LIDAH BUAYA
Ambil
lendirnya dan sapu pada kutil sehingga kering dan bilas dengan air suam atau
hangat. Lakukan sekerap yang boleh sehingga kutil hilang.
BAWANG MERAH
ATAU BAWANG PUTIH
Bawang boleh kita gunakan untuk menghilangkan
kutil, kerana memiliki sifat anti-bakteria yang terkandung di dalamnya. Parut
atau haluskan bawang putih atau bawang merah kemudian sapu pada kutil dengan
cara dibuat masker, biarkan beberapa saat sehingga kering. Untuk lebih efektif,
tampal plaster selepas sapu bahan tersebut pada kulit. Bilas dengan air suam
atau hangat. Lakukan sekerap yang boleh sehingga kutil hilang.

KENTANG DAN
KULIT PISANG
Kulit dari
buah pisang yang biasanya anda buang dan menjadi sampah, ternyata boleh anda
gunakan sebagai bahan untuk mengubati kulit dengan dibantu oleh kentang mentah,
cara menggunakannya iaitu dengan menggosokkan dua bahan tersebut ke bahagian
kutil anda sebanyak dua sampai tiga kali dalam satu sehari, lakukan selama dua
minggu untuk mendapatkan hasil yang diinginkan.
KAPUR SIREH
Sapukan
sedikit kapur sireh pada kutil. Biarkan sehinga kering dan bilas. Lakukan 3
hingga 4 kali dalam sehari.
CUKA EPAL
Titiskan
cuka epal pada kapas dan ditampal dengan plaster pada kulit kutil. Biarkan
selama 3 hingga 4 jam atau sehingga kapas kering, kemudian bilas dengan air
suam.