Ada beberapa
manfaat yang anda boleh dapat apabila membuat rawatan kulit wajah menggunakan
kiub ais pada waktu pagi dan malam.
Mudah sahaja sebenarnya cantikkan kulit wajah dengan kiub ais ni.
Manfaat cantikkan kulit wajah menggunakan ais;
Mudah sahaja sebenarnya cantikkan kulit wajah dengan kiub ais ni.
Manfaat cantikkan kulit wajah menggunakan ais;

Bila anda
meletakkan kiub ais di atas kulit anda, kiub ais tersebut akan membantu
melancarkan peredaran darah di mana kulit anda akan kelihatan sihat bercahaya
secara semulajadi. Untuk memberikan kesan yang lebih, anda boleh juga
menggunakan kuib ais buah-buahan ke atas wajah anda.
2- Kiub Ais Dapat Mengurangkan Noda
2- Kiub Ais Dapat Mengurangkan Noda
Penggunaan
kuib ais dapat mengurangakan noda pada wajah dan radang serta kemerahan jerawat. Anda boleh terus meletakkan kiub ais ke atas jerawat untuk beberapa saat
sehingga merasa kebas. Anda boleh lakukannya setiap pagi dan malam.
3- Kiub Ais Dapat Merawat Bulatan Hitam
Kombinasi
jus timun dan air ros yang membeku boleh diletakkan di bawah mata atau
lingkaran hitam. Ianya dapat mengurangkan bengkak bawah mata akibat tidur
lewat malam.
4- Kiub Ais Sebagai Penyegar Kulit
Kiub ais
merupakan pelancar atau penyegar kulit yang murah. Anda boleh menggunakannya
sebelum memakai alat solek supaya liang-liang pori mengecil. Keadaan itu
akan menjadikan bedak asas anda lancar dan sempurna.
5- Kiub Ais Sebagai Pengganti Alat Solek
Anda tidak
punya banyak masa untuk memakai alat solek? Jadi, letakkan sahaja kiub ais di
wajah anda menggunakan kain balut. Ianya akan menjadikan wajah anda kelihatan
berseri dan semulajadi tanpa penggunaan sebarang alat solek.
6- Kiub Ais Menghalang Kedutan
Penggunaan
kiub ais pada wajah dapat melambatkan wujudnya garis-garis penuaan serta
mengurangkan garis-garis penuan yang sedia ada.
Tips Penting
Yang Perlu Anda Tahu Apabila Menggunakan Kiub Ais Pada Wajah
- Penggunaan kiub ais berkesan tanpa dibalut tetapi anda perlu sentiasa menggunakan sarung tangan supaya anda boleh memegang kiub ais dengan mudah.
- Menggunakan kiub ais yang berbalut ke atas wajah akan memberi kesan yang sama sekiranya anda meletakkan kiub ais tanpa membalutnya.
- Sejuk yang melampau akan menghentikan kapilari di bawah kulit. Oleh itu, jangan meletakkan kiub ais kosong yang baru sahaja dikeluarkan dari peti sejuk ke atas wajah anda.
- Anda juga dilarang menggunakan kiub ais kosong ke atas kulit wajah yang sudah rosak kapilarinya atau meletakkan kuib ais terlalu lama.
- Sekiranya anda merasa tidak selesa, berhentilah. Elakkan meletakkan kiub ais di satu-satu tempat melebihi 15 minit.
- Anda boleh mengisi kiub ais dengan air ros, lemon, teh hijau, teh chamomile, timun dan bahan lain yang mesra kulit mengikut keperluan kulit wajah anda.
Mesti korang
suka bila baca manfaat kiub ais ke atas kulit wajah dan tips-tips penggunaan
kiub ais. Apa lagi, jomlah cuba. Nak membuatnya pun senang je. Cuma korang
kenalah merajinkan diri. Sambil goyang kaki tengok drama Korea sambil letak
kuib ais pada wajah.