Pernah dapat
info, kambing kalau nak makan elok bakar je, cicah sambal asam, yang tak baik kalau
buat kari, masakan yang bubuh santan.
Jawapan:
Kerana daging kambing pencegah Penyakit Darah Tinggi Dan Obesiti:
Kolestrol
kambing boleh menguraikan kolestrol dalam darah yang menjadi punca kepada
penyakit darah tinggi. Kolestrol kambing yang menguraikan darah yang tercemar
dengan kolestrol tepu akan menyebabkan isipadu darah meningkat.
Pesakit
darah tinggi yang mengambil daging kambing akan mengalami gejala penguraian
akibat peningkatan isipadu darah seperti pening.

Walaupun
daging kambing bertindak sebagai pengurai protein yang terbaik, tetapi pesakit
darah tinggi yang tidak tahan dengan kesan pembongkaran penguraian ini
dinasihatkan agar tidak mengambil daging kambing sebagai terapi. Tetapi bagi
mereka yang tidak mengalami masalah tekanan darah tinggi dinasihatkan agar
mengamalkan pemakanan daging kambing untuk mengelakkan penyakit darah tinggi.
Lemak di
bawah permukaan kulit terbentuk akibat kolestrol yang gagal dicerna oleh hati.
Ia akan menyebabkan masalah obesiti (kegemukan) jika terdapat dalam jumlah yang
banyak. Pesakit obesiti yang mengambil daging kambing akan mengalami masalah
tekanan darah yang tidak stabil dan turut mengalami pening kepala akibat kesan
pembongkaran kolestrol tepu oleh kolestrol kambing. Selain itu, daging kambing
akan membakar lemak yang berlebihan dalam badan. Kesan pembakaran lemak akan
mengakibatkan gejala pembongkaran seperti panas badan, berpeluh dan telinga
berdengung.
Khasiat dan
kelebihan daging kambing:
Mencantikkan
Kulit
Vitamin C
semulajadi yang tidak teroksida juga terdapat dalam daging kambing. Vitamin C
tidak teroksida amat penting untuk pembinaan dan ketahanan sel kulit. Vitamin C
yang tidak teroksida akan menyeimbangkan dan mengurangkan bebanan fungsi
hempedu serta mencantikkan kulit.
Pengambilan
protein yang secara berlebihan akan menyebabkan ia tersimpan di bahagian bawah
kulit akan mudah teroksida dan bertindak balas dengan sel kulit untuk membentuk
tenaga. Proses ini akan mengakibatkan kulit kelihatan hangus dan gelap
sekiranya berjemur di bawah sinaran matahari. Vitamin C daripada daging kambing
akan memberi lebih ketahanan terhadap kulit daripada bertindak balas terhadap
protein yang terkena cahaya matahari.
Mengamalkan
memakan daging kambing adalah salah satu cara semula jadi untuk mendapatkan
kulit yang lebih putih dan cantik. Bagi setiap
individu, jika ianya memudaratkan, lebih baik elakkan, itu sahaja.