Sayangnya, kini
buah-buahan nadir bukan lagi menjadi
kegemaran bebudak sekarang. Semakin lama ianya semakin dilupakan. Banyak buah
yang gugur begitu sahaja.
Buah-buah ini hanya menjadi makanan beburung sahaja. Teringatkan
pokok dengan buahnya yang lebat, teringat aku masa kecil-kecil dulu.
Selepas
waktu persekolahan, biasalah aku dan kawan-kawan bukannya terus balik ke rumah.
Kami biasanya akan melencong ke tempat lain dahulu. Lastik burung, cari ikan
pelaga, petik buah-buahan, itulah kerja kami.
 |
| Ermmmmm buah Khiat, sedapnyo, sambil taip berair doh liurrr |
Tiba-tiba
terdetik pula rasa nak menulis jenis buah-buahan nadir yang saya tidak tahu.
Tidak sangka saya terjumpa salah satu lagi jenis buah nadir yang disebut buah
khiyat oleh masyarakat di negeri Kelantan. Dipercayai juga buah khiyat ini
memang banyak dijumpai di sebelah pantai timur terutamanya Kelantan. Di negeri
lain saya tidak pasti apa gelarannya. Memang menarik dan unik buah khiyat atau sekiat ini.
 |
| Buah Keriang Dot |
Jadi, tanpa melengahkan
masa, biarlah saya ringkaskan serba sedikit mengenai buah ini. Bagi mereka yang
tinggal di kawasan utara tanah air sudah pasti mengenali buah ini. Namun, ramai
lagi generasi masa kini tidak lagi mengenali pokok dan buah keriang dot kerana
pokok ini semakin sukar diperoleh. Jika
dahulu ia mudah didapati di kawasan
hutan dan pinggir kampung tetapi kini buah ini
semakin lama semakin berkurangan.
 |
| Buah Mentega |
Buah Mentega
atau nama saintifiknya Diospyros blancoi merupakan salah satu jenis buah yang
tergolong dalam buah-buahan nadir atau buah yang jarang atau sukar untuk dijumpai hari ini. Kulit buah
mempunyai bulu halus seperti baldu. Ada
sesetengah orang yang kata buah ini rasanya manis dan sedikit berlemak dan
baunya harum ketika dimasukkan ke dalam mulut. Ada juga yang menyatakan ia boleh
juga dihiris dan dicampur dengan buah-buahan lain dan dijadikan rojak buah.
 |
| Amra atau kedondong, bila dah berbuah memang lebat, makan pun sikit, buat, colek |
 |
| Belimbing buluh, kalau guna pun sikit, buat gulai ikan, selebihnya gugur terbiar |
 |
| Cermai, pun kadang-kadang terbiar juga, ranum lalu luruh, kitar semula, jadi baja pada tanah |
 |
| Nam nam, katak puru, apa yang boleh dibuat selain dari cicah gula dan kicap |