Bahaya Menjemur Pakaian Di Dalam Rumah

Menjemur pakaian di dalam rumah mungkin masih sering dilakukan oleh sebahagian orang. Mereka melakukan hal tersebut biasanya kerana hujan lebat atau tiada masa yang cukup untuk menjemur pakaian di luar rumah.

Kebiasaannya, perbuatan tersebut dapat merugikan kesihatan kita dan keluarga.

Penelitian yang dilakukan oleh ‘National Aspergillosis Centre’ di Manchester, mengatakan bahawa menjemur pakaian dalam rumah boleh meningkatkan kelembaban suatu ruangan. Situasi tersebut juga boleh menambah pertumbuhan bakteri dan spora yang membahayakan untuk kesihatan.
1. Boleh Jadi Kanser

Jika anda suka guna pelembut kain selepas mencuci pakaian kerana bau yang wangi, perlu tahu kandungan ‘acetaldehydes’ yang tinggi menjadi sebab utama penyakit kanser. Lebih elok cuba elak menjemur kain di dalam rumah kerana berbahaya jika anda selalu sedut udara tersebut.

2. Pengaruh Alergi

Udara yang terperangkap di dalam rumah boleh menjadi bakteria. Kalau anda yang ada masalah kulit, kena belajar elak jemur kain di dalam rumah. Sebab ini salah satu faktor utama anda mengalami alergi (ruam) dan masalah gangguan pernafasan.

3. Beracun

Pernahkah anda basuh kain dan terlupa nak sidai dan akhirnya kain yang dibasuh bertukar bau jadi busuk walau pun pakaian sudah direndam pelembut. Ya, itulah racun. Hanya dalam jangka waktu tertentu, udara yang disedut beri kesan buruk kepada kesihatan anda tanpa disedari.

4. Asma

Pengeringan pakaian di dalam ruangan akan meningkatkan kelembaban ruangan dan menyebabkan kenaikan debu. Ini adalah satu alasan utama penyebab asma dan alergi.

5. Lemahkan sistem ketahanan tubuh

Boleh melemahkan sistem ketahanan tubuh kalau selalu amal jemur kain dalam rumah. Jadi tidak pelik kalau anda cepat selsema, demam atau mungkin diserang pelbagai penyakit.

Jalan penyelesaiannya, anda boleh sediakan tempat jemuran di luar rumah, Kalau tiada tempat, cuci kering lebih selamat. Semuanya di tangan anda, kalau boleh pastikan kain yang basah terdedah dengan sinaran matahari tetapi jangan secara terus. nanti cepat pula kusam dan luntur warna kain anda.