan Yang
Bising
Hutan yang bising dengan bunyi unggas adalah lebih baik daripada hutan yang sunyi sepi. Apabila hutan mulai sepi, biasanya ada sesuatu yang tidak kena. Belajar daripada orang asli.
Hutan yang bising dengan bunyi unggas adalah lebih baik daripada hutan yang sunyi sepi. Apabila hutan mulai sepi, biasanya ada sesuatu yang tidak kena. Belajar daripada orang asli.
Ok, masuk
bab amalan buka khemah;
- Cari kanopi yang masih hijau. Bila dah tentukan nak khemah, dongak ke atas, cari pokok muda dan kanopi (rimbunan daun) yang masih hijau. Jadi, risiko kena hempap ranting dahan bila angin kuat adalah rendah.
- Ketinggian dari paras air. Bila dah tentukan mana bahagian yang lapang nak dibuat, tentukan ketinggian khemah sekurang-kurangnya 4 kaki dari aras air sungai. Kalau landai, jangan buat khemah kat situ, biasanya kawasan landai, akan ada banyak pokok-pokok rendah dan renek macam pokok senduduk dan lain-lain. Itu tandanya air selalu naik kat kawasan situ. Cari kat kawasan yang pokoknya besar-besar.
- Tentukan laluan / denai di dalam radius kawasan 20 meter dari khemah. Jangan buat khemah di dalam laluan denai, sebab laluan denai bukan untuk manusia sahaja, ianya adalah laluan binatang lain jugak, kang seladang tumpang tidur.
- Bersihkan lantai tapak perkhemahan daripada daun dan pokok-pokok renek (potong je pokok-pokok kecik ni, kang dia tumbuh balik). Pakai je ranting pokok-pokok, sapu sampai nampak tanah dan takdak daun, so, risiko terkena sengat lipan, kala jengking dan lain-lain tu kurang sikit.
- Dah ready, baru tabur karbaid kaler kuning tu.
- Kalau pakai khemah jenis igloo atau T shape, pasang khemah secara menghadap / berhadapan dan unggun api kat tengah.
- Dalam nyalaan unggun api tu, standby dengan beberapa batang kayu panjang. Kalo boleh, sesuai dengan jumlah orang yang pergi camping tu. Bila ada bahaya, perimeter di ceroboh, apa lagi..capai la kayu yang ada api ni sebagai senjata, parang pisau..binatang tak takut. Api? confirm depa lari..
- Kalo ikut pengalaman, kami memang buat perimeter, risau gak kot2 binatang datang (beruang terutamanya) datang ke khemah sebab bau masakan kami. Kami suka buat pagar dengan tali tangsi di samping dengan loceng, terlanggar je tali tu, loceng akan bunyi...